JEMPUT SEMUA BUAT RAMAI! SAPERE AUDE!
Forum Masa Depan Malaysia anjuran Akademi Belia bersama Sekolah Pemikiran Datuk Bahaman.
Panel :
1) Dr. Amir Saifudee Ghazali (Pengarah UMCEDEL)
2) Dato' Saifuddin Abdullah (Pengerusi Akademi Belia, CEO Global Movement Moderates)
Tajuk : 'Senario Masa Depan Belia dalam Politik Baru' .
Tempat : Restoran Cozy Shake, Pusat Perniagaan Dynatown (belakang restoran Paparich), Temerloh, Pahang.
Tarikh : 5 April 2015 (Ahad)
Masa : 5.00pm-7.00 pm
Semua dijemput hadir buat ramai. Jamuan makanan juga disediakan.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Thursday, 2 April 2015
Monday, 30 March 2015
PERTUBUHAN ANGKATAN BAHAMAN KINI SUDAH BERKICAU DI LAMAN TWEETER
JEMPUT FOLLOW :)
Angkatan Bahaman selamat berkicau untuk kali pertama di Twitter sebelum pelaksanaan cukai GST. Jemput follow dan sebarkan revolusi!
#angkatanbahaman
#buaianrevolusi
Untuk berkicau bersama Angkatan Bahaman, boleh terbang ke Twitter Angkatan Bahaman, Buaian Revolusi

Sunday, 29 March 2015
SALUTE UNTUK ANGKATAN BAHAMAN SEL LEMBAH KLANG
#KITALAWAN
Beribu tahniah dan salute kepada Angkatan Bahaman sel (bahagian) Lembah Klang yang telah berjaya mengorganisir hampir 300 para demonstran untuk turut serta di dalam demonstrasi #KITALAWAN yang telah dihadiri hampir 10 000 rakyat Malaysia yang membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di mana demonstrasi ni telah memulakan perarakan dari Kompleks Beli Belah Sogo hingga ke KLCC, bagi meraikan perkahwinan anak perempuan Najib Razak di KLCC petang semalam. Walaupun para demonstran telah dihalang oleh pihak berkuasa di Jalan Ampang dan tidak berjaya meneruskan salah satu matlamat asal demo iaitu ingin meraikan hari perkahwinan anak Najib Razak di KLCC, namun para demonstran masih dikira telah begitu berjaya untuk mengunjuk rasa dengan berarak dan melaungkan kata semangat, menjulang sepanduk, mengibarkan bendera 'perlawanan' dalam sepanjang perarakan dari SOGO hingga ke Jalan Ampang itu, serta perarakan yang dianjurkan petang semalam ini juga bersifat cukup santai apabila turut sama dimeriahi dengan aktiviti menyanyi dan menari lagu-lagu pembebasan dan perlawanan yang diketuai oleh gerakan anak muda 'The BangsArt'.
Angkatan Bahaman sel Lembah Klang sebagai antara gerakan yang terlibat sama dalam menyusun demonstrasi #KITALAWAN petang semalam ini terdiri daripada kader-kader dan ahli-ahli Angkatan Bahaman yang bermastautin di Lembah Klang, di mana kader-kader dan ahli-ahli ini adalah anak-anak muda Temerloh yang sedang menuntut pelajaran atau bekerja di sekitar Lembah Klang. Terdapat lebih 30 orang ahli dan 100 orang kader yang berjaya direkrut untuk menjadi sebahagian daripada ahli Angkatan Bahaman sel Lembah Klang ini.
Seperti mana sel utama Angkatan Bahaman di Temerloh, sel Angkatan Bahaman di Lembah Klang turut dianggotai majoriti oleh kader-kader dan ahli-ahli yang bersifat "non partisan" walaupun mereka yang "by partisan" tetap diberi ruang dan peluang yang sama untuk bergiat aktif di dalam pertubuhan Angkatan Bahaman ini.
Demo #KITALAWAN semalam telah membuktikan bahawa perlawanan bagi menentang isu besar dan yang bersifat nasional seperti isu menentang pelaksanaan cukai GST seperti ini turut mampu dimobilasi oleh golongan anak-anak muda tanpa penglibatan dan bayangan figura ahli-ahli politik yang acap kali hanya sering mengambil pendekatan yang bersifat 'kontra-revolusionari' terhadap gerakan anak-anak muda.
Demo pada petang semalam juga telah memperlihatkan bahawa demo #KITALAWAN yang telah berlangsung secara konsisten setiap hari Sabtu petang di Kompleks Beli-Belah Sogo bermula pada 7 Februari lalu berjaya menunjukkan gerakan-gerakan anak muda kini mampu bangkit di era post-ideologi dengan menyusun gerakan anak-anak muda mereka sendiri bagi memobilasi sendiri massa untuk melawan kezaliman, seperti yang telah ditunjukkan oleh pembentukan gerakan #KITALAWAN yang rata-ratanya dianggotai oleh gabungan anak-anak muda termasuk sel Angkatan Bahaman di perantauan (Lembah Klang).
Dengan ini, penglibatan Angkatan Bahaman sel Lembah Klang dalam demo #KITALAWAN petang semalam telah membuktikan bahawa Angkatan Bahaman akan sentiasa berprinsip untuk tidak akan menjadi perkakas bagi mana-mana parti politik mahupun mana-mana pihak-pihak yang berkepentingan, namun Angkatan Bahaman sentiasa wajib mempunyai pernyataan sikap berkait politik kerana sesungguhnya Datuk Bahaman yang namanya telah menjadi inspirasi dan dipahatkan kepada Angkatan Bahaman ini adalah seorang yang politikal! Sehingga berjumpa lagi dalam perlawanan di Hari Buruh pada 1 Mei nanti!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!
Buaian Revolusi!
Wednesday, 25 March 2015
DI AKHBAR SINAR HARIAN 25 MAC 2015
Kecam tangkapan bantahan GST
Wartawan Sinar Harian
25 Mac 2015
Temerloh- Pertubuhan Angkatan Bahaman Temerloh mengecam penangkapan 80 aktivis dan wakil rakyat dalam bantahan anti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) di ibu pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya, kelmarin.
Presidennya, Abdul Razak Endut, menganggap, penahanan tersebut adalah satu pencabulan terhadap keadilan bersuara dalam tuntutan lunas demokrasi yang mana rakyat sepatutnya berhak meyuarakan apa juga pendapat.
Menurutnya, rakyat berhak menyuarakan pandangan terhadap apa pun cadangan dan dasar yang ingin dilaksanakan kerajaan kerana dalam tuntutan demokrasi itu, sememangnya turut melibatkan rakyat bersama pemerintah untuk menentukan hala tuju pembangunan dan kemakmuran negara.
Apa yang mengecewakan apabila rombongan mahukan jawapan daripada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad beliau hanya menjawab dua daripada 106 soalan dikemukakan GST.
"Salah satu jawapan yang diberikan berkaitan pelaksanaan GST adalah 'perintah dari Parlimen', ini satu jawapan yang sangat lemah diberikan pemimpin jabatan kerajaan," katanya.
Abdul Razak berkata, jawapan yang sangat lemah itu menggambarkan sikap tidak profesionalisme seorang pegawai jabatan kerajaan berpangkat besar yang sepatutnya lebih dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memenuhi keperluan rakyat.
Beliau berkata, amatlah tidak adil apabila sekurang-kurangmya 60 pasukan Light Strike Force (LSF) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk mengawal bantahan ini sedangkan aktivis dan wakil rakyat yang hadir mengemukakan bantahan ini bukanlah mereka yang terlibat dalam jenayah besar.
"Angkatan Bahaman dengan ini secara jelas berpendirian bahawa apa pun alasan yang digunakan terhadap penangkapan aktivis dan wakil rakyat yang terlibat dalam bantahan anti GST ini, adalah tidak adil dan tidak wajar sama sekali.
