Saturday 28 February 2015

DEMO #KITALAWAN PETANG INI!

MELAWAN LUPA!

Jangan lupa! Petang ini!

SOGO, Sabtu, 4pm, Hitam #KITALAWAN

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal ini boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Saturday 21 February 2015

DEMO #KITA LAWAN, SABTU INI. AYUH SEMUA!

Jangan lupa untuk melawan lupa!
Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.
SOGO, Sabtu, 4pm, Hitam ‪#‎KITALAWAN‬
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


SOLIDARITI BUAT MANGSA TANGKAPAN DEMO #KITALAWAN

SOLIDARITI

Angkatan Bahaman turut bersolidariti untuk saudara Adam Adli dan cikgu Fariz Musa (Jingga 13) yang sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang, Kepong sekarang ini ketika demo ‪#‎KITALAWAN‬ petang tadi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

















BERGOTONG ROYONG BERSAMA TETAMU DARI JOHOR BAHRU DAN PULAU PINANG

GOTONG-ROYONG MEMBERSIH SURAU

Hari ini Angkatan Bahaman telah meneruskan aktiviti gotong-royong membersihkan surau di kampung bersama Persatuan Kebajikan Ummah Johor Bahru.
Dan yang lebih istimewa, gotong-royong ini turut disertai bersama oleh I-Club (Kelab Penggerak Minda Intelektual Pulau Pinang).
Selain bergotong-royong di masjid Kampung Tebal, kami juga telah memasang karpet baru bagi kegunaan surau Kampung Buntot Pulau dan surau Kampung Tengah.
Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Kebajikan Ummah Johor Bahru dan I-Club (Kelab Penggerak Minda Intelektual Pulau Pinang) kerana sudi menyumbangkan tenaga dan memberi bantuan karpet baru bagi memudahkan jemaah surau-surau di dalam daerah Temerloh ini beribadat dengan lebih selesa.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

















Wednesday 18 February 2015

ANGKATAN BAHAMAN BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN UMMAH, JOHOR BAHRU

GOTONG-ROYONG

Siang tadi, Angkatan Bahaman telah bergotong-royong membersihkan surau bersama Persatuan Kebajikan Ummah Johor di Surau Padang Tenggala, Seberang Temerloh. Persatuan Kebajikan Ummah akan berkolaborasi bersama Angkatan Bahaman di Temerloh dari hari ini sehingga hari Jumaat ini. Selamat datang menjadi tetamu dan semoga sentiasa gembira ketika berada di Temerloh diucapkan kepada Persatuan Kebajikan Ummah, Johor.
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman











Sunday 15 February 2015

ANGKATAN BAHAMAN DI DEMO #KITA LAWAN PETANG SEMALAM

#KITALAWAN

Angkatan Bahaman di demo ‪#‎KITALAWAN‬ di Sogo petang semalam. Di malam hari pula, kami melawat ke studio Radio Bangsar Utama dan turut bersama menyertai jamuan makan yang disediakan. Ribuan terima kasih kepada team Radio Bangsar Utama yang sudi menerima dan meraikan kedatangan Angkatan Bahaman di Kuala Lumpur. Semoga berjumpa lagi dalam perlawanan akan datang!
#KITALAWAN
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

















Saturday 14 February 2015

JEMPUTAN UNTUK SEMUA TURUN KE MEDAN JALANAN!

#KITALAWAN

Angkatan Bahaman sudah bersedia untuk aksi massa!
Ayuh semua anak-anak muda, kita turun dan#KITALAWAN!

Jangan lupa, SOGO, Sabtu, 4pm, Hitam #KITALAWAN

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman




ANGKATAN BAHAMAN DI MAJLIS PENGEBUMIAN ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ

AL-FATIHAH.

Angkatan Bahaman di sekitar majlis pengebumian gemulah Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Yang lebih manis, komrad Angkatan Bahaman, Hassanal Bolkiah turut sama berpeluang mengusung jenazah allahyarham dari Masjid Pulau Melaka hingga ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.
Al-Fatihah.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman