Friday, 29 May 2015

WARTA ANGKATAN BAHAMAN

SALAM TAKZIAH.

Segala puji bagi allah s w t, tuhan yg telah mengurniakan sifat kasih dan sayang..
Hari ini admin meninjau kesan drpd berlakunya kebakaran di kg batu 1 jalan mentakab, temerloh pahang dimana ianya memusnahkan keselurahan rumah. 
Hasil tinjauan mendapati rumah ini dihuni oleh 5 ahli keluarga dimana bapanya bekerja sebagai penoreh getah dan ibunya bekerja sebagai pembantu kedai makan serta 3 anak yg masih bersekolah..
Buat sementara waktu ahli keluarga ini menetap disebuah rumah tidak jauh dari kawasan kejadian . admin juga mengalu-alukan kpd mereka yg budiman yg berhajat utk menghulurkan sumbangan boleh lah berbuat demikian ..
"Semarakkan cinta dan kasih sayang, rayakan perbezaan"

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman




Wednesday, 27 May 2015

TINDAKAN KERAJAAN MENGUSIR AKTIVIS REVOLUSI PAYUNG SESUATU YANG BERSIFAT KONTRA DEMOKRASI.

TINDAKAN KERAJAAN MENGUSIR AKTIVIS REVOLUSI PAYUNG SESUATU YANG BERSIFAT KONTRA DEMOKRASI.
Angkatan Bahaman menolak sama sekali tindakan pihak Imigresen yang dilihat mewakili kerajaan Malaysia untuk menolak aktivis pro demokrasi dari Hong Kong, Joshua Wong yang hanya baru berumur 18 tahun bagi memasuki negara ini di mana Joshua Wong telah ditahan dan kemudian dihantar serta merta pulang ke Hong Kong sebaik saja beliau menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pagi semalam.
Beliau turut sama dikasari ketika ditahan oleh pihak Imigresen pada waktu itu dan peristiwa ini sudah tentu mendapat liputan meluas pihak antarabangsa kerana kerajaan Malaysia dilihat cuba untuk menghalang kemasukan aktivis pro demokrasi ke dalam negara ini, dan hal ini sudah tentu sekali sangat kontradik dengan dasar negara ini yang mengisytiharkan polisi negara ini sebagai pro demokrasi dan meraikan kepelbagaian pendapat serta ideologi bagi seseorang individu itu.
Tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa larangan dan penahanan Joshua Wong dari memasuki negara ini adalah luar daripada pengetahuan beliau membuktikan bahawa pihak kerajaan Malaysia sendiri tidak mempunyai satu ketetapan yang jelas dalam menafsir atau mengistiharkan seseorang individu itu sebagai "subversif" atau sebaliknya.
Tuduhan bahawa Joshua Wong "memberi ancaman kepada negara" adalah tidak benar kerana Joshua Wong yang telah mengetuai 'Revolusi Payung' di Hong Kong pada Jun tahun lalu berjuang atas dasar prinsip kebebasan di atas menuntut hak demokrasi pilihanraya yang lebih tulen untuk rakyat Hong Kong daripada pemerintahan Tanah Besar China dan kerajaan Malaysia selaku negara yang mengakui mengamalkan prinsip demokrasi sepatutnya meraikan kunjungan Joshua Wong ke negara ini, dan bukan sebaliknya menghalau beliau keluar daripada berkunjung ke negara ini!.
Tujuan keberadaan Joshua Wong bukanlah kerana beliau sedang dalam niat untuk mengganggu ketenteraman negara dan rakyat awam khususnya, sebaliknya beliau datang berkunjung ke Malaysia ini hanya untuk mengadakan siri dialog dan saling bertukar pandangan bersama gerakan pelajar dan masyarakat awam di negara ini. Penglibatan aktiviti yang bakal diikuti oleh Joshua Wong sepanjang keberadaan beliau di negara ini secara jelas juga tidak langsung mengganggu gugat keselamatan dalam negara ini.
Oleh itu, Angkatan Bahaman menggesa kerajaan Malaysia supaya lebih terbuka dalam mengamalkan polisi terhadap kepelbagaian pendapat dan ideologi seseorang individu luar yang ingin berkunjung ke dalam negara ini selagi individu tersebut tidak menaja sebarang aktiviti keganasan atau membawa sebarang budaya yang telah lari dari batas-batas norma kemanusiaan khususnya yang bertentangan dengan adab santun Nusantara yang telah kita warisi bersama penduduk berbilang bangsa yang lain di negara ini.
Hassanal Bolkiah.
Timbalan Presiden Angkatan Bahaman.

Friday, 22 May 2015

FLASHMOB SOLIDARITI UNTUK ISU ROHINGYA DAN MESIR

FLASHMOB SELEPAS SOLAT JUMAAT DI MASJID ABU BAKAR TEMERLOH.

Angkatan Bahaman mengadakan flashmob solidariti untuk isu Rohingya dan Mesir sejurus selepas sembahyang Jumaat bertempat di Masjid Abu Bakar Temerloh,siang tadi. Terus melawan kelas yang menindas dan bersolidariti bersama kelas yang tertindas, demi kemaslahatan umat manusia.
Musuh kita bukanlah kaum dan agama yang berbeza, tapi kekuasaan yang menindas!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman












Thursday, 21 May 2015

DIJEMPUT SEMUA UNTUK KE FLASHMOB ISU ROHINGYA DAN MESIR

SELEPAS SOLAT JUMAAT DI MASJID ABU BAKAR, TEMERLOH.

Angkatan Bahaman akan mengadakan flashmob solidariti untuk isu Rohingya dan Mesir pada besok hari (Jumaat), bertempat di Masjid Abu Bakar Temerloh.

Flashmob akan bermula sejurus selepas solat Jumaat dan semua umat manusia yang prihatin dijemput untuk unjuk solidariti bersama atas dasar kemanusiaan dan kelas yang tertindas.

Jemput solidariti demi bantah penindasan! Ayuh Solidariti!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Monday, 18 May 2015

WARTA ANGKATAN BAHAMAN

MENERIMA TETAMU

Menerima kunjungan Saudara Bob dari UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) yang mengambil Pengajian Strategik Dan Pertahanan. Saudara Bob sedang menyiapkan tesis bagi kajian pengurusan banjir yang dilakukan oleh team Angkatan Bahaman pada musim banjir awal tahun ini.
Juga bersama tetamu dari benua Eropah, saudari Amy Hecthnes dari Queen's University UK yang mengambil Pengajian Sosiologi Dan Antropologi. Beliau sedang dalam kerangka kunjungan ke Malaysia bagi mengenal dengan lebih mendalam mengenai budaya di Malaysia khususnya di daerah Temerloh dan Pahang ini.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman






Saturday, 16 May 2015

Friday, 15 May 2015

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA

15 MEI.

Selamat menyambut Hari Belia Negara. Menegakkan kebenaran & keadilan."