Sunday 3 January 2016

S.ROOMAI NOOR. TOKOH FILEM MELAYU KLASIK DAN PEJUANG KEMERDEKAAN KELAHIRAN KAMPUNG TENGAH,TEMERLOH.

S.ROOMAI NOOR (1923-1996)

Tahukah anda, allahyarham S.Roomai Nor adalah antara guru dalam menggilap dan mendidik bakat seniman allahyarham P.Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh) ketika allahyarham P.Ramlee baru menjinak dalam bidang lakonan di Studio Jalan Ampas di Singapura?

Seorang anak kelahiran Kampung Tengah, Temerloh, Pahang, S.Roomai Noor juga adalah anak saudara kepada seorang tokoh kemerdekaan negara, iaitu allahyarham Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Semasa zaman kegemilangan beliau di dalam bidang lakonan filem (1940an-1950an), sememangnya daya penarik tersendiri yang dimiliki S.Roomai Noor telah berjaya menjadikan beliau sebagai seorang pelakon yang disegani dalam sejarah filem Melayu.

Namun kurang diketahui umum, suami kepada aktress tersohor, Umi Kalthum dan bapa kepada penyanyi Anita Sarawak dan Noorkumalasari ini juga adalah seorang pejuang kemerdekaan ketika beliau bergiat cergas di Temerloh dalam Angkatan Pertubuhan Insaf, sebuah pertubuhan kiri yang berjuang menuntut 100% kemerdekaan daripada penjajah tanpa kompromi!

Mengikut cerita rakyat tempatan (Temerloh), akibat ombak rakyat khususnya kaum tani dan buruh yang makin menggunung dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah, pihak British akhirnya mula panas punggung dan mula merencanakan tangkapan terhadap para pejuang kiri, khususnya di daerah Temerloh yang sedang menjadi pusat perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dari aliran kiri ketika itu.

S.Roomai Noor kemudian telah menyusul ke Singapura selepas pemergian Keris Mas (Sasterawan Negara pertama) yang telah berhijrah lebih awal ke Singapura dari Temerloh kerana mengelakkan diri daripada dikesan dan ditangkap penjajah di Temerloh.

S. Roomai Noor kemudian menjadi seorang bintang filem melayu yang terkenal di Singapura dan sedikit petikan kisah hidup beliau mengenai bagaimana perjalanan beliau dalam kancah perjuangan kemerdekaan negara dikisahkan dalam kawat The Straits Times, 14 November 1988, Halaman 5.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Sumber artikel: Diterjemah oleh Jeman Sulaiman, The Straits Times, 14 November 1988.
Sumber foto S.Roomai Noor: Berita Harian, 18 February 1979.
Kredit: National Library Board, Singapore.

TAHNIAH KEPADA KOMRAD NOR FITRI!

TAHNIAH KEPADA SEORANG LAGI KOMRAD ANGKATAN BAHAMAN!

Posting asal boleh dilihat di Facebook Ahmad NorFitri

Komrad Angkatan Bahaman, Ahmad NorFitri ketika memuat naik status mengenai kelahiran baru bayi perempuan beliau di Facebook