Wednesday 17 December 2014

PERTEMUAN ANGKATAN BAHAMAN BERSAMA DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH

CEO GERAKAN YAYASAN KESEDERHANAAN GLOBAL (GMMF)

Warta Angkatan Bahaman,
Assalamualaikum W.B.T
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah menciptakan sekian alam Usai sudah pertemuan diantara Pertubuhan Angkatan Bahaman dan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GLOBAL MOVEMENT OF MODERATES FOUNDATION), pada tanggal 17 Disember 2014. Angkatan Bahaman telah diundang oleh CEO GMMF iaitu,Yang Berbahagia Dato Saifuddin Abdullah ke pejabat beliau. Undangan tersebut adalah satu penghormatan yang tidak terhingga dan perkara yang tidak dilupakan oleh Angkatan Bahaman selaku pertubuhan organisasi yang baru menempa nama bagi melakukan aktiviti bermasyarakat..
GMMF adalah kotak pemikir bagi kerajaan yang memerintah dimana disini tempat berkumpulnya kepelbagaian idea. Disni juga kerap diadakan pertemuan pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara dalam membincangkan kepelbagaian isu. Delegasi-delegasi yang sering hadir ke sini sering membawa isu keselamatan,kesihatan, pendidikan,hubungan ekonomi dan sosial.
Hasil pertemuan diantara Angkatan Bahaman dan GMMF banyak berkomentar mengenai permasalahan lokal dan internasional. Pertemuan yag memakan masa hampir satu jam setengah itu banyak berbicara soal pendidikan, khususnya di daerah Temerloh. Angkatan Bahaman memandang serius penurunan "ranking" daerah Temerloh di dalam soal keputusan peperiksaan peringkat sekolah umumnya. Ini memandangkan daerah Temerloh yang suatu ketika dahulu gah mengungguli carta ini. Angkatan Bahaman juga menyeru agar kepimpinan masyarakat dari pihak yang berwajib mengekalkan legasi yang ditinggalkan pemimpin sebelumnya dan memastikan momentum ini terus dipacu agar daerah Temerloh sentiasa dihadapan dlm membicarakan soal pendidikan.
Angkatan Bahaman juga mengesa pihak berwajib melakukan kajian menyeluruh dalam memastikan sekolah agama rakyat (SAR) dan pusat tahfiz tidak ketinggalan untuk menikmati kemudahan pembelajaran yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri mahupun pusat agar diadakan pusat atau guru tuisyen percuma bagi golongan yg kurang berkemampuan 
Angkatan Bahaman  juga berhasrat agar prasarana dan kemudahan di Akademi Belia di mana Dato' Saifuddin Abdullah sendiri adalah pengerusi bagi akademi ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat di daerah Temerloh dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang positif seperti wacana,forum,debat, dan lain-lain.
Angkatan Bahaman juga mengesa agar daerah Temerloh dijadikan bandar hub pelancongan secara mapan,dan pelancongan patin yang telah dilakukan dahulu dapat dihidupkan kembali ,sinonim dengan jolokan Temerloh sebagai daerah  "Titik Tengah Semenanjung" dan "Buaian Revolusi". Ini  adalah satu trademark yang sangat berharga yang perlu di ketengahkan semula.. Daerah Temerloh juga terkenal dengan kepelbagaian budaya seperti aktiviti orang asal yang masih kekal sehingga kini dan tidak kurang juga silat dan lain-lain lagi.secara tidak langsung ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi pendudk di daerah Temerloh.
Angkatan Bahaman juga memandang serius masalah lambakkan graduan Temerloh yang masih gagal memperolehi pekerjaan dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Angkatan Bahaman mencadangkan solusi agar mana-mana premis yang terbiar dan berpotensi untuk dimajukan agar diberi ruang dan peluang diusahakan oleb graduan-graduan ini dengan dipantau oleh pihak-pihak berwajib.melalui pemantauan berkala.
Akhir kata, pertemuan tersebut adalah perkara yang paling indah dalam sejarah penubuhan pertubuhan Angkatan Bahaman apabila dipertemukan dengan seorang tokoh dan pemikir yang sangat moderate (sederhana), merendah diri, berprinsip,kepelbagaian idea, dan yang paling penting beliau adalah seorang aktivis masyarakat..
Beliau adalah CEO GMM DATO SAIFUDDIN ABDULLAH.semoga dapat bertemu lagi.. Sekian..

Disediakan oleh:
Abdul Razak Endut.
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Bahaman, Temerloh, Pahang.