JEMPUTAN UNTUK SEMUA, DI TEMERLOH!
Jangan lupa di samping membedah karya "Agong Tanpa Tengkolok", kita juga besok akan berdialog santai bersama saudari Fathi Aris Omar mengenai "Kritik Atas Mahathirisme".
Apa yang dimaksudkan Mahathirisme dan apa perkaitannya Tun Mahathir dan Agong Tanpa Tengkolok?
Semuanya akan dijawab oleh saudara Fathi Aris Omar, besok, bermula jam 4 petang, di Restoran Tomyam, bandar Temerloh. Semua dijemput hadir. Makan-makan juga disediakan.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Friday, 10 April 2015
FATHI ARIS OMAR DI TWEETER
SATU JEMPUTAN UNTUK SEMUA.
Saudara Fathi Aris Omar juga sudah tidak sabar untuk bertemu warga Temerloh pada Sabtu ini. Ayuh ramai-ramai orang Temerloh, jangan lupa program kita pada hari Sabtu ini, jam 4 petang, di Restoran Tomyam (sebaris Maybank dan Ba Bundle) unvtuk kita bersama Fathi Aris Omar membedah karya tulisan beliau "Agong Tanpa Tengkolok", dan dialog santai, "Kritik Atas Mahathirisme".
Bersama mengangkat wacana ilmu. Temerloh Bandar Ilmu.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!
Buaian Revolusi!
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Thursday, 9 April 2015
SATU JEMPUTAN KEBEDAH BUKU AGONG TANPA TENGKOLOK DAN DIALOG SANTAI KRITIK ATAS MAHATHIRISME
11 APRIL 2015, 4 PETANG.
Fathi Aris Omar, kini menyandang sebagai jawatan Editor di portal talian Malaysiakini, merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Terengganu yang aktif terlibat dalam gerakan dakwah pada pertengahan 1980an. Beliau kemudian menyambung perjuangan dalam gerakan dakwah sehingga beliau menyambung pelajaran ke kampus Institut Teknologi Mara (Uitm), selepas gagal ke luar negara di Kolej Pengajian Persediaan (KPP). Pembabitan beliau dalam gerakan aktivisme dakwah kemudian telah mula mendorong beliau untuk lebih giat menulis dan beliau sering menyumbang rencana kepada akhbar-akhbar utama sejak 1992, dan beliau telah mula menulis di Malaysiakini.com sejak awal penubuhan akhbar web ini iaitu pada tahun 1999 (Era Reformasi).
Beliau kemudian diantara pendiri Kumpulan Aktivis Media Independen (kami) bersama teman-teman wartawan yang lain pada tahun 2000, dan beliau juga giat bersama Komunite Seni Jalan Telawi (KSTJ).
Buku terdahulu beliau, 'Patah Balek, catatan terpenting reformasi' adalah sebuah sebuah buku yang mengumpulkan artikel penting mengenai perjalanan reformasi ketika itu. Seperti diakui Khalid Jaafar dalam 'Tumit Achilles', "Fathi Aris Omar pernah bertanyakan di manakah pemikir-pemikir reformasi. Beliau memberontak dengan apa yang beliau lihat sebagai ketiadaan minat masyarakat reformis terhadap keadilan. Beliau juga sinis dengan dogmatisme yang terdapat dalam parti-parti politik yang beliau lihat seharusnya bersifat reformis, tetapi sering berkongsi dengan rangka pemikiran establishment."
Fathi Aris Omar juga sering pukul rata terhadap semua pihak, seperti yang diakui Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia (16 Februari 2003), Astora Jabat menyatakan "Terdapat beberapa penulis politik yang dianggap sebagai pro pembangkang tetapi rasional seperti Fathi Aris Omar. Penulis ini walaupun sangat kritis terhadap kerajaan dan kadang-kadang kritikan mereka sampai ke tahap tidak masuk akal, tetapi mereka juga kritis terhadap pembangkang terutama PAS. Dengan itu, tidak hairan jika penulis ini dibenci oleh orang Umno dan BN, tetapi juga orang PAS.
