Wednesday 13 May 2015

MANSUH AKTA HASUTAN 1948

MEMORANDUM PEMANSUHAN AKTA HASUTAN 1948.

Angkatan Bahaman menyokong penuh tindakan sekumpulan aktivis Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) yang telah hadir pada hari ini di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya untuk menyerahkan memorandum berhubung pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Akta Hasutan 1948 yang telah diwarisi dari Ordinan zaman penjajah British sewajarnya terus dimansuhkan sementelah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak sendiri sebelum ini telah berjanji pada Jun 2012 untuk memansuhkan Akta Baginda Queen ini bagi digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.
Tetapi sehingga hari ini akta itu yang sudah berusia 67 tahun ini masih lagi wujud dan kekal, malah pada persidangan Parlimen 10 April 2015 yang lalu, akta yang zalim ini bukan sahaja tidak dimansuhkan, sebaliknya telah dipinda pula lantas menjadikan akta ini lebih teruk dan zalim daripada sebelum ini.
Lebih malang, terdapat Ahli Parlimen (MP) daripada kalangan Pakatan Rakyat sendiri yang menyokong pindaan akta drakonian ini.
Dengan ini, Angkatan Bahaman bersetuju dengan tuntutan Gabungan Akta Hasutan untuk menuntut:
1.‪#‎MansuhAktaHasutan‬ 1948
2. Gugurkan semua pertuduhan
3. Tiada akta gantian yang zalim

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman