Tuesday 5 January 2016

KISAH TOK GURU PERAMU

DARI AKHBAR BERITA HARIAN 5 JANUARI 1971

Hari ini, pada tanggal 5 Januari 1971, di dalam akhbar Berita Harian telah mencatatkan terdapat kalangan penulis dan golongan veteran di daerah Temerloh menuntut Kerajaan Negeri Pahang pada waktu itu agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat 'orang tua keramat Peramu' yang dikatakan mempunyai ciri-ciri sosok sebagai Datuk Bahaman di Peramu, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Di dalam artikel ini, 'orang tua keramat Peramu' yang dibahasakan sebagai 'Tok Guru' ini mempunyai kebolehan-kebolehan luar biasa seperti mengambil air dari dalam perigi hanya menggunakan raga dan boleh berulang alik ke satu tempat yang jauh dengan sekelip mata masa perjalanan.
Di dalam artikel ini juga, 'orang tua keramat Peramu' ini juga mengakui bahawa beliaulah Datuk Bahaman yang sebenar semasa menentang penjajah dalam Perang Semantan 1891-1895 dahulu.

Berita Harian, 5 Januari 1971.
Orang2 tua Temerloh mahu Kerajaan siasat orangtua Peramu
Oleh: FUSAIMA K.T.
KALANGAN penulis dan orang2 tua di-daerah Temerloh ma-hu Kerajaan Negeri Pahang menubohkan jawatankuasa "khas menyiasat" orangtua di-Peramu, Kuantan.
Seruan itu di-buat ber-dasarkan sifat2 yang luar biasa yang di-katakan terdapat daripada "Tok Guru" di-Kampong Pera-mu itu.
Sifat2 yang ganjil pada "Tok Guru" di-Peramu itu ia-lah dia dapat mengambil ayer dalam perigi hanya menggu-kan sa-buah raga.
Dia tidak jemu meneri-ma orang2 yang mengun-jongi rumah-nya.
Sa-orang gadis yang pernah menulong "To Guru" memasak makan-an-nya Salmah binti Abdul Rahman, 23 tahun berkata :Pada mula-nya saya hendak pergi ka-sungai,tiba2 saya nam-pak Tok "Tok Guru" sedang mengambil ayer di-perigi di-hadapan rumah-nya."
"Saya berlindong di-sabatang pokok kelapa yang tidak jauh dari situ dan saya nampak "Tok Guru" pada masa itu menggunakan raga un-tok mengambil ayer. Sa-jurus kemudian "Tok Guru" nampak saya, lalu "Tok Guru" bertanya hendak ka-mana?"
"Dari situ juga "Tok Guru" buat pura2 mem-baiki raga itu, supaya saya tidak sedar apa yang telah di-buat-nya," Demikian cherita Sal-mah.
"Pernah pada satu masa dulu "Tok Guru" di-pelawa oleh sa-orang pendudok di-kampong ini, hendak di-bawa per-gi ka-bandar Kuantan dengan sa-buah motor, tetapi tidak di-kehen-daki-nya,"kata sa-orang lelaki yang berusia 43 tahun, Enche' Omar bin Salleh.
Segala ajakan orang To Guru menolak dengan jawapan, pergi-lah dulu.
Apabila motor kami yang bertolak dari pengkalan Peramu sampai di-ban-dar Kuantan ketika itu juga "To Guru" telah berada di-bandar Kuantan bersama tongkat-nya,"kata En-che' Omar.
Saya bersama sa-orang teman saya sampai ka-rumah "Tok Guru" pada waktu petang baru2 ini.
Pada masa itu tidak kurang dari 14 orang se-dang menunggu giliran masing2 untok mendapat-kan ayer tawar dari "Tok Guru."
Pada jam 5.30, baru-lah saya dan teman saya mulakan perbualan di-sekitar perjuangan Mat Kilau, Dato' Bahaman, dan Tok Gajah.
Wartawan dari Temerloh telah mengemukakan per-tanyaan "Tok, tahu tak ten-tang perjuangan Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dato' Gajah dan pahlawan2 lain lagi.
"Beliau menjawab "Kita-lah Dato' Bahaman, siapa la-gi orang-nya dan Mat Kilau itu, Kilau maana-nya "Pantas."
Enche Zulkifly bin Tok Muda Awang, sa-orang pe-mimpin belia di-daerah ini menyatakan "Untok menge-tahui lebeh lanjut, Kerajaan negeri Pahang harus meminta ahli2 sejarah yang ada di-Pahang, menyelideki kedudo-kan sa-benar-nya orang tua di-Peramu itu,"
"Ahli2 sejarah boleh mem-boktikan siapa-kah sa-benar "Tok Guru" itu, ada-kah ia "Dato' Bahaman atau ia sa-bagai sa-orang pahlawan Pa-hang sahaja."
Pendudok di-Kampong Pe-ramu dan Kampung Tanjong Api, kira2 3 batu dari situ yakin orang tua Peramu itu ia-lah "Dato' Baha-man."

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Sumber artikel dan foto: Berita Harian, 5 Januari 1971, Halaman 4.
Kredit: National Library Board, Singapore.