Kini Fathi Aris Omar kembali dengan buku baru, "Agong Tanpa Tengkolok". Melihat muka depan buku ini saja, maka sudah dibayangkan, kandungannya penuh dengan kritik atas dasar Mahathirisme. Mahathirisme yang sudah dilalui 23 tahun pemerintahannya sebelum ini nampaknya masih dominan menguasai iklim politik negara, khususnya dalam pihak Umno/BN pada hari ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai buku terbaru tulisan Fathi Aris Omar, "Agong Tanpa Tengkolok" ini, dijemput semua untuk hadir di program Sekolah Pemikiran Datuk Bahaman pada hari Sabtu ini, jam 5 petang di Restoran Tomyam, Pekan Temerloh. Selain kita berbedah buku, Fathi Aris Omar juga akan mengadakan dialog santai, "Kritik Atas Mahathirisme", pada program ini nanti. Jangan lupa temujanji pada hari Sabtu ini. Sapere aude!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.
Buaian Revolusi.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Wednesday, 8 April 2015
BEDAH BUKU DAN DIALOG SANTAI ANJURAN SEKOLAH PEMIKIRAN DATUK BAHAMAN
SATU JEMPUTAN KEPADA SEMUA.
Panel :
Saudara Fathi Aris Omar (Editor portal talian Malaysiakini, kolumnis JalanTelawi.Com, penulis buku Agong Tanpa Tengkolok)
Saudara Fathi Aris Omar (Editor portal talian Malaysiakini, kolumnis JalanTelawi.Com, penulis buku Agong Tanpa Tengkolok)
Tajuk : Bedah Buku Agong Tanpa Tengkolok Dan Dialog Santai 'Kritik Atas Mahathirisme'.
Tempat : Restoran Tomyam, Bangunan Lembaga, (sebaris Maybank, Ba Bundle), Temerloh, Pahang.
Tarikh : 11 April 2015 (Sabtu)
Masa : 4.00pm-7.00 pm
Semua dijemput hadir buat ramai. Jamuan makanan juga disediakan.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.
Buaian Revolusi.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Monday, 6 April 2015
RUMUSAN FORUM SENARIO MASA DEPAN BELIA DALAM POLITIK BARU
SATU RUMUSAN
Forum santai yang bertajuk "Senario Masa Depan Belia Dalam Politik Baru" anjuran bersama Angkatan Bahaman bersama Akademi Belia semalam telah selamat berjalan dengan lancarnya, walaupun bermula agak lewat daripada jadual asal (yang sepatutnya bermula pukul 5 petang tetapi telah tersasar setengah jam dari waktu asal) kerana salah seorang panelis iaitu Dr. Amir Saifudee Ghazali (lebih mesra disebut Dr. Amir Ghazali) telah lewat sedikit untuk tiba di acara forum kerana mengalami masalah-masalah teknikal di Kuala Lumpur.
Hujan di petang hari seolah-olah telah memberi rahmat kepada forum santai ini dan perjalanan forum tidaklah begitu terjejas atas faktor cuaca kerana forum santai ini telah diadakan di tempat yang berbumbung.
Forum dimulakan dengan JR the DJ menjadi moderator mempersilakan Dato' Saifuddin Abdullah sebagai seorang ahli panel untuk memulakan sesi pembentangan.
Tidak banyak yang Dato' Saifuddin sempat jelaskan mengenai idea gagasan politik barunya itu atas faktor kesuntukan waktu yang tidak mengizinkan beliau untuk menghuraikan dengan lebih panjang mengenai poin-poin yang ingin beliau sampaikan kepada hadirin
Beliau kemudian menyeru hadirin supaya mendapatkan buku beliau mengenai gagasan politik baru ini iaitu, "Politik Baru, Mematangkan Demokrasi Malaysia terbitan tahun 2009 untuk lebih memahami idea dan isi-isi huraian dengan lebih lanjut mengenai apa yang beliau sedang gambarkan mengenai keperluan mencapai kematangan dalam iklim politik di Malaysia ini.
Selebihnya, Dato' Saifuddin lebih banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman serta tips kepada komrad-komrad Angkatan Bahaman mengenai perihal menguruskan perjalanan sesebuah organisasi yang bersifat pertubuhan seperti Angkatan Bahaman ini memandangkan pengalaman beliau yang begitu meluas dalam bidang aktivisme dan intelektualisme semenjak dari bangku sekolah di era Maktab Rendah Kuala Kangsar lagi.
Tidak banyak yang Dato' Saifuddin sempat jelaskan mengenai idea gagasan politik barunya itu atas faktor kesuntukan waktu yang tidak mengizinkan beliau untuk menghuraikan dengan lebih panjang mengenai poin-poin yang ingin beliau sampaikan kepada hadirin
Beliau kemudian menyeru hadirin supaya mendapatkan buku beliau mengenai gagasan politik baru ini iaitu, "Politik Baru, Mematangkan Demokrasi Malaysia terbitan tahun 2009 untuk lebih memahami idea dan isi-isi huraian dengan lebih lanjut mengenai apa yang beliau sedang gambarkan mengenai keperluan mencapai kematangan dalam iklim politik di Malaysia ini.
Selebihnya, Dato' Saifuddin lebih banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman serta tips kepada komrad-komrad Angkatan Bahaman mengenai perihal menguruskan perjalanan sesebuah organisasi yang bersifat pertubuhan seperti Angkatan Bahaman ini memandangkan pengalaman beliau yang begitu meluas dalam bidang aktivisme dan intelektualisme semenjak dari bangku sekolah di era Maktab Rendah Kuala Kangsar lagi.
Forum kemudian berhenti di jam 6.15 petang untuk memberi laluan kepada waktu rehat sambil menunggu ketibaan Dr. Amir Ghazali, yang mana beliau akhirnya telah tiba pada jam 6.40 petang kerana beliau telah mengalami masalah-masalah yang bersifat teknikal di Kuala Lumpur sebelum itu.
Sebaik saja sampai, pembesar suara terus diajukan kepada Dr. Amir Ghazali bagi meneruskan perjalanan forum. Berdiskusi dalam waktu yang singkat, bermula dari 6.30 petang hingga 7.15 petang (sebelum masuk waktu azan Maghrib), Dr. Amir Ghazali juga tidak mampu untuk menghuraikan dengan lebih lanjut segala poin yang ingin beliau diskusikan di forum itu, juga atas faktor kesuntukan waktu.
Dr. Amir Ghazali memulakan diskusi dengan memetik gagasan yang diajukan dalam buku Politik Baru, Mematangkan Demokrasi Malaysia hasil tulisan Dato' Saifuddin Abdullah sendiri iaitu setiap pertubuhan atau parti wajib mempunyai 3 rukun iaitu yang pertama idealisme, yang kedua aktivisme, dan yang ketiga, intelektualisme.
Tanpa ketiga-tiga rukun ini dimiliki oleh sesebuah pertubuhan atau parti, Dr. Amir Ghazali menegaskan bahawa sesebuah pertubuhan atau parti itu kelak musnah luput dek zaman begitu sahaja.
Tanpa ketiga-tiga rukun ini dimiliki oleh sesebuah pertubuhan atau parti, Dr. Amir Ghazali menegaskan bahawa sesebuah pertubuhan atau parti itu kelak musnah luput dek zaman begitu sahaja.
Dr Amir Ghazali juga ada menyentuh mengenai kelemahan negara kita dalam menggunapakai sistem first by the post dalam menjalankan sistem pilihanraya di negara ini, di mana sistem ini tidak mengambil kira undi dari bilangan undi popular sedangkan undi popular juga adalah sebahagian daripada demokrasi.
Selain itu, Dr. Amir Ghazali juga berpandangan masalah iklim politik di dalam negara ini adalah kerana rata-rata isu hanya dipandang dari sudut politik semata-mata, sama seperti dalam kes Hudud di Kelantan baru-baru ini. Hudud dilihat tidak lebih dari modal pancingan politik semata-mata.
Keadaan seperti ini tidak lah menghairankan bagi negara Malaysia, kerana negara ini masih dalam iklim di mana majoriti pengundi-pengundi di Malaysia masih bermentaliti seperti pengundi-pengundi di negara-negara Dunia Ketiga, bahas Dr. Amir Ghazali lagi.
Keadaan seperti ini tidak lah menghairankan bagi negara Malaysia, kerana negara ini masih dalam iklim di mana majoriti pengundi-pengundi di Malaysia masih bermentaliti seperti pengundi-pengundi di negara-negara Dunia Ketiga, bahas Dr. Amir Ghazali lagi.
Kemudian, Dr. Amir Ghazali menerangkan bahawa definisi belia yang digunapakai di Malaysia adalah bagi mereka yang berada di antara umur 16 hingga 40 tahun dan ini menjadikan kebanyakan belia dalam negara ini sebagai pengundi kali pertama, yang juga termasuk bagi mereka yang baru bekerja, pelajar-pelajar universiti, serta lain-lain. Belia ini lazimya menurut Dr. Amir Ghazali terkelompok dalam kelas ekonomi golongan menengah di negara ini.
Oleh itu, menurut Dr. Amir Ghazali lagi, golongan belia mampu memberikan kemenangan kepada mana-mana parti politik yang bertanding walaupun belia pada keadaan tertentu lebih suka memilih berdasarkan ikon-ikon politik yang mereka kagumi.
Sesi kemudian berakhir pada jam 7.15 petang dan masa 15 minit telah diperuntukkan untuk sesi jawab. Banyak soalan yang jitu dan padu telah disoal oleh hadirin kepada para panelis, dan antara salah satu soalan menarik yang dikemukakan oleh hadirin kepada para panelis adalah hal hak kebebasan di negara ini. Jawapan yang tegas lagi terang telah dijawab oleh Dato' Saifuddin Abdullah yang menerangkan bahawa bagaimana kita inginkan hak kebebasan sedangkan Akta Hasutan pun tidak dimansuhkan lagi dan Akta ISA hanya bertukar nama saja kepada SOSMA.
Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang diperoleh oleh Angkatan Bahaman bersama para panelis, juga terima kasih tak terhingga kepada para pengunjung yang sudi hadir di majlis ilmu ini semalam. Semoga mendapat bersama dan mendapat keredhaanNya jua. Sehingga jumpa di program akan datang.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!
Buaian Revolusi!
SELESAI FORUM "SENARIO MASA DEPAN BELIA DALAM POLITIK BARU"
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERKENAAN
Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua komrad dan sahabat-sahabat yang terlibat dari sudut semua segi dalam program forum santai Angkatan Bahaman dengan kerjasama Akademi Belia petang semalam.
Forum santai yang menampilkan Dato Saifuddin Abdullah selaku Pengerusi Akademi Belia dan CEO kepada Global Moderates Movement dan Dr. Amir Saifudee Ghazali selaku Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) telah mencatatkan jumlah kehadiran yang memberangsangkan dengan persoalan-persoalan besar berkaitan isu yang mahu dikupas dalam forum, telah berjaya dirumuskan dengan begitu baik oleh kedua-dua ahli panel di dalam forum ini.
Sehingga berjumpa lagi dalam program-program Angkatan Bahaman akan datang.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!
Buaian Revolusi!
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Sunday, 5 April 2015
DI ASTRO AWANI 5 APRIL 2015
Bantah GST: Sekretariat Kita Lawan sasar 1 juta berhimpun 1 Mei
Mariah Ahmad, Astro Awani |
April 05, 2015 23:30 MYT
KUALA LUMPUR: Sekretariat ‘Kita Lawan’ yang terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan mahasiswa bakal menganjurkan satu perhimpunan bantah GST pada 1 Mei di ibu kota.
Walaupun masih belum ada lokasi yang spesifik, perhimpunan itu mensasarkan penyertaan 1 juta rakyat Malaysia di seluruh negara.
Penyelaras Strategi Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir, 39, berkata sekretariat ‘Kita Lawan’ akan menumpukan segala kekuatan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi memastikan 1 juta rakyat Malaysia turun menyertai perhimpunan ini.
Beliau berkata perhimpunan itu adalah untuk menuntut pembatalan pelaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan serta merta.
“Pandangan anak muda terhadap cukai GST adalah zalim. Bagi yang kaya, cukai ini hanya cukai ganti kepada cukai perkhidmatan yang kini kadarnya telah dikurangkan bagi mereka yang berpendapatan tinggi.
“Manakala bagi rakyat biasa, cukai ini membebankan mereka yang sebelum ini langsung tidak mampu membayar cukai pendapatan,” jelas Akmal dalam satu sidang media pada Jumaat di Bangunan Persatuan Wui Leng Selangor dan Kuala Lumpur.
Beliau berkata terdapat banyak kekeliruan dan ketidaksediaan peniaga mahupun pengguna terhadap perlaksanaan GST ini.
“Lebih malang lagi, rakyat kebanyakan dijadikan mangsa dengan kenaikan harga barang yang melampau,” ujar beliau.
Sidang media itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung, ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing, dan aktivis Mandeep Singh.
Kira-kira 56 badan NGO akan menyertai perhimpunan ini termasuk Perak Green Pioneers, Solidariti Anak Muda Perak, Buku Jalanan, Frinjan, Ameerah Muslimat PAS dan Angkatan Bahaman.
Artikel asal boleh dilihat di laman sesawang Astro Awani
![]() |
| Himpunan 1 Mei diadakan untuk menuntut pembatalan perlaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan serta merta. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD |
Subscribe to:
Posts (Atom)