"Tindakan menangkap dan menghukum rakyat serta wakil wakil rakyat yang mahukan penjelasan terperinci daripada kerajaan secara khususnya dalam pelaksanaan GST hanya akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap motif utama pelaksanaan cukai yang dianggap membebankan rakyat kelas rendah di negara ini.
"Angkatan Bahaman dengan ini menggesa pihak berkuasa supaya membebaskan aktivis dan wakil rakyat yang ditahan ketika bantahan GST diadakan dan menggesa rakyat Malaysia prihatin yang lain supaya tampil mengemukakan persoalan berkaitan pelaksanaan GST ini,"katanya.
Akhbar ini semalam melaporkan seramai 79 individu termasuk wakil rakyat ditahan setelah terbabit dalam demonstrasi membantah GST di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia, (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Kelana Jaya, semalam.
Artikel asal boleh dilihat di akhbar Sinar Harian
Sumber: Akhbar Sinar Harian Edisi Pahang, Rabu, 25 Mac 2015 (m/s 42).

![]() |
| Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecik: Abdul Razak |
Sumber: Akhbar Sinar Harian Edisi Pahang, Rabu, 25 Mac 2015 (m/s 42).
WARTA ANGKATAN BAHAMAN
"SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-208"
Assalamualaikum w.b.t.
Umum maklum, aspek keselamatan merupakan satu elemen dan aspek yang sangat penting dalam pembentukan sesebuah negara kerana ianya menjamin keharmonian dan keselamatan bagi rakyat yang hidup di bawah naungannya.. Sejajar dengan memahami kehendak keharmonian tersebut, maka lahirlah kepelbagaian agensi keselamatan BAGI MELUNASKAN KEWAJIBAN TERSEBUT, diantaranya seperti ketenteraan,kepolisian, beberapa agensi penguatkuasaan yang tertentu dan pelbagai lagi..
Maka hari ini, 25 Mac adalah hari bersejarah bagi PDRM, iaitu antara agensi keselamatan negara yang tertua di mana PDRM ini telah banyak menabur bakti bagi memastikan rakyat dibawah jagaannya sentiasa selamat harmoni dan sejahtera..
Kami Angkatan Bahaman dengan ini mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-208" dengan harapan agar agensi ini lebih telus ,berintegriti,cekap,ADIL dan AMANAH. SEKIAN dalam urusan seharian.
ANGAKATAN BAHAMAN,
BUAIAN REVOLUSI.
BUAIAN REVOLUSI.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
![]() |
| "SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-208" |
Monday, 23 March 2015
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN ANGKATAN BAHAMAN 23 MAC 2015
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Angkatan Bahaman
23 Mac 2015
Pertubuhan Angkatan Bahaman
23 Mac 2015
ANGKATAN BAHAMAN MENGECAM PENANGKAPAN 80 ORANG PARA AKTIVIS DAN WAKIL RAKYAT DI DALAM BANTAHAN ANTI CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DI HQ KASTAM KELANA JAYA.
Pertubuhan Angkatan Bahaman mengecam sekeras-kerasnya pihak berkuasa yang telah menahan seramai 80 orang para aktivis dan wakil rakyat di dalam bantahan anti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) di luar ibu pejabat Kastam, Kelana Jaya, siang tadi.
Pertubuhan Angkatan Bahaman menganggap penangkapan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa ini merupakan satu pencabulan kepada keadilan bersuara dalam tuntutan lunas demokrasi, di mana rakyat sepatutnya berhak untuk menyuarakan apa jua pendapat dan cadangan terhadap apa-apa juga dasar atau perancangan yang ingin dilakukan oleh pihak kerajaan, kerana dalam tuntutan demokrasi itu sememangnya turut melibatkan rakyat bersama pemerintah untuk menentukan hala tuju pembangunan dan kemakmuran bagi sesebuah negara.
Bantahan anti cukai GST yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) melalui Setiausaha Agungnya, komrad Arulchelvan bersama komrad-komrad yang lain dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang didahului oleh komrad Badrul Hisham Shahrin telah bersama lebih 100 orang para aktivis dan wakil rakyat yang lain seperti MP Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar, MP Kuala Krai, Dr.Hatta Ramli, dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Sasterawan Negara, A.Samad Said telah berkumpul seawal pagi di Ibu Pejabat Utama (HQ) Jabatan Kastam, di Kelana Jaya, dan 'rombongan rakyat' ini telah membawa membawa bersama memorandum dan 106 soalan yang perlu dijawab secara telus dan jujur oleh pihak Kastam kerana di dalam pelaksanaan cukai GST ini, Jabatan Kastam lah yang akan memainkan peranan utama dalam pelaksanaannya kelak.
Namun begitu, ketika 'rombongan rakyat' ini mengajukan soalan-soalan kepada Ketua Pengarah Kastam, Dato' Sri Khazali Bin Haji Ahmad yang lambat tiba di HQ Kastam tersebut, Dato' Sri Khazali hanya menjawab dua daripada 106 soalan yang dikemukakan rakyat berhubung pelaksanaan cukai GST ini. Dan salah satu jawapan daripada soalan yang telah disoal kepada beliau, beliau hanya mampu menjawab, "Perintah dari Parlimen. Saya hanya melaksanakan."
Jawapan yang sangat "lemah" ini telah menggambarkan sikap tidak profesionalisme oleh seorang pegawai yang berpangkat besar dalam sebuah jabatan kerajaan di mana pegawai yang berpangkat besar seperti beliau ini sepatutnya lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memenuhi keperluan rakyat selaras dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Amatlah tidak relevan sama sekali apabila sekurang-kurangnya 60 orang dari pasukan Light Strike Force (LSF) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk turun mengawal bantahan ini sedangkan para aktivis dan wakil rakyat yang hadir mengemukakan bantahan ini di HQ Kastam Kelana Jaya itu bukanlah mereka yang terlibat dalam jenayah besar selain hanya mengemukakan persoalan daripada rakyat yang inginkan jawapan yang lebih jelas mengenai pelaksanaan cukai GST yang bakal dilaksanakan pada minggu depan (1 April 2015).
Pertubuhan Angkatan Bahaman dengan ini secara jelas berpendirian bahawa apa jua alasan yang digunakan terhadap penangkapan para aktivis dan wakil rakyat yang terlibat dalam bantahan anti cukai GST ini adalah tidak adil dan tidak wajar, selaras dengan tuntutan bersuara dalam proses demokrasi yang telah lama dijalankan di dalam negara kita ini.
Tindakan menangkap dan menghukum rakyat dan wakil rakyat yang mahukan penjelasan secara terperinci daripada pihak kerajaan secara khususnya di dalam pelaksanaan cukai GST ini hanya akan menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap motif utama pelaksanaan cukai yang dianggap membebankan rakyat kelas rendah di negara ini ketika rakyat pada masa yang sama terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ditambah pula dengan keadaan ekonomi negara yang makin merudum ekoran kejatuhan nilai ringgit di pasaran antarabangsa dan kos hutang seisi rumah yang semakin meningkat naik ketika ini.
Pertubuhan Angkatan Bahaman dengan ini menggesa pihak berkuasa supaya membebaskan segera 80 orang para aktivis dan wakil rakyat yang ditahan ketika bantahan ini diadakan dan Pertubuhan Angkatan Bahaman juga menyeru kepada rakyat-rakyat Malaysia prihatin yang lain supaya tampil ke khalayak bagi mengemukakan persoalan pelaksanaan cukai GST ini dan seterusnya akan terus menentang dan membantah cukai yang menindas rakyat marhaen seperti cukai GST ini!
