Thursday, 12 February 2015

MERAFAK SEMBAH TAKZIAH UNTUK PEMERGIAN DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

AL-FATIHAH

Alfatihah di atas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, 9.45 malam sebentar tadi.

Fadkhuli fi' ibaadi wadkhuli jannati.

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” 

- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman



Wednesday, 11 February 2015

ANGKATAN BAHAMAN DIJEMPUT SEBAGAI TETAMU DALAM MAJLIS MERAIKAN PARA PETUGAS BANJIR

DI DEWAN MAjlIS BANDARAYA PETALING JAYA, SELANGOR

Angkatan Bahaman dijemput sebagai tetamu dalam meraikan petugas-petugas banjir di Pahang & Kelantan bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Terus lawan politik pembodohan!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
















Saturday, 7 February 2015

MEMBERI BANTUAN DI DARUL IZAH DAN PONDOK PANGSENAM, TEMERLOH.

BERSAMA PARA SUKARELAWAN DARI LEMBAH KLANG

Angkatan Bahaman bersama para sukarelawan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kelab Kembara 4x4 Selangor, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam program memberi bantuan perubatan, medical checkup, pertukangan dan mengecat kepada pondok pengajian anak-anak yatim Darul Izah di Seberang Temerloh, dan team-team ini kemudian ke pondok pengajian untuk orang-orang tua di Pangsenam. Selain ke Darul Izah dan Pondok Pangsenam, team ini turut turun padang ke pusat petempatan orang asal di Kuala Gandah. Satu hari yang penuh padat dari team-team ini. Terima kasih tak terhingga dari kami Angkatan Bahaman kepada team-team ini kerana sudi membawa misi perubatan dan pertukangan ke Temerloh, 'Gerbang Sejarah Dan Alam Negeri Pahang'. Sehingga berjumpa lagi!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman








Thursday, 5 February 2015

MATAWANG NUKUD SEMANTAN

TEMERLOH, GERBANG SEJARAH DAN ALAM NEGERI PAHANG
Tahukah aokme, daerah Temerloh pernah memakai matawang sendiri yang dinamakan "nukud Semantan"?. Matawang 'nukud Semantan' ini telah dijadikan sebagai alat tukaran wang beli sekitar abad ke 16, lebih kurang seratus tahun lebih awal sebelum kelahiran Datuk Bahaman sendiri. Kiranya semasa zaman Datuk Bahaman memerintah daerah Temerloh dahulu (1880an), beliau mungkin masih menggunakan matawang 'nukud Semantan' ini sebagai alat tukaran wang dalam urusan perdagangan di daerah Temerloh khususnya pada waktu itu.
Peranan yang dimainkan matawang 'nukud Semantan' dalam daerah Temerloh ini ada disentuh di dalam karya 'Syair Ashikin', karya Tok Shahibudin yang dikarangkan sekitar tahun 1750.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Wednesday, 4 February 2015

ANGKATAN MENGECAM PENGHINAAN DARI PASUKAN JDT

SUKAN ITU SESUNGGUHNYA BERSIFAT MENYATUKAN.

Angkatan Bahaman bertegas untuk menolak sama sekali segala apa bentuk penghinaan yang dilakukan segelintir penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terhadap kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika perlawanan akhir Piala Sumbangsih antara pasukan JDT dan pasukan Pahang pada 31 Januari 2015 yang lalu. Ini kerana penghinaan tersebut turut memalitkan sama arang kepada Persatuan Bola Pahang, persatuan bola sepak dari tanah air Angkatan Bahaman ini sendiri.

Angkatan Bahaman menyeru supaya semua pihak yang berkepentingan dan berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan segera kepada pihak yang menghina kepimpinan FAM ini kerana kami risau jika gelagat 'kurang ajar' ini dibiarkan berleluasa, suasana seperti ini akan menimbulkan masalah yang lebih membarah kepada suasana sukan bola sepak khususnya di dalam negara ini.

Sesungguhnya sukan itu menyatukan, dan jangan biarkan pihak-pihak yang bacul mengambil kesempatan untuk menimbulkan sifat perkauman termasuk semangat kenegerian dan kedaerahan yang melampau yang seterusnya akan memusnahkan industri sukan bola sepak di dalam negeri ini.


Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Tuesday, 3 February 2015

SATU PENYATAAN DARI PERTUBUHAN ANGKATAN BAHAMAN!

VIVA LA BAHAMAN!

Angkatan Bahaman berprinsip tidak akan menjadi perkakas bagi mana-mana parti politik mahupun mana-mana pihak-pihak yang berkepentingan, namun Angkatan Bahaman wajib mempunyai pernyataan sikap berkait politik! Kerana sesungguhnya Datuk Bahaman yang namanya telah menjadi inspirasi dan dipahatkan kepada Angkatan Bahaman ini adalah seorang yang politikal!

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman



Monday, 2 February 2015

BAH BESAR 2014/2015 DALAM KENANGAN

BAH BESAR 2014/2015 DALAM KENANGAN

Bah besar yang telah melanda daerah Temerloh khususnya pada penghujung tahun 2014 yang lalu dan awal tahun 2015 ini telah meninggalkan banyak kesan parut yang perit lagi memilukan kepada penduduk-penduduk yang hampir 100% telah lumpuh pergerakan mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pekerjaan seharian. Namun di sebalik segala kedukaan dan kehampaan yang menimpa, terselit juga hikmah bagi mereka yang mengerti erti pengorbanan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan kehidupan.

Di sini kami sertakan beberapa himpunan gambar aktiviti-aktiviti Angkatan Bahaman dalam membantu mangsa-mangsa bah di daerah Temerloh ini pada musim bah yang lalu.

"Orang memberi, kita menerima. Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata."

Angkatan Bahaman, Duta Kasih-Sayang.
Buaian Revolusi.


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman