Sunday 27 December 2015

PAHANG, HARI INI DALAM SEJARAH. PAHLAWAN MAT KILAU ISYTIHAR DIRI.

MISTERI MAT SIAM KINI TERBONGKAR. 

Pada hari ini, 27 Disember 1969, pahlawan ulung Pahang berasal dari Pulau Tawar, Jerantut yang turut sama menyertai angkatan perang Datuk Bahaman untuk menentang British bagi menghalau penjajah keluar dari bumi Pahang dalam Perang Semantan (1891-1895) iaitu Mat Kilau telah mengisytiharkan diri di hadapan ribuan warga Pulau Tawar di Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Setelah menghilangkan diri hampir 90 tahun, akhirnya Mat Kilau, yang juga anak kepada seorang lagi Pahlawan Pahang dalam Perang Semantan iaitu Tok Gajah telah memunculkan dan mengisytiharkan diri di hadapan ribuan penduduk Pulau Tawar pada Jumaat, 27 Disember 1969.

Dalam muka depan kawat Berita Harian, bertarikh 29 Disember 1969 , wartawan Berita Harian telah membuat sedikit catatan mengenai peristiwa bersejarah ini..

Akuan 'Mat Kilau' di-masjid
Ahli2 sejarah berpendapat Mat Kilau meninggal
15,000 dengar 'pahlawan' Pahang ishtiharkan diri

Oleh
ABU BAKAR YA'AKUB


KUANTAN, Ahad.-"Mat Kilau" yang di-katakan ber-umor 122 tahun itu telah mengishtiharkan diri-nya sendiri sa-bagai Pahlawan Mat Kilau di-hadapan kira2 15,000 orang pendudok Kampong Pulau Tawar, Je-rantut, hari Juma'at kelmarin.
"Mat Kilau" atau di-kenali sa-bagai Mat Siam membuat per-ishtiharan itu sa-belum ia menunaikan fardhu Juma'at di-kam-pong itu.
Ini di-cheritakan oleh Encik Bukhri bin Wan Sulaiman, yang telah menda'awa menjadi keluarga "Mat Kilau" kapada Berita Harian hari ini.
Menurut-nya, "Mat Kilau" telah di-bawa bersembahyang di-masjid kampong tersebut hari Juma'at lalu.
Sa-belum menunaikan sembahyang Juma'-at, ia telah membacha Kuran dan kemudian menda'awa bahawa ia sa-benar-nya Mat Kilau yang pernah berjuang bersama Dato Bahaman dulu, kata Enche Bukhri.
Sa-lepas itu, kata Enche Bukri, "Mat Kilau" pun menghebahkan sendiri tentang diri-nya yang sa-benar kapada seluroh pen-duduk kampong itu.

Nama sa-benar

Dia pergi ka-kampong itu bersama isteri-nya, Hijrah binti Abu Bakar dan menantu-nya, Abu Bakar Bin Awang, kira2 sa-minggu lalu untok menemui keluarga-nya di-situ.
Ramai rakan dan kenalan-nya di-Kuantan hari ini telah pergi ka-Jerantut untok mene-mui "Mat Kilau."
Kata Encik Bukhri, "Mat Kilau" tinggal bersama anak-nya, Umar berumor 61 tahun, di-Kampong Batu 5, Jalan Kuantan-Pekan sejak 35 tahun lalu.
Nama sa-benar-nya ia-lah Mat Din Ibrahim, mempunyai dua orang isteri dan 12 orang anak (4 meninggal dunia) - empat lelaki dan empat puan yang maseh hidup.
Antara-nya ia-lah Aminah 45 tahun, Hafsah, 40, Munah, 30, Selamah, 29, Deraman, 37, Abu Bakar, 22, Omar, 12, dan Rahman, 10 tahun.
Saya telah pergi ka-rumah beliau itu pagi ini dan sempat menemui anak lelaki-nya yang bungsu. Abu Bakar yang sekarang menyertai ranchangan tanah Be-lia di-Bukit Goh.
Abu Bakar dan keluar-ga-nya di-Kuantan ter-peranjat mendengar che-rita tentang ayah-nya itu sejak tersiar dalam akhbar2.
"Saya tidak pernah me-ngetahui tetang diri-nya sa-belum ini kerana tidak pernah di-terangkan langsong oleh-nya.
"Tetapi memang ayah saya itu mempunyai tahi lalat besar di-pipi kanan-nya, tahi lalat panjang di-bawah bahu kiri dan parut kena tem-bak di-bahu serta daging tumboh di-kelingking ja-ri kaki kiri-nya.

Pemanas

 "Ia bersifat pemanas, gemar memakai pakaian satu marna sahaja, tidak suka berchakap banyak dan banyak bersembahyang serta berdo'a," kata Abu Bakar.
Kata-nya lagi, ayah-nya itu juga maseh me-nyimpan sa-buah tarbus merah, sa-helai kain panjang sa-depa berwar-na ungu, baju kot bu-tang lima, sa-helai se-luar panjang Melayu (kedua2 warna ungu ju-ga) dan sa-batang tung-kat panjang sa-jengkal yang kepala-nya berukir kepala burong.
Menurot Abu Bakar, ayah-nya pernah satu ketika mencheritakan ia hanya menggunakan ka-yu dan buloh runching kalau bergadoh atau ber-perang.
Pernah juga di-cheritakan-nya, kata Abu Bakar lagi, ba-hawa Pahlawan Dato Baha-man dulu pernah di-jadikan peluru meriam untok memera-ngi musoh, tetapi tidak mati.
"Tetapi kami sendiri tidak begitu yakin dengan cherita-nya kerana kami anggap ia sudah nyanyok," tegas Abu Bakar.
Sementara itu sa-orang ahli sejarah di-Pahang, Enche Za-karia bin Hitam, berumor 40 tahun berkata:
"Kalau betul orang tua itu mempunyai tanda yang di-se-butkan itu, nyata-lah benar ia Mat Kilau yang maseh hidup.
"Tetapi mengikut cherita se-jarah Mat Kilau telah mening-galkan Pahang pada tahun 1896 dan tidak pulang2 lagi.
"Banyak ahli2 sejarah ber-pendapat bahawa Mat Kilau meninggal dunia di- Trengga-nu, walau pun tidak ada bokti lanjut sama ada kubor-nya atau lain2.
"Kita harap kalau Mat Ki-lau maseh hidup, maka akan timbul kembali-lah sejarah yang hampir liput itu, "kata Enche Zakaria

Posting asal boleh di Facebook Angkatan Bahaman


Sumber artikel: Muka hadapan Berita Harian, 29 Disember 1969.
Sumber foto Mat Kilau segak berkot dan bertali leher diiringi cucunya: Berita Harian, 4 Januari 1970.
Kredit: National Library Board, Singapore.