Friday, 24 April 2015

USRAH SANTAI BERSAMA USTAZ WANJI BARU BERLANGSUNG

MARI HADIR BUAT RAMAI!

Usrah santai bersama Ustaz Wan Ji baru saja dimulakan. Dijemput hadir semua warga Temerloh di Restoran Tomyam, sebaris Maybank dan Ba Bundle Temerloh. Kehadiran semasa amat menggalakkan. Jemput semua! 

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Wednesday, 22 April 2015

USRAH SANTAI ANJURAN SEKOLAH PEMIKIRAN DATUK BAHAMAN

SATU JEMPUTAN UNTUK SEMUA
Panel :
Saudara Ustaz Wan Ji At-Ta'aduddi (Pendakwah Bebas, Pengasas Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi)

Tajuk : Usrah Santai bersama Ustaz Wanji : Lawan Pembodohan.

Tempat : Restoran Tomyam, Bangunan Lembaga, (sebaris Maybank, Ba Bundle), Temerloh, Pahang.

Tarikh : 24 April 2015 (Jumaat Malam Sabtu)

Masa : 8.00pm-10.00 pm

Semua dijemput hadir buat ramai. Jamuan makanan juga disediakan.

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman




SELAMAT BERSIDANG SELURUH DELEGASI ASEAN!

ASEAN PEOPLE FORUM 2015

Asean People Forum secara rasminya akan dimulakan pada hari ini. Seramai lebih 1400 delegasi dari seluruh negara ASEAN akan berkampung di ibu negara bagi mengikuti dengan lebih rapat perjalanan program yang menyaksikan negara Malaysia sekali lagi telah menjadi tuan rumah merangkap Pengerusi Negara-Negara ASEAN bagi tahun ini (setelah Laos yang sepatutnya mengambil peranan ini, namun di atas faktor-faktor teknikal, Laos menyerahkan giliran kerusi ini kepada Malaysia.)
Dengan kelahiran sulung gagasan 'Komuniti ASEAN' dengan moto 'Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti, Malaysia kelihatannya akan memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan gagasan yang terhasil daripada Deklarasi Sidang Kemuncak mengenai Peta Garisan Komuniti ASEAN (2009-2015) ini berjaya mencapai hasil yang cemerlang dan seterusnya adil bagi seluruh komuniti rakyat dalam ASEAN itu sendiri. Ini amat penting kerana jenama ASEAN itu sendiri perlu membuktikan bahawa persidangan demi persidangan, deklarasi demi deklarasi, perjanjian demi perjanjian, dan sebagainya yang acap kali dilihat tidak lebih sekadar 'hubungan diplomasi yang formal' dan 'perniagaan di antara negara sesama negara yang lain' dapat turut dinikmati manfaatnya oleh golongan rakyat dalam kalangan negara itu sendiri.
Dengan kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan memberikan ucaptama pada hari ini, seperti diucap pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, "kehadiran Tun Abdullah adalah satu penghargaan besar dan simbolik bagi Asean People Forum pada tahun ini kerana Tun Abdullah sendiri adalah perintis dalam merealisasikan kewujudan persidangan komuniti ASEAN di Malaysia, pada tahun kepimpinannya 2005 dahulu."
Dengan pelbagai gabungan kumpulan masyarakat sivil, gabungan bukan kerajaan (NGO), gabungan bukan kerajaan antarabangsa (INGO), agensi kerajaan dan sebagainya yang bakal memenuhi jadual program Asean People Forum ini, diharapkan sekurang-kurangnya satu mekanisme khusus dapat dirangka untuk jalan penyelesaian (sekurang-kurangnya pada peringkat awal) bagi setiap isu atau masalah yang berbangkit dalam sesuatu perkara yang dibincangkan bersama penglibatan ahli-ahli dari negara ASEAN yang lain.
Tidak termasuk dalam agenda 'perniagaan antara negara' dan 'kepentingan tertentu golongan politik' dalam kerjasama antara negara ASEAN ini, diharapkan gagasan 'komuniti ASEAN' (diambil sebagai contoh) lebih mengambil kira 'komuniti rakyat', dan bukan tertumpu kepada kepentingan pihak tertentu semata-mata, sesuai dengan matlamat "Sebuah ASEAN untuk Semua".
Selamat bersidang seluruh delegasi ASEAN!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Tuesday, 21 April 2015

ANGKATAN BAHAMAN DI ASEAN PEOPLE FORUM 2015

ASEAN PEOPLE FORUM 2015

Asean People Forum yang telah bermula pada hari ini sehingga 24 April akan mengumpulkan seramai lebih 1 400 delegasi yang terdiri daripada para aktivis, agensi antarabangsa, wakil kerajaan dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil dari seluruh negara ASEAN ini. Asean People Forum sebenarnya merupakan acara tahunan yang lazimnya akan lebih fokus untuk membincangkan bersama mengenai isu sosio-politik bagi kepentingan seluruh negara ASEAN umumnya. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga akan menyampaikan ucapan ucaptama di dalam Asean People Forum ini nanti.
Angkatan Bahaman juga akan bersama dalam salah satu program Asean People Forum ini dimana Angkatan Bahaman akan menjadi salah seorang panelis di dalam salah satu program "workshop informal" yang bertajuk "Building Youth Solidarity Networks for Social Justice in Conflict Areas in ASEAN". Disini kami akan berkongsi bagaimana anak-anak muda (golongan belia) boleh membina solidariti sesama mereka mengenai sesuatu isu, bermula dari simbolik dan seterusnya menjadi realiti.
Asean People Forum ini akan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan segala perjalanan forum boleh diikuti melalui web aseanpeople.org
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman





Monday, 20 April 2015

ANGKATAN BAHAMAN BAKAL BERFORUM DI ASEAN PEOPLE FORUM 2015

SATU PENGHARGAAN


Angkatan Bahaman akan bersama berkongsi menguruskan satu forum solidariti bersama NGO (Non- Govermental Organization) dan INGO (International Non-Govermental Organization) terpilih dari seluruh negara ASEAN yang lain dalam Asean People Forum di Universiti Teknologi Malaysia (UTM Space) Kuala Lumpur pada 23 April (Khamis) ini.

Dalam forum yang bertajuk "Building Youth Solidarity Networks For Social Justice In Conflict Areas In ASEAN" ini, Angkatan Bahaman akan berkongsi pengalaman sebagai panelis bersama NGO dan INGO dari negara-negara ASEAN yang lain seperti PerMAS, CYN,Papua Voices, Pax Romana, dan NSI.

Sesiapa yang berminat dan berpeluang untuk turut serta dalam forum solidariti ini, bolehlah mendaftar di alamat e-mail: ARFAN.PATANI@GMAIL.COM dan jika terdapat sebarang pertanyaan, silalah menghubungi Encik Arfan Wattana di talian +601 773 044 23.

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


PERTUBUHAN ANGKATAN BAHAMAN KINI DI PERINGKAT ASEAN!

ANGKATAN BAHAMAN MENGORAK LANGKAH DI ASEAN PEOPLE FORUM 2015

Angkatan Bahaman buat julung-julung kalinya kini telah melangkah ke peringkat antarabangsa apabila kami telah dijemput untuk menghadiri Asean People Forum yang akan diadakan bermula 21-24 April ini, bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Asean People Forum adalah salah satu program yang diadakan bagi menyokong konsep "Komuniti ASEAN" yang akan dilaksanakan pada tahun ini, di mana Malaysia sendiri menjadi tuan rumah sulung bagi Komuniti ASEAN dan pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN bagi tahun ini menggantikan Myanmar yang telah menamatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 31 Disember lalu. Dengan pelantikan sebagai Pengerusi ASEAN yang baharu, Kuala Lumpur akan menjadi hos kepada pelancaran Komuniti ASEAN yang akan dilancarkan pada November tahun ini. Ia selaras dengan Deklarasi Sidang Kemuncak mengenai Peta Garisan Komuniti ASEAN (2009-2015) yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Hua Hin, Thailand pada tahun 2009, di mana deklarasi itu mengandungi tiga tonggak utama, iaitu pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC). Sidang kemuncak itu juga mengeluarkan Rangka Tindakan Komuniti APSC dan Rangka Tindakan ASCC untuk menetapkan rangka tindakan lengkap bagi mewujudkan komuniti ASEAN tahun ini. Kewujudan Komuniti ASEAN adalah hasil kerja keras lima tahun oleh 10 negara-negara ASEAN dalam membentuk satu komuniti menjurus ke arah pembabitan atau penyertaan seluruh rakyat ASEAN ke arah integrasi ASEAN yang lebih kukuh, dan tidak sekadar menjadikan ASEAN hanya medan bagi kumpulan elit dan pakar tertentu semata-mata, sebaliknya akan muncul sebagai komuniti berteraskan rakyat dengan menjadikan 'Sebuah ASEAN Untuk Semua'.

Angkatan Bahaman selaku sebuah NGO yang berbasis di Temerloh akan cuba seaktif mungkin untuk terlibat dalam menjayakan konsep Komuniti ASEAN ini dengan cuba memberi pendapat dalam program-program serantau dan diplomasi awam serta kemudian cuba memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat terutamanya generasi-generasi muda mengenai kepentingan komuniti ASEAN ini demi membantu perjalanan proses negara ini yang telah dilantik sebagai pengerusi ASEAN dan selanjutnya membantu matlamat penganjuran komuniti ASEAN ini tercapai. Ini memandangkan masih ramai rakyat Malaysia sendiri yang masih tidak mengetahui apa itu komuniti ASEAN dan kepentingannya kepada mereka juga kepentingan kepada masa depan negara khususnya.

Seperti kita semua maklum, ASEAN dianggotai 10 negara anggota iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja. Komuniti ASEAN ini merangkumi tiga cabang utama iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosiobudaya dengan moto Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti. Polisi komuniti ASEAN menyaksikan perubahan pendekatan ASEAN daripada lebih mesra negara kepada lebih mesra rakyat dan Komuniti ASEAN ini seterusnya mampu menggesa semua negara ASEAN untuk berinteraksi, stabil, berpengetahuan dan mesra di dalam hubungan sesama negara bagi merancakkan persaingan ekonomi dan menarik pelabur. Komuniti Asean, antara lain, dibentuk berasaskan norma-norma dan nilai-nilai rantau ini, penubuhan sebuah pasaran tunggal dengan penduduk 600 juta dan aliran bebas perdagangan dan pelaburan.

Malaysia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak Asean tahun ini akan cuba merakyatkan konsep Komuniti ASEAN sebagai fokus utama supaya Komuniti Asean ini dapat difahami semua rakyat negara anggota bagi memastikan matlamat merapatkan hubungan antara negara anggota pertubuhan itu dapat dicapai dengan berkesan.
Hafizzuddin Mansor,
Pengarah Komunikasi Bahagian Komuniti ASEAN, Angkatan Bahaman.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Sunday, 12 April 2015

SELESAI SUDAH PROGRAM BERSAMA FATHI ARIS OMAR

TERIMA KASIH SEMUA!

Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua komrad dan sahabat-sahabat yang terlibat dari semua segi dalam program bedah buku "Agong Tanpa Tengkolok" dan dialog santai "Kritik Atas Mahathirisme" anjuran Sekolah Pemikiran Angkatan Bahaman dengan panelis bersama saudara Fathi Aris Omar petang tadi.
Program petang tadi ini telah mencatatkan jumlah kehadiran yang memberangsangkan dengan persoalan-persoalan besar berkaitan isu yang mahu dikupas dalam karya "Agong Tanpa Tengkolok" dan dialog santai "Kritik Atas Mahathirisme" berjaya dikupas dengan begitu baik dan mendalam oleh saudara Fathi Aris Omar.
Sehingga berjumpa lagi dalam program-program Angkatan Bahaman akan datang.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman