Friday, 30 January 2015

MELAWAT TUAN GURU HAJI BAQI

DI CHENOR, MARAN, PAHANG.

Petang tadi, Angkatan Bahaman telah melawat Tuan Guru Haji Baqi Osman di Madrasah Saadah al-Daraini di Kampung Lanting, Chenor, Pahang. Tuan Guru Haji Baqi merupakan pengasas dan mudir Pondok Darul Ridzwan di Chenor ini.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Thursday, 29 January 2015

ANGKATAN BAHAMAN MERANCANG PROGRAM DIALOG DAN JAMUAN

MEOHON SUMBANGAN

Angkatan Bahaman merancang untuk mengadakan program 'Dialog Banjir' bersama wakil agensi-agensi kerajaan dan seterusnya jamuan bagi meraikan seluruh petugas-petugas banjir di daerah Temerloh pada 14 Februari 2015 ini. Oleh itu, Angkatan Bahaman ingin memohon serba sedikit sumbangan kewangan daripada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, dan individu-individu persendirian bagi menjayakan program yang dirancangkan ini. Segala sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Angkatan Bahaman.
156057564939
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Wednesday, 28 January 2015

BANTUAN UNTUK PUSAT PENGAJIAN ISLAM TAHFIZ ANNUR AL BAKRI, LEBAK, TEMERLOH

BAHAN MAKANAN.

Hari ini Angkatan Bahaman telah mengagih bantuan banjir berupa bahan makanan ke Pusat Pengajian Islam Tahfiz Annur Al Bakri di Kampung Lebak.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Tuesday, 27 January 2015

MENGHANTAR PAKAIAN SEKOLAH

DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEMERLOH DAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK IRA.

Wakil Angkatan Bahaman selesai menghantar barangan berupa pakaian sekolah dan alat tulis kepada wakil Sekolah Kebangsaan Telok Ira dan Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman





Monday, 26 January 2015

AKAUN MAYBANK ANGKATAN BAHAMAN

SUMBANGAN UNTUK PERGERAKAN

Sesiapa yang bermurah hati dan sudi menghulurkan sumbangan kewangan untuk kemudahan pergerakan Angkatan Bahaman, bolehlah ke akaun
Maybank Angkatan Bahaman.
156057564939.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Sunday, 25 January 2015

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI DATARAN PATIN, TEMERLOH (PERINGKAT KEDUA)

PENAMA SUMBANGAN MENERIMA SUMBANGAN BAUCER
TONG GAS

Petang tadi, Angkatan Bahaman telah membantu Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful dalam mengagihkan sumbangan berupa baucer tong gas, dapur kecil dan wang tunai kepada penama-penama terpilih bagi rumah mereka  yang dilanda bah di Dataran Patin, Tanjong Keramat, Temerloh.

Wang tunai yang diletakkan di dalam sampul surat yang diperuntukkan berjumlah RM80.00 seorang akan digunakan oleh penerima sumbangan untuk membeli tong gas sendiri.

Ini kerana agensi pelaksana dan penyumbang dalam sumbangan ini, iaitu Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful tidak dapat membeli dan menyumbangkan tong-tong gas 
secara fizikal kerana masalah kekurangan stok tong gas di pasaran.
Penama-penama bagi menerima  ini diuruskan oleh
Pertubuhan Angkatan Bahaman.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman