Tuesday 12 May 2015

SELAMAT HARI IBU

DI HOSPITAL BESAR TEMERLOH (HOSHAS)

El Presidente Angkatan Bahaman berkolaborasi bersama Pejabat Adun Mentakab dalam menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan bagi ibu bayi sempena meraikan Hari Ibu bertempat di Hospital Besar Temerloh (HOSHAS) pada hari Ahad yang lalu.

"Ibu ,tangan kanan menghayun buaian, tangan kiri menggoncang dunia"! 

Selamat Hari Ibu dari kami Angkatan Bahaman, Buaian Revolusi! Semarakkan cinta dan kasih sayang.

Angkatan Bahaman,
Duta Kasih Sayang


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


UCAPAN TAHNIAH ANGKATAN BAHAMAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

TAHNIAH

Ucapan tahniah daripada Angkatan Bahaman kepada kerajaan Malaysia kerana telah dengan jayanya melangsungkan Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang akhirnya telah melabuhkan tirai pada 27 April lepas, di mana sidang yang bertempat Langkawi, Kedah kali ini telah menyaksikan pemimpin-pemimpin ASEAN bersetuju secara saksama untuk menerima pakai tiga dokumen termasuk Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean Berorientasikan Rakyat, Berpaksikan Rakyat selain dokumen Deklarasi Langkawi Mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global serta dokumen Deklarasi Menginstitusikan Daya Tahan Asean dan dokumen Komunitinya dan Rakyat Terhadap Bencana dan Perubahan Iklim.
Persetujuan dalam berkongsi deklarasi di Langkawi ini telah membuktikan seluruh pemimpin ASEAN begitu komited dalam berkongsi hala tuju untuk bekerja bersama-sama bagi memastikan ASEAN Berpaksikan Rakyat menjadi kenyataan, seperti yang dijelaskan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Keadaan ini menyaksikan negara Malaysia khususnya sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini semakin optimis terhadap pembentukan Komuniti ASEAN yang dijadual bakal direalisasikan menjelang akhir tahun ini.
Semoga ASEAN umumnya dan kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini khususnya dapat terus untuk meneruskan program-program dan membaiki program-program sedia ada selain menambah program-program seperti Diskusi Meja Bulat (DMB) sebagai contoh bagi Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih dinamik serta progresif sebagai Pengerusi ASEAN kali ini.
Seperti yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Global Malaysia iaitu Dato' Saifuddin Abdullah sebelum ini, program-program yang akan dirancang ini haruslah dijalankan secara inklusif dan meliputi semua, dan bukannya hanya program sesama kerajaan dengan kerajaan (kelemahan Asean selama ini), selain memastikan semua pihak terhakupaya dan diwakili dalam perundingan-perundingan tentang keseluruhan program dalam semangat Asean yang berpusatkan rakyat.
Sebahagian program akan memfokus pada pembuatan dasar, seharusnya turut sama melibatkan rakyat ASEAN selain program pendidikan khalayak sendiri sudah tentu melibatkan rakyat ASEAN khususnya.
Akhirnya ujian utamanya ialah sejauh manakah kerajaan-kerajaan dalam Asean dan Malaysia khususnya akan benar-benar melaksanakan undang-undang, dasar-dasar dan program-program yang berasaskan nilai dan pendekatan yang dirancangkan bagi selari dengan deklarasi-deklarasi yang telah dipersetujui sebelum ini?.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman