Tuesday, 13 January 2015

MENCUCI BERSAMA MAYBANK GROUP KUALA LUMPUR DI KAMPUNG BANGAU TANJUNG.

MISI MENCUCI.

Angkatan Bahaman hari ini bersama Maybank Group Kuala Lumpur dalam misi pembersihan pasca banjir 2014/2015. Team kami hari ini mencuci rumah mangsa-mangsa banjir khusus bagi rumah yang didiami warga tua di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh. Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan misi hari ini. Semoga kita berjumpa lagi di Temerloh di waktu akan datang, khusus team Maybank Group, Kuala Lumpur.

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi,
Duta Penyelamat dan Kasih Sayang. 
Para komrad Angkatan Bahaman bergambar kenangan bersama team Maybank Group dari Kuala Lumpur. 

PERTUBUHAN ANGKATAN BAHAMAN

Sedikit Mukadimah Mengenai Pertubuhan Angkatan Bahaman

Pertubuhan Angkatan Bahaman yang berpusat di daerah buaian revolusi iaitu Temerloh, Pahang ini didokong daripada kalangan aktivis- aktivis tegar yang konsisten memperjuangkan agenda rakyat dan gerakan massa. Diantaranya pendidikan, alam sekitar, sosial & budaya, ekonomi, perundangan dan kemanusiaan.

Kolaborasi golongan buruh tani, mahasiswa, cendekiawan, agamawan, pengamal undang undang, aktivis alam sekitar & kebudayaan, aktivis kemanusiaan, ekonomis, dan penulis adalah ramuan yang digauli bersama menjadi rempah dan rencah bagi memantapkan gerakan Pertubuhan Angkatan Bahaman ini.

Bermula dari pinggir desa hingga ke pusat kota, kami Angkatan Bahaman menyeru agar anda bersama kami bagi menjayakan misi dan visi Angkatan Bahaman.

Pertubuhan Angkatan Bahaman bukanlah satu pertubuhan samseng/gangster jalanan, tetapi lebih fokus kepada kerja-kerja kebajikan rakyat.
Pertubuhan Angkatan Bahaman juga bukanlah mencari kesempatan untuk memperoleh imbuhan dari pihak kerajaan, tetapi ianya lebih fokus dalam memajukan pemikiran rakyat.

Ayuh anak muda, bumi Temerloh ini terkenal dengan sejarah agungnya, buaian revolusi pernah berkumandang dibumi Temerloh ini. Cuba anda bayangkan, pejamkan mata anda, saksikan dengan mata hati, bumi yang anda pijak, langit yg anda junjung, darah darah merah pernah mengalir dibumi ini, disaksikan alam, denyut denyut nadinya yang masih bergetar, terasa sakit dan bahangnya, pengorbanan mereka adalah nikmat bagi kita.

Generasi silih berganti, gerombolan datang dan pergi, tetapi kita tetap mewarisi langit dan bumi yang sama, walaupun kelibat mereka tidak kelihatan lagi.

Ayuh anak muda, ku seru namamu, bangkitlah bersama Angkatan Bahaman. Kita wariskan kepada mereka, anak cucu kita, dengan pusaka dan khazanahnya dapat dinikmati bersama.
Semarakkan perjuangan Dato Bahaman!


BANTUAN PAKAIAN TERPAKAI UNTUK KEPERLUAN MANGSA-MANGSA BANJIR

PAKAIAN TERKUMPUL DI MARKAS OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN 

Bantuan pakaian terpakai untuk keperluan mangsa-mangsa boleh dipilih di bawah khemah yang dibuka setiap hari pada waktu siang di hadapan markas operasi banjir Angkatan Bahaman. Markas ini beralamat di No.8, Jalan Datuk Bahaman 2, 28000 Temerloh, Pahang, (belakang Bank Simpanan Nasional bandar Temerloh, berhadapan padang dan gelanggang gasing Majlis Perbandaran Temerloh).

Percuma untuk semua mangsa banjir dan kepada mereka yang memerlukan. Sila datang dan pilih sendiri berdasarkan konsep layan diri. Kami juga menerima sesiapa sahaja yang ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ini. Terima kasih.

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.
Duta Penyelamat Dan Kasih Sayang.



Para pengunjung daripada kalangan mangsa-mangsa banjir memilih pakaian di bawah khemah yang disediakan. 



Monday, 12 January 2015

UCAPAN TERIMA KASIH DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH DAN ANGKATAN BAHAMAN UNTUK SEMUA

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Dato' Saifuddin Abdullah





PUSAT (MARKAS) OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN TERUS DIBUKA

SUNGAI SEMANTAN PULA MULA NAIK.
Walaupun sudah hampir seminggu Temerloh surut daripada banjir, Angkatan Bahaman masih terus membuka Pusat Operasi Banjir untuk membantu sedikit sebanyak warga Temerloh yang menjadi mangsa banjir untuk membina kembali kehidupan mereka. Pusat atau markas ini beralamat di No.8, Jalan Datuk Bahaman 2, 28000 Temerloh, Pahang, (belakang Bank Simpanan Nasional, berhadapan padang dan gelanggang gasing Majlis Perbandaran Temerloh).
Dan kini, tahap air dari Sungai Semantan pula yang makin terus meningkat hingga menjejaskan pula petempatan-petempatan yang tinggal berdekatan dengan Sungai Semantan. Oleh itu, Angkatan Bahaman akan terus berkhidmat berbakti demi kesejahteraan seluruh masyarakat bersama.
Angkatan Bahaman. Buaian Revolusi. Duta Penyelamat dan Kasih Sayang.  

Posting asal boleh dilihat di Facebook Iqkram Ismail Angkatan Bahaman

Markas operasi banjir Pertubuhan Angkatan Bahaman, Temerloh, Pahang.


*Sama-sama kita mendoakan semoga air Sungai Semantan segera surut. Amin.

Sunday, 11 January 2015

DI AKHBAR HARIAN METRO 11 JANUARI 2015

Sukarelawan bersih empat kampung


Oleh Afiq Hanif

Temerloh: Lebih 100 sukarelawan termasuk dua warga Syria menyertai Pertubuhan Belia Sinar Kasih Petaling (Mysinarkasih) yang menganjurkan misi bantuan termasuk membersihkan empat kampung yang terjejas akibat banjir teruk baru-baru ini.

Sukarelawan yang dikumpulkan dalam tempoh seminggu melalui laman sosial Twitter terbabit berjaya menarik minat golongan muda termasuk dua pelajar kolej swasta yang berasal dari Syria.

Empat kampung yang dibantu ialah Kampung Berhala Gantang, Kampung Bangau, Kampung Sanggang Seberang dan Kampung Teluk Ira.

Penyelaras Program, Masyhur Abdullah, 28, berkata, rata-rata peserta program datang dari kawasan bandar dan baru pertama kali menyertai program kebajikan.
"Kami cuba untuk membantu sedaya mungkin supaya orang kampung dapat kembali kepada aktiviti harian mereka secepat mungkin," katanya

Mysinarkasih turut dibantu oleh Angkatan Bahaman sepanjang misi di sana.

Mysinarkasih iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 2010 dengan objektif mengumpulkan belia menyertai aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 6:22 PM


Artikel asal boleh dilihat di akhbar Harian Metro











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23122#sthash.JDJSuej7.dpuf

BERGAMBAR KENANGAN BERAMAI-RAMAI BERSAMA NGO #MYSINAR KASIH

DI FACEBOOK

Terima kasih  kerana sudi menabur bakti di Temerloh. Moga kita semua berjumpa lagi

Posting asal boleh dilihat di Facebook Faiz Abracadabra Angkatan Bahaman