Monday, 7 December 2015

TAKLIMAT PERANAN NGO DALAM PENGURUSAN BENCANA DAERAH TEMERLOH.

TAKLIMAT DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH TEMERLOH.
Siang tadi Angkatan Bahaman telah menghadiri Taklimat Peranan NGO Dalam Pengurusan Bencana Daerah Temerloh yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Taklimat yang dikelolakan di bawah Jabatan Pertahanan Awam Temerloh ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM) serta NGO yang berpusat di daerah Temerloh seperti Majlis Belia Daerah Temerloh dan Pertubuhan Amal Permata Hatiku.
Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang daerah Temerloh dan seluruh negara khususnya tidak lagi ditimpa musim bah, namun manusia mampu merancang, Tuhan jua lah yang menentukan, jika berlakunya lagi bah, semua pihak mampu bersiap sedia kerana manusia itu sendiri mesti belajar daripada pengalaman sejarah.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Saturday, 5 December 2015

PEMUDA PAHANG MENJADI KAPTEN UDARA INDONESIA

DARI KERATAN KAWAT BERITA HARIAN, 21 MAC 1968.

Tahukah anda, pada zaman negara jiran Indonesia berjuang mempertahankan kemerdekaan daripada penjajah Belanda dalam Revolusi Indonesia yang telah berlangsung pada tahun 1945-1949 dahulu, seorang anak tani yang berasal daripada Kampung Bukit Pak Silap, Temerloh, Pahang Darul Makmur juga telah berhijrah ke Indonesia dan mengangkat senjata bagi mempertahankan kemerdekaan pertiwi untuk jiran serumpun di Indonesia.
Pemuda yang penuh semangat patriotisme demi nusa dan bangsa ini bernama Encik Hassan Bin Sidek akhirnya telah berjaya menjawat jawatan Kapten Udara Republik Indonesia sepanjang perjuangan beliau disana. Pada tahun 1968, beliau telah pulang selama 14 hari ke kampung asalnya di Kampung Bukit Pak Silap, Temerloh untuk melawat sanak saudara dan rakan sepermainan di kampung halaman sebelum beliau menjadi seorang patriot melawan penjajah di negara jiran serantau.
Kepulangan beliau selama 14 hari di Temerloh telah diambil peluang oleh wartawan Berita Harian untuk mencatat serba sedikit mengenai kisah beliau. Dalam halaman 6, kawat Berita Harian bertarikh 21 Mac 1968.
Pemuda Pahang menjadi Kapten udara Indonesia
KEMBALI MENEMUI KELUARGA SA-TELAH 21 TAHUN
Oleh
BUMIPUTERA
SA-ORANG pemuda dari Kampong Bukit Pak Si-lap, Temerloh, Pahang yang meninggalkan negeri ini dalam tahun 1947 dulu telah pulang berchuti sa-lama empat balas hari pada hujong bulan Februari lalu.
Pemuda tersebut, Enche Hassan Bin Sidek meninggalkan kampong halaman dan tanah ayer sa-bagai pemuda biasa tetapi pulang berchuti sa-bagai Kapten Udara Repablik Indonesia. Beliau pulang sa-orang diri 'sa-bagai merintis jalan' kata-nya.
Sa-menjak tiga tahun lalu Kapten Hassan bertugas dengan AURI di-Medan,Sumatra. Sejak mula lagi beliau berkhidmat-di bahagian jentera kapal-terbang (Aero-Engineer-ing)
Walaupun tidak berubah sa-telah meninggalkan kam-pong sa-lama lebeh 20 tahun (umor-nya mening-kat 45 tahun sekarang), Kapten Hassan sama se-kali tidak dapat bertutur dalam loghat Melayu. Dia bertutor dalam loghat indonesia tulen.
Pengalaman
Ketika di-tanya bagaimana pengalaman-nya sa-lama 21 tahun di-negara tetang-ga, dengan tenang Kapten Hassan menjawab 'Wah, hebat sekali."
Sa-baik sahaja beliau mendarat di-tanah besar Indonesia pada tahun 1947 itu, dia terus di-hantar ka-Padang di-mana dia turut mendaftarkan diri untok berjuang menentang pen-jajahan Belanda.
Soalan pertama yang di-achukan kapada-nya ke-tika hendak mendaftar nama itu ia-lah 'Saudara bisa mati atau tidak? Kalau takut mati, saudara tidak boleh dudok di Indo-nesia.
