Wednesday 4 February 2015

ANGKATAN MENGECAM PENGHINAAN DARI PASUKAN JDT

SUKAN ITU SESUNGGUHNYA BERSIFAT MENYATUKAN.

Angkatan Bahaman bertegas untuk menolak sama sekali segala apa bentuk penghinaan yang dilakukan segelintir penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terhadap kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika perlawanan akhir Piala Sumbangsih antara pasukan JDT dan pasukan Pahang pada 31 Januari 2015 yang lalu. Ini kerana penghinaan tersebut turut memalitkan sama arang kepada Persatuan Bola Pahang, persatuan bola sepak dari tanah air Angkatan Bahaman ini sendiri.

Angkatan Bahaman menyeru supaya semua pihak yang berkepentingan dan berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan segera kepada pihak yang menghina kepimpinan FAM ini kerana kami risau jika gelagat 'kurang ajar' ini dibiarkan berleluasa, suasana seperti ini akan menimbulkan masalah yang lebih membarah kepada suasana sukan bola sepak khususnya di dalam negara ini.

Sesungguhnya sukan itu menyatukan, dan jangan biarkan pihak-pihak yang bacul mengambil kesempatan untuk menimbulkan sifat perkauman termasuk semangat kenegerian dan kedaerahan yang melampau yang seterusnya akan memusnahkan industri sukan bola sepak di dalam negeri ini.


Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman