Wednesday 13 January 2016

STESEN KERETAPI PERTAMA DI PAHANG.

DI TRIANG PADA 1 OKTOBER 1910

Perkhidmatan keretapi di negara kita bermula pada tahun 1882 apabila kerja-kerja pembinaan landasan pertama dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) dibina oleh buruh-buruh upahan penjajah British di Perak (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu). Landasan ini siap dirasmikan pada 1 Jun 1885 oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low..
Perkhidmatan keretapi dilihat amat penting dan strategik kepada imperialis British dalam mengangkut hasil-hasil bumi di Tanah Melayu untuk di bawa ke pelabuhan terdekat, dan seterusnya hasilnya dibawa pulang untuk membangunkan negeri England ketika itu.
Di negeri Pahang pula, yang pada waktu itu juga termasuk dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah pentadbiran jajahan kolonial,, stesyen keretapi pertama bermula di Triang (kini di daerah Bera, Pahang) pada tahun 1910. Berita mengenai hal bersejarah ini terdapat dalam kawat akhbar The Singapore Free Press pada 9 September 1910.
Keretapi F.M.S
Stesyen Pertama Di Pahang.
(Dari wartawan kami)
Kuala Lumpur.
Rec 2.36 petang
(Akhbar) The Malay Mail memperoleh berita bahawa seksyen (landasan) baru perkhidmatan keretapi dari Bahau (Negeri Sembilan) ke Sungai Triang (Triang,Pahang) dalam jarak 32 batu (52 KM) bakal dibuka pada 1 Oktober (1910)
Terdapat tiga bakal stesen, iaitu satu di Ayer Itam (Negeri Sembilan, kini Serting Baru), Ayer Kreng (Negeri Sembilan) , dan sungai Triang (Stesen Triang), (di mana) nama (stesyen) yang terakhir adalah stesen pertama di Pahang.
Seksyen (landasan) ini dijangka sampai di Semantan (Mentakab) pada bulan April (1911).

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Sumber artikel dan foto: The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942), 9 September 1910, Halaman 5.
Kredit: National Library Board, Singapore