Tuesday 12 January 2016

"PEMBERONTAKAN" ANGKATAN PERANG DATUK BAHAMAN

DARI ARKIB AKHBAR THE SINGAPORE FREE PRESS 13 APRIL 1892


Perang Semantan 1891-1895 yang diketuai oleh Datuk Bahaman dalam Angkatan Perang Datuk Bahaman menyaksikan negeri Pahang yang berada dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada waktu itu telah mengalami keadaan "huru hara" yang serius. Selain itu, kerugian yang banyak juga terpaksa ditampung oleh British kerana "pemberontakan" yang dilancarkan oleh Angkatan Perang Datuk Bahaman itu bukan sahaja menjejaskan negeri Pahang sahaja, malah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang lain seperti negeri Selangor dan Perak turut sama terasa tempiasnya. Berita mengenai hal bersejarah ini ada tercatat di dalam akhbar The Singapore Free Press (akhbar pro British), pada tahun 1892.
Terjemahan:
Pahang di akhbar
Gangguan kembali di Pahang.
Singapura, 14 Mac.
Orang Kayah (Datuk Bahaman) telah mendapatkan kembali Luboktuah, satu pos (pengkalan) yang penting di laluan sungai (Pahang/Semantan). Beliau .(berjaya) menyingkirkan (mengalahkan) para pengikut Sultan (Wan Ahmad) dan merampas beberapa laras senjata (daripada pengikut Sultan). Beliau (Datuk Bahaman) kemudian menangkap Encik Bibby, seorang warga Australia (yang berkerja sebagai) pembantu perlombongan di Raub. Beliau (Encik Bibby) bagaimanapun, kemudian dilepaskan dan dihantar pulang kembali ke Raub, dengan iringan Orang Kayah (Datuk Bahaman).
Residen Pahang (J.P Rodger) kini berada di Singapura (dan beliau) dalam perjalanan ke England, (jawatan) Residen Selangor pula masih belum diisi dan Residen Perak pula masih di England. Dengan ini, (nampaknya) masih tiada kuasa rasmi (Residen) di Pahang dan akhbar (ini) mengkritik (tindakan) kerajaan (British) kerana meninggalkan negara (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) ini dalam keadaan (seperti) ini (Perang Semantan 1891-1895).

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Sumber artikel dan foto: The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 13 April 1892, Halaman 3.
Kredit: National Library Board, Singapore.