Sunday, 25 January 2015

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI DATARAN PATIN, TEMERLOH (PERINGKAT KEDUA)

PENAMA SUMBANGAN MENERIMA SUMBANGAN BAUCER
TONG GAS

Petang tadi, Angkatan Bahaman telah membantu Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful dalam mengagihkan sumbangan berupa baucer tong gas, dapur kecil dan wang tunai kepada penama-penama terpilih bagi rumah mereka  yang dilanda bah di Dataran Patin, Tanjong Keramat, Temerloh.

Wang tunai yang diletakkan di dalam sampul surat yang diperuntukkan berjumlah RM80.00 seorang akan digunakan oleh penerima sumbangan untuk membeli tong gas sendiri.

Ini kerana agensi pelaksana dan penyumbang dalam sumbangan ini, iaitu Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful tidak dapat membeli dan menyumbangkan tong-tong gas 
secara fizikal kerana masalah kekurangan stok tong gas di pasaran.
Penama-penama bagi menerima  ini diuruskan oleh
Pertubuhan Angkatan Bahaman.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Saturday, 24 January 2015

LAGI PEKONGSIAN FOTO DARI GENG #BUBURBORJUIS SEPANJANG MENYUMBANG BAKTI DI TEMERLOH

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Pendekar Mustar Bubur Borjuis







































TERIMA KASIH KEMBALI DARIPADA ANGKATAN BAHAMAN KEPADA #BUBURBORJUIS

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook geng #buburborjuis iaitu Pendekar Mustar



BUBUR BORJUIS MENYUMBANG BAKTI DI TEMERLOH

ANGKATAN BAHAMAN BERSAMA GENG BUBUR BORJUIS

Hari ini, Angkatan Bahaman telah dilawati oleh geng-geng metalcore dari Kuala Lumpur, geng "Bubur Borjuis" yang telah datang bersama barang-barang sumbangan seperti alat tulis dan bahan-bahan berupa bekalan makanan.
Angkatan Bahaman sempat membawa mereka melawat sekitar kawasan yang terjejas dek air bah di Temerloh dan mereka telah menunjukkan simpati yang teramat terhadap apa yang telah berlaku di Temerloh.
Angkatan Bahaman amat berbesar hati atas kesudian geng "Bubur Borjuis" melawat dan memberi serba sedikit sumbangan untuk mangsa-mangsa di Temerloh dan berharap agar mereka kembali lagi ke Temerloh setelah Temerloh bangkit sepenuhnya dari kedukaan bah 2014/2015 ini.
Angkatan Bahaman
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Komrad Angkatan Bahaman bersama geng "Bubur Borjuis" bergambar kenangan di depan markas operasi banjir Angkatan Bahaman.

Friday, 23 January 2015

AL-FATIHAH

IBUNDA TUAN HAJI AMIRRUSLAN MANAF MENINGGAL DUNIA.

Belasungkawa dan takziah kepada Tuan Haji Amiruslan Abdul Manaf dan keluarga atas pemergian ibunda beliau.
Selaku golongan veteran di daerah Temerloh ini, Tuan Haji Amiruslan telah banyak membantu dalam memberi sokongan dari segenap segi dalam menghidup dan menggerakkan Pertubuhan Angkatan Bahaman selama ini.
Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang Darul Makmur.  Daripada Dia kita datang, dan daripada Dia kita kembali.
Fad khuli fi 'ibadi, wad khuli jannati 

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Thursday, 22 January 2015

KHEMAH BAJU-BAJU TERPAKAI DIRAMPAS PENGUASA MAJLIS!

DI MARKAS OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN

Angkatan Bahaman sangat kecewa dan terkilan apabila Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mencabut kanopi yang digunakan oleh Angkatan Bahaman untuk menaungi baju-baju terpakai bagi kegunaan mangsa-mangsa banjir.
Angkatan Bahaman berpendapat sekurang-kurangnya pihak MPT perlulah memberitahu terlebih dahulu kepada wakil Angkatan Bahaman bahawa pihak MPT ingin mengambil kembali khemah yang sememangnya milik MPT itu.
Tindakan MPT yang membuat 'kerja' seawal selepas waktu Subuh, mendatangkan rasa kurang senang kepada Angkatan Bahaman sementelah kanopi itu sememangnya sudah lama diabaikan oleh MPT selama ini, baru apabila pihak Angkatan Bahaman menggunakan kanopi itu, baru lah MPT sibuk membuat 'kerja'.
Angkatan Bahaman berpandangan lebih baik kanopi itu dimanfaatkan oleh orang ramai untuk membuat kebajikan, berbanding disimpan hingga buruk saja di dalam stor MPT.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman









YB MAHFUZ OMAR DAN YB DR.SYED AZMAN MELAWAT KOMRAD ANGKATAN BAHAMAN DI TEMERLOH

Yang Berhormat (YB) TITIP NASIHAT
Angkatan Bahaman telah diberi kunjungan hormat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena dari Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Dato' Mahfuz Omar, dan Adun Batu Burok dari Terengganu, YB Dr. Syed Azman yang berkebetulan datang ke Temerloh bagi melihat dan memberi bantuan serta ikhtiar kepada penduduk-penduduk Temerloh yang telah terlibat dalam bencana bah 2014/2015 baru-baru ini.
YB Dato' Mahfuz Omar dan YB Dr. Syed Azman sempat menitipkan nasihat kepada Angkatan Bahaman supaya sentiasa menjadi NGO yang berjiwa marhaen dengan fokus kepada kebajikan rakyat kebanyakan terutama golongan anak muda.
Angkatan Bahaman juga dinasihatkan oleh kedua-dua YB supaya sentiasa membela nasib rakyat tertindas, dan Angkatan Bahaman juga haruslah sentiasa bersikap terbuka dan neutral dari mana-mana kepentingan politik atas dasar kepentingan rakyat bersama.
Angkatan Bahaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua YB atas kesudian melawat Angkatan Bahaman di Temerloh dan segala pesanan serta nasihat dari kedua YB akan dimanfaatkan sepenuhnya demi menggerakkan Angkatan Bahaman supaya terus mempersadakan kebajikan golongan marhaen dan memajukan fikiran terutama untuk golongan anak muda.
Angkatan Bahaman
Buaian Revolusi

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Komrad Angkatab Bahaman bergambar YB Mahfuz Omar dan YB Dr.Syed Azman serta rakan-rakan di Gerai Bukit Angin, Temerloh, Pahang.