Abdul Razak Bin Endut
Presiden Pertubuhan Angkatan Bahaman
Buaian Revolusi.
Presiden Pertubuhan Angkatan Bahaman
Buaian Revolusi.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Thursday, 19 March 2015
BAGAIMANA SEBUAH NGO BERFUNGSI DAN TERUS KEKAL RELEVAN
CIRI-CIRI SEBUAH NGO
Sesebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lazimnya bersifat memberi servis, menganjurkan aktiviti, dan juga advokasi (pendesak). Sebagai sebuah NGO yang dibarisi oleh rata-rata anak muda tempatan, Angkatan Bahaman akan cuba memenuhi ketiga-tiga peranan bagi sesebuah pertubuhan NGO ini.
Yang pertama, bersifat memberi servis, contohnya sentiasa menjalankan kerja-kerja dan khidmat sosial kebajikan. Selain itu memberi tumpuan kepada sesuatu aspek yang bersifat khusus seperti membantu pemuliharaan alam semulajadi juga boleh dikategorikan sebagai memberi servis. Angkatan Bahaman akan sentiasa fokus terhadap khidmat sosial kebajikan terutama untuk kawasan tempatan dan kawasan sekitar amnya. Tenaga-tenaga muda dari Angkatan Bahaman sentiasa bersiap-siaga dalam memberi khidmat yang terbaik untuk memberi khidmat yang pantas dan efisien, sesuai dengan matlamat penubuhan Angkatan Bahaman itu sendiri. Dalam erti kata lain, Angkatan Bahaman akan cuba menjadi sebuah NGO yang bersifat " pertubuhan masyarakat sivil".
Penganjuran aktiviti pula melibatkan program-program yang sentiasa diadakan untuk memberi kemudahan, pencerahan minda, dan segala yang berkaitan dengan keperluan masyarakat setempat. Disini, Angkatan Bahaman akan memastikan kami sentiasa aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan aktiviti indoor mahupun aktiviti-aktiviti outdoor. Di samping penganjuran forum, dialog, dan wacana yang kerap dianjurkan oleh Angkatan Bahaman untuk memberi pencerahan dan budaya "sapere aude!" (beranilah berfikir) kepada penduduk setempat, Angkatan Bahaman juga akan aktif kepada aktiviti yang melibatkan aktiviti-aktiviti outdoor seperti menganjurkan aktiviti memanjat gunung, bersukan, derma darah, dan program-program yang berkaitan.
Advokasi (pendesak) pula bolehlah difahami sebagai mengemukakan pandangan pilihan (alternatif) kepada mana-mana pihak yang berautoriti di mana pandangan dan pendapat yang diajukan adalah bersifat membina dan membawa kepada kemaslahatan (kepentingan) umum dalam erti kata yang sebenarnya. Mungkin lazimnya kita melihat NGO-NGO yang bersifat advokasi ini lazimnya berdiri bagi pihak kerajaan yang memerintah mahupun pihak pembangkang yang berbeza dengan ideologi dengan pihak pemerintah, namun Angkatan Bahaman sekali menegaskan, Angkatan Bahaman sebagai sebuah NGO yang bebas daripada mana-mana unsur dan entiti-entiti politik, tetapi Angkatan Bahaman akan sentiasa cuba menjadi pertubuhan yang bersifat politikal kerana dengan hanya bersifat politikal, Angkatan Bahaman boleh menyuarakan pendapat serta pandangan, dan seterusnya Angkatan Bahaman mampu menjadi ejen perubahan serta penentu hala tuju politik tempatan jika Angkatan Bahaman berjaya mengadaptasikannya secara sistematik. Ini sesuai dengan prinsip Angkatan Bahaman demi matlamat pembinaan modal insan yang menuju kepada pengurusan negara yang lebih baik.
Angkatan Bahaman,
Duta Kasih-Sayang,
Buaian Revolusi.
Duta Kasih-Sayang,
Buaian Revolusi.
Subscribe to:
Posts (Atom)