Saturday 21 February 2015

DEMO #KITA LAWAN, SABTU INI. AYUH SEMUA!

Jangan lupa untuk melawan lupa!
Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.
SOGO, Sabtu, 4pm, Hitam ‪#‎KITALAWAN‬
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


SOLIDARITI BUAT MANGSA TANGKAPAN DEMO #KITALAWAN

SOLIDARITI

Angkatan Bahaman turut bersolidariti untuk saudara Adam Adli dan cikgu Fariz Musa (Jingga 13) yang sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang, Kepong sekarang ini ketika demo ‪#‎KITALAWAN‬ petang tadi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

















BERGOTONG ROYONG BERSAMA TETAMU DARI JOHOR BAHRU DAN PULAU PINANG

GOTONG-ROYONG MEMBERSIH SURAU

Hari ini Angkatan Bahaman telah meneruskan aktiviti gotong-royong membersihkan surau di kampung bersama Persatuan Kebajikan Ummah Johor Bahru.
Dan yang lebih istimewa, gotong-royong ini turut disertai bersama oleh I-Club (Kelab Penggerak Minda Intelektual Pulau Pinang).
Selain bergotong-royong di masjid Kampung Tebal, kami juga telah memasang karpet baru bagi kegunaan surau Kampung Buntot Pulau dan surau Kampung Tengah.
Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Kebajikan Ummah Johor Bahru dan I-Club (Kelab Penggerak Minda Intelektual Pulau Pinang) kerana sudi menyumbangkan tenaga dan memberi bantuan karpet baru bagi memudahkan jemaah surau-surau di dalam daerah Temerloh ini beribadat dengan lebih selesa.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman