Friday, 9 October 2015

KONGRES IKATAN PEMBELA TANAH AYER (PETA) DI TEMERLOH PADA TAHUN 1948

DARI FACEBOOK

Satu kisah yang jarang diketahui oleh orang-orang Pahang, dan orang-orang Temerloh sendiri khususnya, disebabkan sejarah arus perdana sangat kurang (dan mungkin tidak langsung) menonjolkan Temerloh pada satu waktu dahulu sebagai pusat utama gerakan nasional dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air daripada penjajah.
Adalah tugas anak-anak Temerloh untuk menggali kembali sejarah ini dan mengambil semangat silam untuk mengisi ruang kemerdekaan setelah segala perit lelah nenek moyang di Temerloh berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air.
Temerloh. Gerbang Sejarah Dan Alam.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Pusat Sejarah Rakyat

Sumber foto daripada facebook page, "Pusat Sejarah Rakyat".

Thursday, 8 October 2015

#BANTAHTPPA! #SEMANGATDATUKBAHAMAN!

#BantahTPPA!
#SemangatDatukBahaman!


124 tahun dahulu, Datuk Bahaman telah memulakan dan mengetuai perlawanan menentang penjajah British yang ingin meneruskan perluasan kuasa bagi menjarah segala sumber ekonomi di negeri Pahang. Berpusat dan bermula dari daerah Temerloh, Datuk Bahaman telah berjuang bersama rakan-rakan seangkatan yang lain seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela dan para pahlawan lain-lain, beserta para pengikut mereka untuk menentang secara total penjajahan kuasa asing di negeri Pahang.

Kini, setelah mencapai hampir 60 tahun kemerdekaan, tanah air negara kembali cuba dijarah, dan kali ini dengan bentuk penjajahan baru. Perjanjian Trans Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik) yang kini mula hangat diperkatakan kembali setelah Malaysia bersama 11 negara yang lain telah bersepakat untuk memuktamadkan isi kandungan perjanjian TPPA ini pada Mesyuarat Menteri-Menteri TPPA di Atlanta, Amerika Syarikat pada minggu yang lalu, adalah bentuk penjajahan baru pada era ini.


Dengan mengambil semangat penentangan Angkatan Datuk Bahaman dalam menentang sebarang pengaruh dan campur tangan kuasa asing di negara ini, semua rakyat Malaysia haruslah bersatu padu untuk menentang sehabis daya terhadap perjanjian bawaan dajjal neoliberal ini!

#BantahTPPA!
#SemangatDatukBahaman!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Lukisan daripada komrad Angkatan Bahaman, Syahnizam Lateh (Jang Proletar)

Sunday, 27 September 2015

TERIMA SIJIL PENGHARGAAN PASCA BANJIR

DI BUKIT BENDERA RESORT

Angkatan Bahaman bersama NGO dan sukarelawan-sukarelawan menerima Sijil Penghargaan Pasca Banjir di Bukit Bendera Resort.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman



Thursday, 24 September 2015

SALAM PENGORBANAN

Di Masjid Abu Bakar, Temerloh

Fahami sebuah pergorbanan .. para2 nabi dan rasul.. serta pejuang2 yg telah pergi..
"bkn kita yg memulakan dan bukan kita juga yg mengakhirinya.. kita hanya mata rantai pejuang yg meneruskan perjuangan yg telah dimulai.."
Salam revolusi , salam perjuangan, salam kasih sayang, salam pegorbanan,
"angkatan bahaman buaian revolusi dan duta kasih sayang.."

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman










Wednesday, 23 September 2015

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Selamat menyambut hari yang mulia. Maaf zahir dan batin. 

“Korban yang diungkapkan sebagai penyembelihan haiwan adalah perumpamaan untuk kemusnahan dan kematian ego. Ini bererti juga menahan diri dari dan berjuang untuk melawan, godaan ego” - Ali Syariati

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Tuesday, 22 September 2015

SUB BUDAYA BARU UNTUK ANAK-ANAK MUDA

BUKU-BUKU ALTERNATIF

Kewujudan dan penerbitan buku-buku alternatif telah mewujudkan sub-budaya baru kepada anak-anak muda pada hari ini dan ini seterusnya merobah paradigma masyarakat sebelum ini yang begitu bergantung kepada buku-buku terbitan arus perdana (mainstream) di mana buku-buku mainstream ini sebenarnya begitu menjurus ke arah budaya konsumerisme semata berbanding budaya membaca yang mengakar kepada pembaca.

Artikel selanjutnya boleh dibaca di sini.

Friday, 18 September 2015

SOLIDARITI UNTUK ORANG ASLI POS LANAI

PAGI TADI


Orang Asli Pos Lanai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.


Pagi tadi telah berlangsung kes Orang Asli Pos Lanai vs TNB di Mahkamah Tinggi KL. Keputusannya, Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah dan Wilayah Adat Kampung Orang Asli Pos Lanai telah berjaya untuk mendapatkan injunksi sementara bagi menghentikan TNB membina Empangan Telom di Kuala Lipis.
Untuk rakan-rakan yang ingin mengetahui mengenai apa yang dituntut oleh orang-orang asli dalam kes pembinaan Empangan Telom ini, boleh lah melihat dokumentari ini.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman