Friday, 4 December 2015

KERIS MAS, PEJUANG KEMERDEKAAN

KERIS MAS DI TEMERLOH

Tahukah anda, Sasterawan pertama negara, Kamaludin Muhammad, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Keris Mas memulakan kerjaya pertama beliau dengan mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah atau pada waktu itu dikenali dengan nama Madrasah Khairiah di Temerloh, Pahang pada tahun 1946-1947.
Dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong Pahang, Keris Mas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Benus, Pahang sebelum beliau menyambung pengajian di Tawaliah School, Sumatera dan mendapat diploma perguruan di Kolej Kulliahtul Muallmin al-Islamiah Sumatera.
Setelah terkandas pelajaran di Pitman College Singapura untuk membolehkan beliau mengambil peperiksaan di Matrikulasi Universiti London akibat meletusnya Perang Dunia Kedua, beliau ke Temerloh, bagi bersama-sama menggerakkan adrenalin perjuangan menuntut kemerdekaan yang didominasi oleh golongan agamawan, nasionalis, dan patriot kiri yang berpusat di daerah Temerloh, Pahang pada waktu itu.
Selepas habis waktu mengajar di Madrasah Khairiah, Keris Mas yang turut dilantik sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bahagian Temerloh akan mengayuh perahu dalam menjalankan tugas sebagai penyebar risalah dan dakyah khususnya kepada golongan tani yang tinggal berhampiran tebing-tebing di Sungai Pahang, Sungai Semantan, hingga ke Sungai Bera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan 100% daripada penjajah British

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Foto Keris Mas, dan foto terkini SMA AL-Khairiah pada 4 Disember 2015

Thursday, 3 December 2015

SOAL MAT KILAU.

AL-FATIHAH.

"Kalau pelepah itu sudah jatuh ke bumi, siapa lagi hendak hormatkan pelepah itu?. Kita memuja keindahan daun kelapa yang hijau di pohon. Kita terpesona bila melihat daun kelapa itu bergoyang perlahan lahan bila ditiup bayu yang berpuput lembut. Tetapi kita tidak pernah merasakan pelepah kelapa yang bersepah di bumi itu sebagai sesuatu yang indah. Malah pelepah kelapa itu kita kumpulkan dan kita jadikan habuan api saja. Bukankah begitu?"_ Mat Kilau _ 

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Wednesday, 2 December 2015

SOAL DATUK BAHAMAN.

AL-FATIHAH.

"Kita sekarang sedang berada di birai gaung yang dalam. Di dalam gaung itu ada api yang tidak kelihatan. Walaupun kita belum jatuh ke dalam gaung tapi bahang panas api yang tersembunyi telah menusuk ke tulang kita. Dapatkah kita selamatkan diri kita, anak isteri dan keturunan kita dari terjerumus, terbakar dan hancur luluh di dalam api itu?" Datuk Bahaman _ Darah Titik Di Semantan 

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Wednesday, 25 November 2015

BERSAMA CICIT DATUK BAHAMAN

PAK LONG, CICIT DATUK BAHAMAN DAN CUCU CIKGU JANTAN.
Usai sepetang bersama cicit Datuk Bahaman, cucu kepada cikgu Jantan, Abdullah Zamli Bin Alias, atau lebih mesra digelar Pak Long.
Sungguh bersemangat dan berkobar-kobar Pak Long berkongsi cerita, khususnya mengenai perjuangan moyang dan aki beliau.

Tuesday, 17 November 2015

FAIR LABOUR PRACTICES IN THE PALM OIL INDUSTRY

BENGKEL BURUH-BURUH SAWIT

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu, wakil Angkatan Bahaman telah dijemput sebagai pemerhati di dalam bengkel pertubuhan badan-badan sivil yang membawa tajuk "Fair Labour Practices In The Palm Oil Industry" yang bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
Workshop 2 hari yang dipermudahcarakan oleh NGO North South Initiatives dari Petaling Jaya, Selangor ini membincangkan pelbagai perkara mengenai hak asasi buruh-buruh dalam sektor perkebunan kelapa sawit khususnya dalam menghadapi tahun mendatang.
Selain itu, tujuan lain bengkel ini juga adalah untuk membina jaringan bersama dalam menuntut kepada gabungan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) bagi memastikan hak-hak buruh perkebunan kelapa sawit sentiasa diamalkan di setiap lapangan perkebunan kelapa sawit khususnya bagi negara Malaysia dan Indonesia sebagai negara-negara pengeksport minyak sawit terbesar di dunia pada waktu ini.
Negara jiran terdekat, Indonesia turut menyertai bengkel ini dengan diwakili para delegasi dari organisasi-organisasi yang bernaung di bawah Serikat Buruh Indonesia (Serbundo) samada yang berpusat di Sumatera Utara, di Jawa, di Kalimantan dan pelbagai pelusuk pulau di Indonesia lagi.
Selain itu, wakil dari Malaysia seperti Tenaganita turut menyumbang buah idea dan fikiran dalam bengkel ini selain wakil penganjur untuk penganjuran bengkel ini adalah pertubuhan Rainforest Action Network yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman












Thursday, 12 November 2015

MESYUARAT PERSEDIAAN BANJIR

BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Siang tadi, Angkatan Bahaman bersama para NGO di Temerloh telah dijemput oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh untuk bermesyuarat bagi penyelarasan pengurusan bencana untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang mungkin melanda pada hujung tahun ini.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai sukarelawan banjir Angkatan Bahaman bolehlah menghubungi pihak kami dengan menghantar mesej di inbox page ini. Terima kasih. smile emoticon

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman



Sunday, 8 November 2015

JAMBATAN PATAH TENGGELAM BAH 1971

DARI AKHBAR BERITA HARIAN, 16 JANUARI 1971

Sesiapa yang berada atau pernah ke daerah Temerloh, tentu masih dapat melihat kesan runtuhan jambatan lama (lebih juga dikenali dengan nama jambatan patah oleh masyarakat tempatan) merentasi Sungai Pahang yang memisahkan antara kawasan Kampung Pengkalan Manggis dan Kampung Tebal. 

Sebelum bah besar pada tahun 1971, jambatan yang merentasi Sungai Pahang ini adalah penghubung utama bagi laluan dari bandar Temerloh menuju ke Maran dan seterusnya ke Kuantan.

Namun, bah besar yang melanda pada tahun 1971 di Temerloh pada waktu itu telah menyebabkan jambatan utama ini tenggelam dan akhirnya musnah dek arus air Sungai Pahang yang begitu kuat pada waktu itu.

Seperti yang tercatat dalam kawat Berita Harian, pada 16 Januari 1971 muka 7, (bergaris merah dalam gambar di bawah), dinyatakan:

"Jembatan Temerloh tenggelam

Bagini-lah pandangan dari udara Jembatan Temerloh di Pahang yang telah musnah dan maseh tenggelam oleh banjir yang melanda daerah itu baru2 ini. Sunggoh pun keadaan banjir di-kawasan itu hampir puleh saperti biasa, keadaan jembatan itu telah memutuskan langsong hubongan jalanraya ka-Maran."

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Sumber foto dan artikel: Berita Harian, 16 Januari 1971.
Kredit: National Library Board, Singapore.