DI FACEBOOK
Angkatan Bahaman: menerima sumbangan daripada Tetuan Khairil Ahmad & Co. Barangan berupa sebiji katil bayi serta beberapa barangan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Syed Putra Ahmad
Sunday, 18 January 2015
MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI DATARAN PATIN, TEMERLOH (PERINGKAT PERTAMA)
PENAMA SUMBANGAN MENERIMA SUMBANGAN BAUCER
TONG GAS
Petang tadi, Angkatan Bahaman telah membantu Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful dalam mengagihkan sumbangan berupa baucer tong gas, dapur kecil dan wang tunai kepada penama-penama terpilih bagi rumah mereka yang dilanda bah di Dataran Patin, Tanjong Keramat, Temerloh.
Wang tunai yang diletakkan di dalam sampul surat yang diperuntukkan berjumlah RM80.00 seorang akan digunakan oleh penerima sumbangan untuk membeli tong gas sendiri.
Ini kerana agensi pelaksana dan penyumbang dalam sumbangan ini, iaitu Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful tidak dapat membeli dan menyumbangkan tong-tong gas

secara fizikal kerana masalah kekurangan stok tong gas di pasaran.
Penama-penama bagi menerima ini diuruskan oleh
Pertubuhan Angkatan Bahaman.
Saturday, 17 January 2015
PUSAT OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN MASIH DIBUKA
No.8, JALAN DATUK BAHAMAN 2, 28000 TEMERLOH, PAHANG.
Pusat bantuan banjir Angkatan Bahaman masih dibuka sampai ke hari ni. Kepada mangsa-mangsa banjir dan sesiapa yang memerlukan dijemput datang ke markas kami di belakang BSN berdekatan Dataran Temerloh. Barang bantuan berupa baju-baju, kurung, tudung, baju kanak-kanak masih ada banyak lagi dan dibuka siang hari di hadapan markas kami. Sila datang dan pilih sendiri. Selain itu ada juga barang-barang seperti sabun, sadin, pampers, dan lain-lain yang masih berbaki. Jemput belaka. Yang ingin memberi sumbangan pun sangat dialu-alukan. Berbagi itu indah.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
ANGKATAN BAHAMAN: PERSONNEL ON-CALL
NYENYAK TIDUR DI PAGI HARI SETELAH SEMALAMAN MEMBANTU MANGSA-MANGSA BANJIR DAN BERMESYUARAT POST-MORTEM PASCA BANJIR.
Semalam adalah hari yang memenatkan bagi para komrad Angkatan Bahaman, namun kami sempat mencuri masa bagi menjayakan mesyuarat post-mortem pasca banjir di markas operasi banjir Angkatan Bahaman pada malam hari.
Hari ini komrad Angkatan Bahaman akan bergotong royong membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di Kampung Pangsenam dan kawasan sekitar bersama Salihin Premier.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Syed Putra Ahmad
Semalam adalah hari yang memenatkan bagi para komrad Angkatan Bahaman, namun kami sempat mencuri masa bagi menjayakan mesyuarat post-mortem pasca banjir di markas operasi banjir Angkatan Bahaman pada malam hari.
Hari ini komrad Angkatan Bahaman akan bergotong royong membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di Kampung Pangsenam dan kawasan sekitar bersama Salihin Premier.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Syed Putra Ahmad
Friday, 16 January 2015
MESYUARAT POST-MORTEM BANJIR
DI MARKAS OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN
Para komrad Angkatan Bahaman sedang mengadakan mesyuarat post-mortem pasca banjir.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Syed Putra Ahmad
Para komrad Angkatan Bahaman sedang mengadakan mesyuarat post-mortem pasca banjir.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Syed Putra Ahmad
MASTERCHEF BERKOLABORASI BERSAMA ANGKATAN BAHAMAN MEMBANTU MANGSA BANJIR DI TEMERLOH
MASTERCHEF ZUBIR DAN JOE
Satu penghormatan bagi setiap sukarelawan yang sedang menabur khidmat di daerah Temerloh apabila chef terkenal tanah air yang berasal dari rancangan realiti tv terbitan ASTRO iaitu rancangan "master chef "turut menyumbang tenaga dan kepakaran menyediakan makanan untuk para sukarelawan banjir yang bertugas.
Jutaan terima kasih kepada Chef Zubir dan Chef Joe. Sesungguhnya ini adalah pengalaman dan kenangan yang sangat bernilai bagi kami warga pertubuhan Angkatan Bahaman di Temerloh ini apabila dapat bersama-sama menaburkan bakti bersama chef-chef terkemuka tanah air ini.
"Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi"
Buaian Revolusi"
![]() |
| Masterchef Zubir dan Masterchef Joe bergambar kenangan bersama isteri dan anak-anak Pengerusi Angkatan Bahaman (Abdul Razak Endut) |
Subscribe to:
Posts (Atom)