Tuesday, 12 May 2015

SELAMAT HARI IBU

DI HOSPITAL BESAR TEMERLOH (HOSHAS)

El Presidente Angkatan Bahaman berkolaborasi bersama Pejabat Adun Mentakab dalam menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan bagi ibu bayi sempena meraikan Hari Ibu bertempat di Hospital Besar Temerloh (HOSHAS) pada hari Ahad yang lalu.

"Ibu ,tangan kanan menghayun buaian, tangan kiri menggoncang dunia"! 

Selamat Hari Ibu dari kami Angkatan Bahaman, Buaian Revolusi! Semarakkan cinta dan kasih sayang.

Angkatan Bahaman,
Duta Kasih Sayang


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


UCAPAN TAHNIAH ANGKATAN BAHAMAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

TAHNIAH

Ucapan tahniah daripada Angkatan Bahaman kepada kerajaan Malaysia kerana telah dengan jayanya melangsungkan Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang akhirnya telah melabuhkan tirai pada 27 April lepas, di mana sidang yang bertempat Langkawi, Kedah kali ini telah menyaksikan pemimpin-pemimpin ASEAN bersetuju secara saksama untuk menerima pakai tiga dokumen termasuk Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean Berorientasikan Rakyat, Berpaksikan Rakyat selain dokumen Deklarasi Langkawi Mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global serta dokumen Deklarasi Menginstitusikan Daya Tahan Asean dan dokumen Komunitinya dan Rakyat Terhadap Bencana dan Perubahan Iklim.
Persetujuan dalam berkongsi deklarasi di Langkawi ini telah membuktikan seluruh pemimpin ASEAN begitu komited dalam berkongsi hala tuju untuk bekerja bersama-sama bagi memastikan ASEAN Berpaksikan Rakyat menjadi kenyataan, seperti yang dijelaskan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Keadaan ini menyaksikan negara Malaysia khususnya sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini semakin optimis terhadap pembentukan Komuniti ASEAN yang dijadual bakal direalisasikan menjelang akhir tahun ini.
Semoga ASEAN umumnya dan kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini khususnya dapat terus untuk meneruskan program-program dan membaiki program-program sedia ada selain menambah program-program seperti Diskusi Meja Bulat (DMB) sebagai contoh bagi Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih dinamik serta progresif sebagai Pengerusi ASEAN kali ini.
Seperti yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Global Malaysia iaitu Dato' Saifuddin Abdullah sebelum ini, program-program yang akan dirancang ini haruslah dijalankan secara inklusif dan meliputi semua, dan bukannya hanya program sesama kerajaan dengan kerajaan (kelemahan Asean selama ini), selain memastikan semua pihak terhakupaya dan diwakili dalam perundingan-perundingan tentang keseluruhan program dalam semangat Asean yang berpusatkan rakyat.
Sebahagian program akan memfokus pada pembuatan dasar, seharusnya turut sama melibatkan rakyat ASEAN selain program pendidikan khalayak sendiri sudah tentu melibatkan rakyat ASEAN khususnya.
Akhirnya ujian utamanya ialah sejauh manakah kerajaan-kerajaan dalam Asean dan Malaysia khususnya akan benar-benar melaksanakan undang-undang, dasar-dasar dan program-program yang berasaskan nilai dan pendekatan yang dirancangkan bagi selari dengan deklarasi-deklarasi yang telah dipersetujui sebelum ini?.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Monday, 27 April 2015

DEKLARASI 1 MEI 2015.

DEKLARASI 1 MEI 2015.
Tahun 2015: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kerajaan BN telah mengimplementasikan system Cukai GST walaupun bantahan berterusan dari rakyat.
Cukai GST telah menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan naik, walaupun Kerajaan menyatakan sebaliknya. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung menaikkan harga barangan pengguna pada akhirnya.
Rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja merana akibat perlaksanaan Cukai GST ini manakala kerajaan terus memberi alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini. Namun bila tiba masa naikkan Gaji Minima, pelbagai alasan diberi untuk TIDAK menaikkan Gaji Minima. Lebih memalukan ialah setelah 2 tahun implementasi Gaji Minima RM 900, pekerja kerajaan ada yang masih tidak mendapat gaji minima RM 900. Kerajaan yang pro-korporat ini sungguh beria-ia mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan sanggup membebankan rakyat biasa dengan cukai GST. Malah bagi mengalihkan perhatian dari korupsi dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan, isu -isu perkauman dimainkan dan digunakan untuk memperbodohkan rakyat .
Cukup Sudah ! Rakyat Tidak Boleh Diperbodohkan Lagi.
BATALKAN Cukai GST & Tingkatkan Gaji Minima ke RM 1500

TUNTUTAN-TUNTUTAN
1. BATALKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang menindas rakyat.
2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA) yang akan mengakibatkan Jajahan Ekonomi & memberi impak negatif kepada pelbagai industri tempatan
3. Mengkaji semula gaji minima, melaksanakan Gaji Minima RM 1500 dan COLA ( Cost of Living Allowance) untuk menghadapi kenaikkan kos hidup.
4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industry dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita.Majikan,Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
7. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas - Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan.
8. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.
9. Kawal Harga Barang - Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
10. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU, PTPTN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
11. Hak Orang Asal - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal.
12. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator, Loji Nuklear dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
13. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhain termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
14. Mansuhkan Akta POTA ( 2015) dan Akta Hasutan (1948) berserta segala undang-undang yang menindas rakyat
15. Hak Bekerja Orang Kelainan Upaya (OKU) harus dipastikan. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus digubal.
16. Laksanakan Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial untuk semua termasuk Skim Pencen dan Tabung Pemberhentian Kerja untuk semua.
17. Hentikan Diskriminasi Berasaskan Gender dan Orientasi Seksual. Mansuhkan undang-undang dan polisi yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian.

Disokong oleh:
1. Suara Rakyat Malaysia ( SUARAM)
2. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)
3. KL & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
4. Malaysia Youth & Students Democratic Movement ( DEMA)
5. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ( PMIUM)
6. Pro-Mahasiswa Universiti Malaya
7. Pro-Mahasiswa Nasional
8. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
9. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
10. Jingga 13
11. PERSATUAN MASYARAKAT SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (PERMAS)
12. PUSAT KOMAS
13. Sahabat Rakyat
14. Pemuda Sosialis
15. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma ( GMPP)
16. LENSA Anak Muda Malaysia ( LENSA)
17. Transformasi Mahasiswa ( TMUUM)
18. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
19. Saya Anak Bangsa Malaysia ( SABM)
20. Asalkan Bukan Umno ( ABU)
21. Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM)
22. Projek Dialog
23.Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)
24.Serumpun Senadi
25. Angkatan Bahaman
26.Women Aid Organization (WAO)
27.Jawatankuasa Penduduk Taman Permata Dengkil
28. Jawatankuasa Penduduk Bukit Jalil
29.Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
30. Alaigal
31. Community Development Centre (CDC)
32. Jawatankuasa Penduduk Kg.Hakka
33. North South Initiative
34.Jawatankuasa Bertindak ladang Semenyih
35.Jawatankuasa Penduduk Taman Breamar Kajang
36. Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Sri Raya
37. Persatuan Sahabat Wanita
38. Anak Malaysia Anti Nuklear (AMAN)
39. Kepong Tak Nak Incinerator
40. Jawatankuasa Penduduk Ladang Dunedin
41. Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Mantin
42. Gabungan Petani Perak
43. Jaringan Pekerja Ladang Perak
44.Jaringan Pemandu Lori Perak
45. Jaringan Peneroka Bandar Perak
46. Jawatankuasa Penduduk Kampung Permatang Toh Suboh
47.Diversity
48.Northon Green Youth
49.Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM)
50.Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
51. Rakan Segari
52. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
53.Pertubuhan Angkatan Amilin Malaysia (PANGLIMA M’SIA)
54.ROYALTI
55.Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia
56. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia
57. Solidariti Mahasiswa Malaysia
58.Jawatankuasa Penduduk Ladang Bangi
59. Academy Of Tamil Studies
60. Centre Of Education. Research And Development (Cedar)
61. Child Development Initiative
62. Council Of Temples Malaysia
63. Group Of Concerned Citizens
64. Indian Malaysian Active Generation (Image)
65. Kelab Bell Belia Selangor
66. Klang Consumer Association
67. Kuala Lumpur Hindu Youth Organisation
68. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
69. Malaysia Tamil Artiste Association
70. Malaysian Dravidian Association
71. Malaysian Indian Historical Association
72. Malaysian Indian Youth Development Foundation
73. Nationwide Human Development And Research Centre
74. Persahabatan Semparuthi
75. Persatuan Prihatin Belia Malaysia
76. Rudra Devi Samaj Malaysia
77. World Tamil Federation – Malaysian Chapter
78.Jawatankuasa Tindakan Kampung Bukit Kuda Klang
79. Jawatankuasa Pekerja Pembersih Gemencheh
80. People Service O
81.Community Front (CF)
81.Community Front (CF)
82. Mahasiswa GANYANGrganisation (PSO)

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Sunday, 26 April 2015

SELESAI SUDAH FORUM BERSAMA USTAZ WANJI

TAHNIAH DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!

Tahniah dan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua komrad dan sahabat-sahabat yang terlibat dari semua segi dalam program "Usrah Santai Bersama Ustaz Wan Ji Wan Hussin dengan tajuk Lawan Pembodohan", anjuran Sekolah Pemikiran Datuk Bahaman pada hari Jumaat, malam Sabtu yang lalu.
Program pada malam itu telah mencatatkan jumlah kehadiran yang amat-amat memberangsangkan dengan kupasan isi "lawan pembodohan", serta persoalan -persoalan yang diajukan oleh audiens kepada Ustaz Wan Ji Wan Husin berjaya dihuraikan dengan begitu baik dan mendalam oleh Ustaz Wan Ji Wan Hussain.
Sehingga berjumpa lagi dalam program-program Angkatan Bahaman akan datang.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman





Friday, 24 April 2015

USRAH SANTAI BERSAMA USTAZ WANJI BARU BERLANGSUNG

MARI HADIR BUAT RAMAI!

Usrah santai bersama Ustaz Wan Ji baru saja dimulakan. Dijemput hadir semua warga Temerloh di Restoran Tomyam, sebaris Maybank dan Ba Bundle Temerloh. Kehadiran semasa amat menggalakkan. Jemput semua! 

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Wednesday, 22 April 2015

USRAH SANTAI ANJURAN SEKOLAH PEMIKIRAN DATUK BAHAMAN

SATU JEMPUTAN UNTUK SEMUA
Panel :
Saudara Ustaz Wan Ji At-Ta'aduddi (Pendakwah Bebas, Pengasas Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi)

Tajuk : Usrah Santai bersama Ustaz Wanji : Lawan Pembodohan.

Tempat : Restoran Tomyam, Bangunan Lembaga, (sebaris Maybank, Ba Bundle), Temerloh, Pahang.

Tarikh : 24 April 2015 (Jumaat Malam Sabtu)

Masa : 8.00pm-10.00 pm

Semua dijemput hadir buat ramai. Jamuan makanan juga disediakan.

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman




SELAMAT BERSIDANG SELURUH DELEGASI ASEAN!

ASEAN PEOPLE FORUM 2015

Asean People Forum secara rasminya akan dimulakan pada hari ini. Seramai lebih 1400 delegasi dari seluruh negara ASEAN akan berkampung di ibu negara bagi mengikuti dengan lebih rapat perjalanan program yang menyaksikan negara Malaysia sekali lagi telah menjadi tuan rumah merangkap Pengerusi Negara-Negara ASEAN bagi tahun ini (setelah Laos yang sepatutnya mengambil peranan ini, namun di atas faktor-faktor teknikal, Laos menyerahkan giliran kerusi ini kepada Malaysia.)
Dengan kelahiran sulung gagasan 'Komuniti ASEAN' dengan moto 'Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti, Malaysia kelihatannya akan memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan gagasan yang terhasil daripada Deklarasi Sidang Kemuncak mengenai Peta Garisan Komuniti ASEAN (2009-2015) ini berjaya mencapai hasil yang cemerlang dan seterusnya adil bagi seluruh komuniti rakyat dalam ASEAN itu sendiri. Ini amat penting kerana jenama ASEAN itu sendiri perlu membuktikan bahawa persidangan demi persidangan, deklarasi demi deklarasi, perjanjian demi perjanjian, dan sebagainya yang acap kali dilihat tidak lebih sekadar 'hubungan diplomasi yang formal' dan 'perniagaan di antara negara sesama negara yang lain' dapat turut dinikmati manfaatnya oleh golongan rakyat dalam kalangan negara itu sendiri.
Dengan kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan memberikan ucaptama pada hari ini, seperti diucap pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, "kehadiran Tun Abdullah adalah satu penghargaan besar dan simbolik bagi Asean People Forum pada tahun ini kerana Tun Abdullah sendiri adalah perintis dalam merealisasikan kewujudan persidangan komuniti ASEAN di Malaysia, pada tahun kepimpinannya 2005 dahulu."
Dengan pelbagai gabungan kumpulan masyarakat sivil, gabungan bukan kerajaan (NGO), gabungan bukan kerajaan antarabangsa (INGO), agensi kerajaan dan sebagainya yang bakal memenuhi jadual program Asean People Forum ini, diharapkan sekurang-kurangnya satu mekanisme khusus dapat dirangka untuk jalan penyelesaian (sekurang-kurangnya pada peringkat awal) bagi setiap isu atau masalah yang berbangkit dalam sesuatu perkara yang dibincangkan bersama penglibatan ahli-ahli dari negara ASEAN yang lain.
Tidak termasuk dalam agenda 'perniagaan antara negara' dan 'kepentingan tertentu golongan politik' dalam kerjasama antara negara ASEAN ini, diharapkan gagasan 'komuniti ASEAN' (diambil sebagai contoh) lebih mengambil kira 'komuniti rakyat', dan bukan tertumpu kepada kepentingan pihak tertentu semata-mata, sesuai dengan matlamat "Sebuah ASEAN untuk Semua".
Selamat bersidang seluruh delegasi ASEAN!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman