Wednesday 31 December 2014

2014 MENUTUP TIRAI DALAM BANJIR

DARI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di FB GROUP TEMERLOH

Kelihatan El Presidente Angkatan Bahaman (tiga dari depan) berkayak bersama pasukan kayak Negeri Sembilan mengayuh kayak di bandar Temerloh yang sudah lumpuh ditenggelami bah.

*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

DARI LAMAN SESAWANG HALUAN SELANGOR

HALUAN Selangor Terus Santuni Mangsa Banjir Temerloh




  TEMERLOH, 31 Dis 2014 – Pasukan pertama relawan HALUAN Cawangan Selangor meneruskan usaha menyatuni mangsa banjir di beberapa lokasi di sini yang telah terputus bekalan dan terperangkap oleh bencana banjir sejak lima hari lepas.
Hari ini merupakan hari kedua bagi 10 orang relawan yang datang bersama dua kenderaan pacuan empat roda menyantuni mangsa banjir di sini. Mereka diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Solehuddin Shuib yang mempunyai pengalaman menyertai Misi Kemanusiaan Acheh pada tahun 2004.
Pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia. Seramai 400 orang mangsa banjir yang mendapat perlindungan di sini dilaporkan hampir kehabisan bekalan makanan. Tinjauan mendapati air masih mengalir dengan deras walaupun banjir sudah semakin surut menyebabkan usaha-usaha penghantaran bekalan menggunakan bot menjadi sukar dan berbahaya.
Pasukan relawan telah menghantar bantuan makanan kering beserta dua tong gas untuk mangsa-mangsa banjir yang masih berteduh di sana dengan bot dan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Taman Sri Semantan. Enam buah keluarga telah terperangkap di sini sejak lima hari lepas dan telah terputus bekalan makanan serta kehabisan susu bayi. Mereka telah disantuni oleh pasukan kedua yang terpaksa berhadapan dengan cabaran dan ujian ketika mengharungi banjir untuk menghantar bantuan kepada mangsa.
Dalam perjalanan menuju ke lokasi tersebut, kenderaan pacuan empat roda yang digunakan mereka telah mengalami kerosakan setelah meredah banjir sedalam 1.5 meter. Alhamdulillah, pasukan ini telah dibantu oleh sepasukan relawan lain atas semangat persaudaraan yang kebetulan ingin ke lokasi yang sama untuk menghantar bantuan.
Pada jam 4.00 petang, sebuah lori lima tan yang sarat muatan dengan barang sumbangan orang ramai dari Pusat Operasi Banjir (POB) HALUAN di Bandar Baru Bangi telah selamat tiba di pusat operasi di sini.
Kg Buntut Pulau. Sebahagian barang-barang bantuan yang baru diterima daripada POB seperti makanan asas dan air minuman bersih telah dihantar kepada mangsa banjir di Kg Buntut Pulau yang telah terputus dan kehabisan bekalan makanan dan minuman sejak bermula episod banjir. Mereka juga terputus bekalan elektrik sejak lima hari yang lepas.
Seorang wakil HALUAN dan seorang wakil daripada sebuah NGO tempatan, Angkatan Bahaman dibantu pihak tentera untuk mengharungi arus Sungai Pahang yang deras untuk sampai ke tempat tersebut. Pihak HALUAN telah menyerahkan barangan bantuan tersebut kepada penyelia pusat, Encik Ubaidillah untuk diagihkan kepada penduduk di sana. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin membantu penduduk di sini.
Taman Temerloh Makmur. Relawan HALUAN juga sempat menghantar bantuan bekalan makanan, air minuman dan bekalan air bersih, susu bayi, lampin bayi dan tuala wanita kepada 20 buah keluarga di sini yang turut kehabisan bekalan makanan, minuman dan terputus bekalan elektrik sejak bermulanya banjir hingga sekarang.
Menjelang lewat petang, beberapa lokasi mangsa banjir yang dirancang untuk disantuni pada hari ini terpaksa ditangguhkan keesokan hari atas faktor keselamatan. Penghantaran barangan melalui bot dalam keadaan arus sungai dan banjir yang deras akan membahayakan relawan sekiranya diteruskan pada waktu malam.
“Berakhlak, Mendidik, Berbakti”
—-
                          Relawan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyampaikan bantuan ke SK Jalan Bahagia.

Bagi mereka yang prihatin untuk menyumbangkan bantuan boleh terus menghubungi pihak HALUAN di Pusat Operasi Banjir (POB) yang beroperasi 24 Jam di Bandar Baru Bangi di talian 011–31746909 (Encik Izzat Abd Ghani) atau melalui akaun-akaun di bawah ini:
Nama Akaun: Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 562263502611
Bank: Maybank
Nama Akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)

No Akaun: 14023010025718

Bank: Bank Islam

* Sila email slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my
Posting asal boleh dilihat di laman web HALUAN


Tuesday 30 December 2014

"ANGKATAN BAHAMAN DUTA KASIH SAYANG"

DI FACEBOOK


"Penat , lesu , letih, lapar ,dan kesejukkan, kami lakukan hanya utk pendudk temerloh .. kerana bumi, tanah, dan langit ini .. ade bibit2 cinta mungkin musibah ini menjadi titik penentu lahirnya perasaan kasih dan sayang..."
"ANGKATAN BAHAMAN DUTA KASIH SAYANG"

Posting asal boleh dilihat di FB GROUP TEMERLOH

Foto kiri (sebelah foto logo Angkatan Bahaman) , menunjukkan sebahagian besar sukarelawan komrad Angkatan Bahaman yang sedang kepenatan di dalam "lori gajah" setelah menghantar bantuan di Kerdau pada hari Sabtu, 27 Disember 2014 yang lalu.




*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

Monday 29 December 2014

MISI MENCARI BEKALAN DI BANDAR TEMERLOH

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman




*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.


PERTANYAAN DI FB GROUP TEMERLOH

DI FACEBOOK 


Screenshot soalan pemilik akaun FB Rizie Haron di group Temerloh.

*Angkatan Bahaman boleh dihubungi melalui:
1) Komrad Hassanal Bolkiah (012-291 8143)
2)Hafizuddin Mansor (013-920 2027)

*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

Sunday 28 December 2014

PRAY FOR TEMERLOH

DI FACEBOOK

Temerloh semakin tenggelam. ‪#‎temerloh‬ ‪#‎prayfortemerloh‬‪#‎prayforpahang‬ ‪#‎prayforpantaitimur‬

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman




*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.



JALAN UTAMA LUMPUH DI SUNGAI RABIT

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman



*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.



PARAS AIR MAKIN NAIK

DI FACEBOOK

Paras air yang mula memasuki taman -taman perumahan seperti Taman Bahagia dan Taman Bunga Raya di Temerloh

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman





*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.



JALAN UTAMA UNTUK KE TAMAN TEMERLOH JAYA SUDAH DINAIKI AIR

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman




*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin

3.55 AM, MASIH BERAKSI ANGKATAN BAHAMAN

DI FACEBOOK

Walau sudah hampir 4 pagi, Angkatan Bahaman masih meneruskan tugas menghantar bekalan dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman





*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

POSTING DI FB GROUP TEMERLOH

DI FACEBOOK

"Misi menyelamat mangsa banjir oleh Angkatan Bahaman di sekitar bandar Temerloh"

Posting asal boleh dilihat di FB GROUP TEMERLOH

Posting Md Zafvan yang juga sebahagian daripada komrad Angkatan Bahaman ke FB group Temerloh.  "Lori Gajah" yang digunakan pada waktu ini adalah milik Ahmad Topex Jamain, juga sebahagian dari komrad Angkatan Bahaman.



*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

MISI MENYELAMAT MANGSA BANJIR DI BANDAR TEMERLOH OLEH ANGKATAN BAHAMAN

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angatan Bahaman



*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.


Saturday 27 December 2014

POSTING EL PRESIDENTE ANGKATAN BAHAMAN DI FACEBOOK

DI FB GROUP TEMERLOH

Posting asal boleh dilihat di FB GROUP TEMERLOH


Komrad Abdul Razak Endut, Pengerusi Pertubuhan Angkatan Bahaman mengemaskini status mengenai tahap
kesiap siagaan para sukarelawan komrad Angkatan Bahaman di FB group Temerloh

 "Lori gajah" yang diparkir di hadapan markas operasi banjir Angkatan Bahaman di alamat No.8, Jalan Datuk Bahaman 2, 28000 Temerloh, Pahang (belakang Bank SImpanan Nasional bandar Temerloh, berhadapan padang dan gelanggang gasing Majlis Perbandaran Temerloh.)

"Lori Gajah" ini asalnya adalah lori sawit. Namun kini, lori ini kelihatan cantik dan bersih, kerana baru lepas dicuci oleh tuannya yang juga sebahagian daripada komrad Angkatan Bahaman. Lori ini akan beraksi bagi membantu mangsa-mangsa banjir kali ini.
Logo Pertubuhan Angkatan Bahaman

*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.


SESUDAH LOADING BARANGAN BANJIR DI WISMA PERSEKUTUAN, TEMERLOH.

DI FACEBOOK. 

Selfie para komrad Angkatan Bahaman bersama Naem Nazri Buku Jalanan Temerloh.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Naem Nazri Buku Jalanan Temerloh




*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.



DI LOBI WISMA PERSEKUTUAN TEMERLOH

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Naem Nazri Buku Jalanan Temerloh

Dari Naem Nazri, antara komrad utama grup kolektif Buku Jalanan Temerloh.

Antara barangan yang perlu disusun untuk keperluan mangsa banjir di lobi Wisma Persekutuan.

Kelihatan salah seorang komrad Angkatan Bahaman, John, sedang memunggah beg plastik yang dipenuhi keperluan untuk mangsa-mangsa banjir  menggunakan kedua belah tangannya.
Beras adalah keperluan penting untuk  mangsa-mangsa banjir, khususnya bagi mereka yang tidak berpindah ke pusat permindahan banjir.



*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

Friday 26 December 2014

TEMERLOH MAKIN TENGGELAM

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman



*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.


UCAPAN DARIPADA DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH

DI FACEBOOK, TERIMA KASIH DARIPADA ANGKATAN BAHAMAN KEPADA DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH

Posting asal boleh dilihat di Facebook Dato' Saifuddin Abdullah



*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin

SUKARELAWAN BANJIR DIPERLUKAN SEGERA!

DARI FACEBOOK

"Sukarelawan banjir diperlukan segera.. dtg sekarang ke bangunan 9ersekutuan temerloh hari ini 26.12. 2014 jam 9.00am ....kami memerlukan tenaga anda.."

Posting asal boleh dilihat di FB GROUP TEMERLOH




*Angkatan Bahaman boleh dihubungi melalui:
1) Komrad Hassanal Bolkiah (012-291 8143)
2)Hafizuddin Mansor (013-920 2027)

*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

Thursday 25 December 2014

ANGKATAN BAHAMAN DI PUSAT OPERASI BANJIR, KAMPUNG PANGSENAM, JALAN TRIANG, TEMERLOH

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Ahmad Nizam Hamid






*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin





HUBUNGI ANGKATAN BAHAMAN

DI FACEBOOK


Dari Mustaffa Sanny di grup Temerloh
*Angkatan Bahaman boleh dihubungi melalui:
1) Komrad Hassanal Bolkiah (012-291 8143)
2)Hafizuddin Mansor (013-920 2027)

*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin..

ESPLANADE KUALA SEMANTAN SEMAKIN TENGGELAM

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman





*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

Wednesday 24 December 2014

WARTA ANGKATAN BAHAMAN

DI FACEBOOK

Segala puji bagi allah swt tuhan yg telah menciptakan sekeliAn alam..
Hari ini.. angkatan bahaman telah berjaya menyelesaikan memberi bantuan kpd 78 buah rumah.. dan menyelamatkan harta bende berharga dari sekolah agama rakyat al -mukmin..
Angkatan bahaman dlm proses menyediakan tempat perpindahan mangsa banjir bagi mereka berada dlm lokaliti bandar..
"Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata"


Posting asal di FB GROUP TEMERLOH





*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.

WARTA ANGKATAN BAHAMAN

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di FB GROUP TEMERLOH

Warta Angkatan Bahaman oleh El Presidente Angkatan Bahaman di Facebook







*Sama-sama kita mendoakan semoga banjir segera surut. Amin.