Friday, 2 January 2015

BERKHIDMAT DINIHARI DI RUMAH OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN DI TAMAN PINGGIRAN DAMAI

MASIH SIBUK MENYUSUN BARANGAN KEPERLUAN UNTUK KEPERLUAN MANGSA-MANGSA BANJIR.

Walau waktu sudah menunjukkan waktu 2.30 pagi, sebahagian komrad Angkatan Bahaman masih komited untuk menyusun barangan keperluan seperti beras, sardin, alatan mandi dan lain-lain untuk diagihkan sebagai barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir, khusus sekitar daerah Semantan ini.

Rumah operasi banjir Angkatan Bahaman beralamat di No 33, Jalan Pinggiran Temerloh Damai 1, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Pada waktu ini, Taman Pinggiran Temerloh Damai serta kawasan taman Taman Temerloh Jaya telah pun terputus hubungan untuk ke pusat bandar dan kawasan sekitar yang lain akibat paras air yang semakin naik.

Posting asal boleh dilihat di Facebook GRUP TEMERLOH (bahagian komen)



*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.
.

WARTA ANGKATAN BAHAMAN

DI FB


Warta angkatan bahaman..
Ini adalah hari yg ke 8 , Anggota Angkatan Bahaman menjadi sukarelawan misi kemanusian dan duta kasih sayang bagi memberi khidmat kpd mangsa banjir di temerloh, jelas terpancar keletihan , kelesuan, kepenatan , kesedihan di riak wajah anggota Angota Angkatan bahaman dan ada juga diantara kami mula selsema ,demam , musle pain, namum itu semua tidak mematahkan semangat anggota AB utk terus berkhidmat dan melunaskan tanggungjawab sosial sebagai sebuah organisasi yg wujud dlm masyarakat.
AB menyantuni setiap lapisan masyarakt yg berbilang bangsa kerana pertubuhan ini bersifat "merayakan perbezaan" dan kepelbagaian budaya " serta "sifar rasisma".
Kini AB telah pun bertaklimat ttg gerak kerja berikutnya yakni kerja2 pembersihan , AB lebih fokus kpd gerak kerja pemebersihan premis masyarakt,
seperti pembersihan sekolah , rumah ibadat,klinik kesihatan,dewan ,dll.
Ab juga mengalukan mana2 individu, sykt swasta, atau badan kerajaan yg bersedia utk menghulrkan sumbangan berbentuk barangan seperti alat menncuci (sabun , penyapu,, berus, getah paip , alat tolak air, mesin water jet petrol atau eletrik plastik sampah yg tebal, skop bancuh simen..
Walau bagaimana pun ab mengecam sekeras kerasnye tindakkan ygtdk bermoral yg telah dilakukan oleh segelintar pihak mencuri drpd premis2 pernigaan bilamana terjadinya musibah benjir ini.. sekian.

Posting asal boleh dilihat di Facebook GRUP TEMERLOH





.

Thursday, 1 January 2015

MEMBUNGKUS BARANGAN DI PUSAT OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN TAMAN PINGGIRAN DAMAI PADA TENGAH MALAM

DI MALAM HARI.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Faiz Abracadabra Angkatan Bahaman






MENGHANTAR BANTUAN KE PERKAMPUNGAN ORANG ASAL

MEREDAH BANJIR UNTUK KE KAMPUNG ORANG ASAL YANG TERPUTUS HUBUNGAN.

Hari ini, di hari pertama tahun baru 2015, sebahagian komrad Angkatan Bahaman diketuai El Presidente Angkatan Bahaman, Abdul Razak Endut telah melakukan ekspedisi meredah banjir untuk menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke perkampungan orang asal yang telah terputus hubungan pengangkutan akibat banjir.

Posting asal boleh dilihat di Facebook GRUP TEMERLOH (bahagian komen)




*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

MENGETEH SEBELUM MENUNGGU BARANGAN BANTUAN BANJIR TIBA

DI FACEBOOK

Komrad Angkatan Bahaman sedang mengeteh di Gerai Bukit Angin, Temerloh sambil menunggu barangan bantuan tiba untuk diagihkan kepada para mangsa banjir.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Faiz Abacadabra Angkatan Bahaman





Wednesday, 31 December 2014

2014 MENUTUP TIRAI DALAM BANJIR

DARI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di FB GROUP TEMERLOH

Kelihatan El Presidente Angkatan Bahaman (tiga dari depan) berkayak bersama pasukan kayak Negeri Sembilan mengayuh kayak di bandar Temerloh yang sudah lumpuh ditenggelami bah.

*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

DARI LAMAN SESAWANG HALUAN SELANGOR

HALUAN Selangor Terus Santuni Mangsa Banjir Temerloh




  TEMERLOH, 31 Dis 2014 – Pasukan pertama relawan HALUAN Cawangan Selangor meneruskan usaha menyatuni mangsa banjir di beberapa lokasi di sini yang telah terputus bekalan dan terperangkap oleh bencana banjir sejak lima hari lepas.
Hari ini merupakan hari kedua bagi 10 orang relawan yang datang bersama dua kenderaan pacuan empat roda menyantuni mangsa banjir di sini. Mereka diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Solehuddin Shuib yang mempunyai pengalaman menyertai Misi Kemanusiaan Acheh pada tahun 2004.
Pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia. Seramai 400 orang mangsa banjir yang mendapat perlindungan di sini dilaporkan hampir kehabisan bekalan makanan. Tinjauan mendapati air masih mengalir dengan deras walaupun banjir sudah semakin surut menyebabkan usaha-usaha penghantaran bekalan menggunakan bot menjadi sukar dan berbahaya.
Pasukan relawan telah menghantar bantuan makanan kering beserta dua tong gas untuk mangsa-mangsa banjir yang masih berteduh di sana dengan bot dan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Taman Sri Semantan. Enam buah keluarga telah terperangkap di sini sejak lima hari lepas dan telah terputus bekalan makanan serta kehabisan susu bayi. Mereka telah disantuni oleh pasukan kedua yang terpaksa berhadapan dengan cabaran dan ujian ketika mengharungi banjir untuk menghantar bantuan kepada mangsa.
Dalam perjalanan menuju ke lokasi tersebut, kenderaan pacuan empat roda yang digunakan mereka telah mengalami kerosakan setelah meredah banjir sedalam 1.5 meter. Alhamdulillah, pasukan ini telah dibantu oleh sepasukan relawan lain atas semangat persaudaraan yang kebetulan ingin ke lokasi yang sama untuk menghantar bantuan.
Pada jam 4.00 petang, sebuah lori lima tan yang sarat muatan dengan barang sumbangan orang ramai dari Pusat Operasi Banjir (POB) HALUAN di Bandar Baru Bangi telah selamat tiba di pusat operasi di sini.
Kg Buntut Pulau. Sebahagian barang-barang bantuan yang baru diterima daripada POB seperti makanan asas dan air minuman bersih telah dihantar kepada mangsa banjir di Kg Buntut Pulau yang telah terputus dan kehabisan bekalan makanan dan minuman sejak bermula episod banjir. Mereka juga terputus bekalan elektrik sejak lima hari yang lepas.
Seorang wakil HALUAN dan seorang wakil daripada sebuah NGO tempatan, Angkatan Bahaman dibantu pihak tentera untuk mengharungi arus Sungai Pahang yang deras untuk sampai ke tempat tersebut. Pihak HALUAN telah menyerahkan barangan bantuan tersebut kepada penyelia pusat, Encik Ubaidillah untuk diagihkan kepada penduduk di sana. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin membantu penduduk di sini.
Taman Temerloh Makmur. Relawan HALUAN juga sempat menghantar bantuan bekalan makanan, air minuman dan bekalan air bersih, susu bayi, lampin bayi dan tuala wanita kepada 20 buah keluarga di sini yang turut kehabisan bekalan makanan, minuman dan terputus bekalan elektrik sejak bermulanya banjir hingga sekarang.
Menjelang lewat petang, beberapa lokasi mangsa banjir yang dirancang untuk disantuni pada hari ini terpaksa ditangguhkan keesokan hari atas faktor keselamatan. Penghantaran barangan melalui bot dalam keadaan arus sungai dan banjir yang deras akan membahayakan relawan sekiranya diteruskan pada waktu malam.
“Berakhlak, Mendidik, Berbakti”
—-
                          Relawan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyampaikan bantuan ke SK Jalan Bahagia.

Bagi mereka yang prihatin untuk menyumbangkan bantuan boleh terus menghubungi pihak HALUAN di Pusat Operasi Banjir (POB) yang beroperasi 24 Jam di Bandar Baru Bangi di talian 011–31746909 (Encik Izzat Abd Ghani) atau melalui akaun-akaun di bawah ini:
Nama Akaun: Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 562263502611
Bank: Maybank
Nama Akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)

No Akaun: 14023010025718

Bank: Bank Islam

* Sila email slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my
Posting asal boleh dilihat di laman web HALUAN