Saturday 25 October 2014

LAGI JEMPUTAN KE FORUM "LIBERALISME DALAM PEMIKIRAN ISLAM"

DI FACEBOOK, SATU JEMPUTAN UNTUK SEMUA.

Kemajmukan di dalam pemikiran Islam dikatakan bermula di zaman Khulafa Al Rasyidin apabila kerajaan khalifah pada ketika itu sudah mula meluaskan pendudukan Islam di luar jazirah Arab.

Dan sejak dari itu,Islam kemudian sepertinya terus diasak dengan pelbagai pemikiran yang berusaha diasosiasikan bersama Islam seiring dengan kerencaman adat, kepelbagaian budaya serta kejamakan fikrah di kalangan penganut barunya di sesuatu wilayah baru kekhilafahan Islam itu.

Persoalan liberal yang berkait dengan konsep dan wawasan asal "liberalisme" seperti pertama kali muncul di Sepanyol pada 1810-1813 dan kemudian di sepanjang abad ke 19 itu turut sama tidak terkecuali digulirkan bersama Islam di mana pada akhirnya kini, aliran liberal ini masih terus mencetuskan debat dan polemik yang tersendiri di dalam dunia islam pada hari ini.


Oleh itu, dengan dasar meraikan penghujahan rasional terhadap nilai sesuatu ilmu itu, Angkatan Bahaman dan Buku Jalanan Temerloh selanjutnya akan mengelolakan bersama siri Wacana Ilmuan Temerloh dengan tajuk "Liberalisme Dalam Pemikiran Islam", dengan panelisnya Dr.Farid Shahran di mana wacana ini bertujuan untuk mengupas dengan lebih kompetitif mengenai naratif pensejarahan dan pelbagai lagi persoalan besar yang berkaitan dengan polemik "Liberalisme Dalam Pemikiran Islam" pada era ini.

Wacana ini dijadualkan diadakan pada hari Ahad ini (besok), bertempat di Hotel Green Park, Temerloh. Wacana yang akan bermula pada pukul 3 petang juga adalah percuma untuk kehadiran bagi mana-mana sosok individu atau kumpulan yang berminat untuk menghadiri. Minum petang tidak lupa juga disediakan. Maka, mari lah beramai datang buat ramai!


Posting asal boleh dilihat di Facebook Iqkram Ismail Angkatan Bahaman

Di Facebook salah seorang komrad Angkatan Bahaman, Iqkram Ismail