Tuesday 21 April 2015

ANGKATAN BAHAMAN DI ASEAN PEOPLE FORUM 2015

ASEAN PEOPLE FORUM 2015

Asean People Forum yang telah bermula pada hari ini sehingga 24 April akan mengumpulkan seramai lebih 1 400 delegasi yang terdiri daripada para aktivis, agensi antarabangsa, wakil kerajaan dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil dari seluruh negara ASEAN ini. Asean People Forum sebenarnya merupakan acara tahunan yang lazimnya akan lebih fokus untuk membincangkan bersama mengenai isu sosio-politik bagi kepentingan seluruh negara ASEAN umumnya. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga akan menyampaikan ucapan ucaptama di dalam Asean People Forum ini nanti.
Angkatan Bahaman juga akan bersama dalam salah satu program Asean People Forum ini dimana Angkatan Bahaman akan menjadi salah seorang panelis di dalam salah satu program "workshop informal" yang bertajuk "Building Youth Solidarity Networks for Social Justice in Conflict Areas in ASEAN". Disini kami akan berkongsi bagaimana anak-anak muda (golongan belia) boleh membina solidariti sesama mereka mengenai sesuatu isu, bermula dari simbolik dan seterusnya menjadi realiti.
Asean People Forum ini akan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan segala perjalanan forum boleh diikuti melalui web aseanpeople.org
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman