Friday 4 December 2015

KERIS MAS, PEJUANG KEMERDEKAAN

KERIS MAS DI TEMERLOH

Tahukah anda, Sasterawan pertama negara, Kamaludin Muhammad, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Keris Mas memulakan kerjaya pertama beliau dengan mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah atau pada waktu itu dikenali dengan nama Madrasah Khairiah di Temerloh, Pahang pada tahun 1946-1947.
Dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong Pahang, Keris Mas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Benus, Pahang sebelum beliau menyambung pengajian di Tawaliah School, Sumatera dan mendapat diploma perguruan di Kolej Kulliahtul Muallmin al-Islamiah Sumatera.
Setelah terkandas pelajaran di Pitman College Singapura untuk membolehkan beliau mengambil peperiksaan di Matrikulasi Universiti London akibat meletusnya Perang Dunia Kedua, beliau ke Temerloh, bagi bersama-sama menggerakkan adrenalin perjuangan menuntut kemerdekaan yang didominasi oleh golongan agamawan, nasionalis, dan patriot kiri yang berpusat di daerah Temerloh, Pahang pada waktu itu.
Selepas habis waktu mengajar di Madrasah Khairiah, Keris Mas yang turut dilantik sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bahagian Temerloh akan mengayuh perahu dalam menjalankan tugas sebagai penyebar risalah dan dakyah khususnya kepada golongan tani yang tinggal berhampiran tebing-tebing di Sungai Pahang, Sungai Semantan, hingga ke Sungai Bera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan 100% daripada penjajah British

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Foto Keris Mas, dan foto terkini SMA AL-Khairiah pada 4 Disember 2015