Oleh kerana beliau men-jawab: Saya tidak takut mati,' lantas dia di-terima dan terus di-temu-duga untok bertugas di-bahagi-an Aeromekanik.
Dan kerana di-zaman pe-merentahan Jepun dahulu Kapten Hassan pernah belajar di-sekolah jentera kapal terbang di-Singa-pura,maka dengan senang sahaja permohonan-nya di-luluskan,
Kapten Hassan menerus-kan perbualan-nya deng-an saya di-anjong rumah ibu-nya pada hari kedua tiba-nya di Kampong Bukit Paksilap.
Saya turut berjuang di-da-lam revolusi Indonesia itu dan kembali-nya bertemu keluarga di-sini ada-lah sa-bagai satu tuah dari Tuhan. Sa-benar-nya saya ini boleh di-anggap sa-bagai 'sisa maut', kata-nya
Bertempor
Dengan senyum beliau men-ambah, 'Saya sudah meng-alami beberapa pertempor-an yang saya sendiri tidak menyangka dapat keluar daripada-nya dan hidup hingga sekarang,'
Peristiwa yang tidak dapat di-lupakan-nya ia-lah ke-tika menjalankan tugas bagi membebaskan Pekan Paya Kumboh dengan satu pasokan sa-ramai hanya 30 orang.
'Sedang askar Belanda yang mengawal pekan itu ber-jumlah ribuan. Tetapi tugas kami ia-lah menyer-ang untok memusnahkan musoh. Kami tidak di-benarkan pulang sa-lagi musoh belum di-musnah-kan,' tegas Kapten Has-san.
"Kerana perjuangan ini, Kapten Hassan melanjut-kan cherita-nya' Saya te-lah di-berikan oleh pe-merentah satu bintang kehormatan tertinggi yang dengan-nya saya di-berikan prioriti (keutama-an) dalam menjalani hidup selanjut-nya.'
Beliau juga di-berikan tem-pat bersemadi di-Makam Pahlawan apabila sampai masa-nya kelak.
'Mengingat segala2-nya ini,' tegas Kapten Hassan lagi, 'Saya bershukor-lah men-jadi ra'ayat Indonesia, kerana saya meninggalkan-nya, sa-olah2 saya meninggalkan - pokok yang saya tanam dengan susah payah dan sekarang se-dang mengeluarkan buah'.
Kapten Hassan telah ber-umahtangga di-sana dan mempunyai enam orang anak, kesemua-nya se-dang bersekolah.
Apabila saya tanyakan tent-ang isteri-nya, Kapten Hassan menjawab 'Isteri saya kasar.' Saya terchengang mendengar jawapan-nya ini. Me-lihat demikian, beliau menerangkan bahawa isteri-nya kasar kerana dia juga turut mengambil latehan tentera. Tetapi ini tidak berarti dia sa-orang isteri yang kur-ang chekap dalam urusan rumah tangga,' jelas nya.
Belajar
Kapten Hassan sekarang maseh belajar di-salah sa-buah Akademi Pengajian bahasa2 asing di-Medan. Dia belajar bahasa Jepun, Belanda, Peranchis, dan Jarman. Bahasa Inggeris sudah di-kuasai-nya lebeh dahulu.
'Ya, ini-lah satu2nya ke-mudahan di-Indonesia. Siapapun bisa belajar tanpa mengira umor," ka-ta-nya.
Bayaran sekolah chuma lebeh kurang $20 sa-tahun (wang Malaysia) dan pelajaran mudah sahaja di-ikuti kerana masa bekerja di-Indo-nesia ia-lah antara jam 7 pagi hingga 2 petang tiap2 hari.
Mengenai konsep pelajaran di-Indonesia, Kapten Has-san menerangkan bahawa di-Indonesia orang tidak mendapatkan ilmu untok menchapai hidup yang lumayan.
Orang Indonesia belajar sa-mata2 untok mendapat-kan ilmu kerana mening-gikan ilmu itu sendiri bagi ra'ayat dan negara. Sebab ilmu itu ada-lah di-pan-ang sa-bagai satu2-nya yang dapat membangun-kan sa-buah negara ka-arah kemajuan. Tegas-nya ilmu itu sa-bagai asset kapada negara'.
Sa-lama berada di-kampong, Kapten Hassan tidak put-us2 di-kunjongi oleh sau-dara mara-nya. Beberapa orang di-antara-nya ha-nya bertutor dengan leleh-an ayer mata. Barangkali gembira.
Sahabat-nya juga telah mengadakan satu majlis keraian kechil di-dewan UMNO Temerloh.
Beliau telah berlepas semula ka-Medan melalui lapang-an terbang Subang pada 5 Mach lalu.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Sumber foto dan artikel: Berita Harian, 21 Mac 1968.
Kredit: National Library Board, Singapore. 

