Sunday, 15 February 2015

ANGKATAN BAHAMAN DI DEMO #KITA LAWAN PETANG SEMALAM

#KITALAWAN

Angkatan Bahaman di demo ‪#‎KITALAWAN‬ di Sogo petang semalam. Di malam hari pula, kami melawat ke studio Radio Bangsar Utama dan turut bersama menyertai jamuan makan yang disediakan. Ribuan terima kasih kepada team Radio Bangsar Utama yang sudi menerima dan meraikan kedatangan Angkatan Bahaman di Kuala Lumpur. Semoga berjumpa lagi dalam perlawanan akan datang!
#KITALAWAN
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

















Saturday, 14 February 2015

JEMPUTAN UNTUK SEMUA TURUN KE MEDAN JALANAN!

#KITALAWAN

Angkatan Bahaman sudah bersedia untuk aksi massa!
Ayuh semua anak-anak muda, kita turun dan#KITALAWAN!

Jangan lupa, SOGO, Sabtu, 4pm, Hitam #KITALAWAN

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman




ANGKATAN BAHAMAN DI MAJLIS PENGEBUMIAN ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ

AL-FATIHAH.

Angkatan Bahaman di sekitar majlis pengebumian gemulah Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Yang lebih manis, komrad Angkatan Bahaman, Hassanal Bolkiah turut sama berpeluang mengusung jenazah allahyarham dari Masjid Pulau Melaka hingga ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.
Al-Fatihah.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman





























Friday, 13 February 2015

AL- FATIHAH TUAN GURU NIK AZIZ

KE KELANTAN... 

Dalam perjalanan menuju ke negeri Serambi Mekah bagi urusan pengebumian tuan guru... Bismillah..

Thursday, 12 February 2015

MERAFAK SEMBAH TAKZIAH UNTUK PEMERGIAN DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

AL-FATIHAH

Alfatihah di atas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, 9.45 malam sebentar tadi.

Fadkhuli fi' ibaadi wadkhuli jannati.

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” 

- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman



Wednesday, 11 February 2015

ANGKATAN BAHAMAN DIJEMPUT SEBAGAI TETAMU DALAM MAJLIS MERAIKAN PARA PETUGAS BANJIR

DI DEWAN MAjlIS BANDARAYA PETALING JAYA, SELANGOR

Angkatan Bahaman dijemput sebagai tetamu dalam meraikan petugas-petugas banjir di Pahang & Kelantan bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Terus lawan politik pembodohan!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
















Saturday, 7 February 2015

MEMBERI BANTUAN DI DARUL IZAH DAN PONDOK PANGSENAM, TEMERLOH.

BERSAMA PARA SUKARELAWAN DARI LEMBAH KLANG

Angkatan Bahaman bersama para sukarelawan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kelab Kembara 4x4 Selangor, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam program memberi bantuan perubatan, medical checkup, pertukangan dan mengecat kepada pondok pengajian anak-anak yatim Darul Izah di Seberang Temerloh, dan team-team ini kemudian ke pondok pengajian untuk orang-orang tua di Pangsenam. Selain ke Darul Izah dan Pondok Pangsenam, team ini turut turun padang ke pusat petempatan orang asal di Kuala Gandah. Satu hari yang penuh padat dari team-team ini. Terima kasih tak terhingga dari kami Angkatan Bahaman kepada team-team ini kerana sudi membawa misi perubatan dan pertukangan ke Temerloh, 'Gerbang Sejarah Dan Alam Negeri Pahang'. Sehingga berjumpa lagi!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman