Wednesday 29 October 2014

RUMUSAN FORUM LIBERALISME DALAM PEMIKIRAN ISLAM

DI FACEBOOK KOMRAD BUKU JALANAN TEMERLOH


gambar2 dalam forum ilmu : LIBERALISME DALAM PEMIKIRAN ISLAM

Apa itu liberal?

Liberal adalah kebebasan dan kemerdekaan secara mutlak. Liberal terbahagi kepada berberapa bahagian iaitu liberal dalam ekonomi, liberal dalam politik, liberal dalam bersosial dan apa yg kita nk teknkan dlm forum ini adalah liberalisme dlm agama.

Menurut dr farid shahran, liberal dalam politik adalah baik, begitu juga dengan liberal di dalam ekonomi (walaupun pada koi ekonomi liberal adalah tidak baik dan neoliberal hanyalah nama baru bagi kapitalis yg jahat). Dalam masyarakat malaysia, perkataan liberal selalu digambarkan sebagai buruk dan sering pula dijadikan perkataan untuk melabel pihak lawan. Padahal pihak yg menuduh itu tak tahu maksud sebenar perkataan liberal dan pihak yg dituduh pun tak tahu apa maksud perkataan liberal. Jadilah kita sebuah masyarakat yg bercelaru.

Menurut Dr. Farid , menceritakan perihal liberal adalah tidak lengkap tanpa menyentuh tentang sekularisme. Maka setiap hal yg berangkat dari ilmu pemikiran, maka mahu tidak mahu mesti berpangkal dari sejarah yunani (sebenarnya cerita ni koi selalu ulang-ulang tp bebudak ni haram buat tak cakna je, time dr ni cerita kemain semua tekun mendengar... )

Kata dr Farid, dlm sejarah ketamadunan yunani lahirnya pemikir2 besar seperti socrates, plato, aristotle. Merekalah yg membangunkan pemikiran logik dan menolak pandangan yg bersandar pada agama dewa-dewi. Dari situ lahirnya cabang ilmu2 sekular seperti sains dan metamatik.

Kemudian ilmu logik tadi telah diimport ke dalam dunia islam oleh tokoh2 pemikir muslim seperti al farabi dan ibnu sina. Ada bagusnya ilmu sekular itu diimport tapi ada berberapa bahagian yg dilihat sebagai tidak sesuai dan bercanggah dari agama islam. Sebab itu munculnya al ghazali yg menyanggah pemikiran yg diimport dari yunani bulat-bulat dan bertindak sebagai badan penapis bagi ilmu yg bermanfaat kepada umat islam dan mana yg tidak.
Contohnya ilmu mantik. Dikatakan di sekolah2 pondok di malaysia dulu-dulu pun ada diajarkan. Padahal ia adalah ilmu sekular. Begitu juga dgn matematik. Di sini pensyarah tu sarankan buku jalanan temerloh supaya cari buku berjudul tahafut al falasifah karya alghazali.. (Tapi koi malas tunjuk eksen, bukan je buku tu, buku jawapan balas dari ibn rusyd yg bertajuk tahafut at tahafut tu pun bjt ada.. tapi simpan je tak kasi org pinjam..takut hilang)

Sebenarnya kat sini koi rasa penceritaan kisah konflik antara pra pemikir islam ni diceritakan cuma separuh saja. Sebab sepatutnya kisah ibnu sina lawan alghazali lawan ibn rusyd ni berakhir pada ibnu taimiyah yg dilihat sebagai tokoh yg membunuh falsafah dari dunia islam. Tapi sebab ramai beginner yg datang maka koi bior je lah. Sessi perkenalan ni memadailah yg ringan-ringan saja. Kalau nk tau lagi mendalam kena rujuk lagi buku-buku atas usaha sendiri.

Cerita ini diteruskan ke zaman dark ages. Zaman kemunduran eropah di bawah sistem raja dan bangsawan.  Masyarakat Eropah bangun melawan gereja yg jauh menyeleweng dan mula memperdagangkan agama. Paderi dan gereja hidup mewah dan memperbodohkan rakyat jelata dgn kisah dosa, pahala, syurga dan neraka. Di sinilah munculnya liberal. 

Sewaktu Eropah memasuki zaman renaissance (zaman pencerahan). Mereka mula menghadkan peranan agama dalam politik dan pelajaran. Bagi mereka agama adalah hal personal.  Liberal bagi pandangan pensyarah bukan lagi bermaksud pembebasan dan merdeka, tapi telah diangkat menjadi satu fahaman falsafah. Dan bila falsafah liberal itu berkembang dan mula menyelusup masuk ke dalam masyarakat islam, di situlah munculnya islam liberal.

Bagi pensyarah ni, liberal itu adalah baik, cuma ia tak sesuai diterapkan ke dalam agama kerana agama islam itu sendiri sudah bebas. Ok. Kat situ ada kontradiksi sikit. Islam ada banyak sekatan, itu fakta yg semua org tau tapi tak berani kritik.  Tapi takpelah. Koi bukan pejuang islam liberal pun. Sebab islam liberal tak menjamin perut kita kenyang. Sebab itu koi lagi suka jadi pemerhati je.

Pensyarah mula memberi contoh2 islam liberal yg koi tk berapa setuju sangat. Contohnya islam liberal mengatakan solat itu maksudnya 'berhubungan', maka sedang berforum itu pun bermakna kita sedang solat sebab kita sedang berhubungan. Atau org islam liberal mempertikaikn perkataan dlm kitab suci al quran yg mahu menukar perkataan unta dgn perkataan awan. Sebab dlm bahasa arab bunyi perkataannya hampir sama.

Pada koi, contoh yg ditunjukkan pada perjuangan islam liberal tu salah. Bukan semua islamis liberal setuju dgn persoalan yg diutarakan tu. Ada kelompok yg memperjuangkan hak asasi dlm hal murtad. Ada yg memperjuangkan kesamarataan wanita (di sini ada juga diberikan contoh lelaki lebih kuat dari wanita tp yg diperjuangkan oleh puak dalam liberal lebih kepada benda lain..bukan bertanding siapa kuat.. Misalnya penindasan wanita )

Menurut pandangan koi, islam liberal takde kitab khas di mana sesiapa yg dari aliran itu akan jadikan rujukan dan dijadikan panduan tetap. Tak mcm syiah. Dan takde pula disiplin tertentu mcm wahabbi dlm menjawab mana2 persoalan yg mana pengikut aliran berkenaan akan menaakul dan mendapatkan jawapan yg nyaris sama. Dari dulu pun koi tak rasa wujudnya mazhab islam liberal. 

Yg ada cuma penganut agama islam yg laras pemikirannya mendukung fahaman liberal, yg kadang2 mereka lebih mendahulukan liberal dan membelakangkan agama dalam membuat pertimbangan ke atas persoalan sehari-hari.

Bagi Dr Farid Shahran, liberal itu tiada masalah asalkan jangan ekstrem dan bercanggah dari  pegangan ajaran islam. Dalam islam kita kena bersederhana. Jangan terlalu liberal.  Dan jangan terlalu jumud (yg sepertinya ditujukan kepada puak wahabi)
Ok .. Penutup.
------------------------------
Tapi koi belum tutup lagi. 
Bagi koi bukan ekstrimis dalam islam liberal yg perlu dibendung. Sebab yg menjadi masalah dalam masyarakat islam ialah ekstrimis tu sendiri.
Kalau dah namanya ektreme dan fanatik memang automatik fail. 
Baik syiah fanatik ke, wahabbi fanatik ke, sunni fanatik ke, 
even dalam hal bukan berkaitan agama seperti nasionalis atau menyokong bola pun kalau fanatik dan ekstrem memang fail.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Adi Salvatrucha Buku Jalanan Temerloh