Friday, 4 December 2015

KERIS MAS, PEJUANG KEMERDEKAAN

KERIS MAS DI TEMERLOH

Tahukah anda, Sasterawan pertama negara, Kamaludin Muhammad, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Keris Mas memulakan kerjaya pertama beliau dengan mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah atau pada waktu itu dikenali dengan nama Madrasah Khairiah di Temerloh, Pahang pada tahun 1946-1947.
Dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong Pahang, Keris Mas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Benus, Pahang sebelum beliau menyambung pengajian di Tawaliah School, Sumatera dan mendapat diploma perguruan di Kolej Kulliahtul Muallmin al-Islamiah Sumatera.
Setelah terkandas pelajaran di Pitman College Singapura untuk membolehkan beliau mengambil peperiksaan di Matrikulasi Universiti London akibat meletusnya Perang Dunia Kedua, beliau ke Temerloh, bagi bersama-sama menggerakkan adrenalin perjuangan menuntut kemerdekaan yang didominasi oleh golongan agamawan, nasionalis, dan patriot kiri yang berpusat di daerah Temerloh, Pahang pada waktu itu.
Selepas habis waktu mengajar di Madrasah Khairiah, Keris Mas yang turut dilantik sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bahagian Temerloh akan mengayuh perahu dalam menjalankan tugas sebagai penyebar risalah dan dakyah khususnya kepada golongan tani yang tinggal berhampiran tebing-tebing di Sungai Pahang, Sungai Semantan, hingga ke Sungai Bera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan 100% daripada penjajah British

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Foto Keris Mas, dan foto terkini SMA AL-Khairiah pada 4 Disember 2015

Thursday, 3 December 2015

SOAL MAT KILAU.

AL-FATIHAH.

"Kalau pelepah itu sudah jatuh ke bumi, siapa lagi hendak hormatkan pelepah itu?. Kita memuja keindahan daun kelapa yang hijau di pohon. Kita terpesona bila melihat daun kelapa itu bergoyang perlahan lahan bila ditiup bayu yang berpuput lembut. Tetapi kita tidak pernah merasakan pelepah kelapa yang bersepah di bumi itu sebagai sesuatu yang indah. Malah pelepah kelapa itu kita kumpulkan dan kita jadikan habuan api saja. Bukankah begitu?"_ Mat Kilau _ 

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Wednesday, 2 December 2015

SOAL DATUK BAHAMAN.

AL-FATIHAH.

"Kita sekarang sedang berada di birai gaung yang dalam. Di dalam gaung itu ada api yang tidak kelihatan. Walaupun kita belum jatuh ke dalam gaung tapi bahang panas api yang tersembunyi telah menusuk ke tulang kita. Dapatkah kita selamatkan diri kita, anak isteri dan keturunan kita dari terjerumus, terbakar dan hancur luluh di dalam api itu?" Datuk Bahaman _ Darah Titik Di Semantan 

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Wednesday, 25 November 2015

BERSAMA CICIT DATUK BAHAMAN

PAK LONG, CICIT DATUK BAHAMAN DAN CUCU CIKGU JANTAN.
Usai sepetang bersama cicit Datuk Bahaman, cucu kepada cikgu Jantan, Abdullah Zamli Bin Alias, atau lebih mesra digelar Pak Long.
Sungguh bersemangat dan berkobar-kobar Pak Long berkongsi cerita, khususnya mengenai perjuangan moyang dan aki beliau.

Tuesday, 17 November 2015

FAIR LABOUR PRACTICES IN THE PALM OIL INDUSTRY

BENGKEL BURUH-BURUH SAWIT

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu, wakil Angkatan Bahaman telah dijemput sebagai pemerhati di dalam bengkel pertubuhan badan-badan sivil yang membawa tajuk "Fair Labour Practices In The Palm Oil Industry" yang bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
Workshop 2 hari yang dipermudahcarakan oleh NGO North South Initiatives dari Petaling Jaya, Selangor ini membincangkan pelbagai perkara mengenai hak asasi buruh-buruh dalam sektor perkebunan kelapa sawit khususnya dalam menghadapi tahun mendatang.
Selain itu, tujuan lain bengkel ini juga adalah untuk membina jaringan bersama dalam menuntut kepada gabungan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) bagi memastikan hak-hak buruh perkebunan kelapa sawit sentiasa diamalkan di setiap lapangan perkebunan kelapa sawit khususnya bagi negara Malaysia dan Indonesia sebagai negara-negara pengeksport minyak sawit terbesar di dunia pada waktu ini.
Negara jiran terdekat, Indonesia turut menyertai bengkel ini dengan diwakili para delegasi dari organisasi-organisasi yang bernaung di bawah Serikat Buruh Indonesia (Serbundo) samada yang berpusat di Sumatera Utara, di Jawa, di Kalimantan dan pelbagai pelusuk pulau di Indonesia lagi.
Selain itu, wakil dari Malaysia seperti Tenaganita turut menyumbang buah idea dan fikiran dalam bengkel ini selain wakil penganjur untuk penganjuran bengkel ini adalah pertubuhan Rainforest Action Network yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman