Sunday, 4 January 2015

MARKAS OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN DIKUNJUNGI PASANGAN VETERAN TEMERLOH

TERIMA KASIH UNTUK KUNJUNGAN DAN TITIPAN KATA SEMANGAT.
Hari ini kami didatangi oleh pasangan warga emas yang memang secocok laksana merpati sejoli. Mereka berdua ,menyapa kami bertanya akan perihal kesihatan "anak sudah makan ke belum? Apa khabar hari ni? .
Mereka datang bukan kerana memohon bantuan tapi menghadiahkan akan kami kata-kata semangat yang merangsang jiwa nurani,sahbari,dan sanubari.
Menyatakan akan cintanya pada bumi dan tanah air ini, melahirkan kebimbangan,kesedihan diatas musibah dan bencana..
"Atuk dan Wan cinta dan kasih kami sebesar dan seluas alam ini" . 
Pasangan veteran Temerloh yang sempat menyinggah ke markas operasi banjir pertubuhan Angkatan Bahaman untuk menitipkan kata-kata semangat untuk anak-anak muda dari Angkatan Bahaman.

MENCUCI DI PAYA LUAS

MEMBERSIH RUMAH DI KAMPUNG PAYA LUAS, TEMERLOH.

Siang tadi, komrad Angkatan Bahaman menyumbang khidmat di Kampung Paya Luas.
Sumber foto dari Facebook Umie Wafa

SETEL SATU MISI MEMBERSIH

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman






Saturday, 3 January 2015

ANGKATAN BAHAMAN MENERIMA BOT SUMBANGAN DARI ANAK PERANTAUAN TEMERLOH

TERIMA KASIH.
Segala puji bagi Allah SWT, hari ini Angkatan Bahaman baru sahaja menerima sumbangan sebiji bot beserta dengan enjin, life jacket, pendayung, tangki minyak , dan beberapa kelengkapan yang lain..
Hampir menintis air mata ,sujud syukur di atas bumi Allah kerana sumbangan ini datangnya dari anak Temerloh di perantauan (Nikmat , Pacat, Azad, dan Atan). Semoga Allah jualah yang mampu membalas jasa dan budi kalian.
" Perihal ikhlas laksana semut hitam diatas batu hitam jua didalam kelam malam"

WARTA ANGKATAN BAHAMAN

DI FACEBOOK

Kalian sentiasa berada didalam hati kami, kami lakukan bkn kerana nama tapi kerana cinta kasih dan sayang yg terpahat didalam hati kami.. kalian sebahagian drpd kami, apa yg kami lakukan hanya seperti debu dlm yg berterbangan..
"perjuangan adalah perlaksanaan kata kata"
"Kita berada bukan kerana kita punya"
"Kita berada kerana apa yg kita beri"

Posting asal boleh dilihat di Facebook GRUP TEMERLOH






TERIMA KASIH SAUDARA ASMAWI AHMAD.

DI FACEBOOK

Posting asal, boleh rujuk di Facebook Asmawi Ahmad



TERIMA KASIH SAUDARA EDDY GORDON ZUL

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Eddy Gordon Zul