Monday 9 May 2016

Suasana kemarau yang mengakibatkan perigi orang kampung kering di Temerloh pada tahun 1964.

KERATAN AKHBAR

Suasana kemarau yang telah melanda daerah Temerloh pada tahun 1964 telah menyebabkan perigi-perigi penduduk kampung ketika itu telah mengalami kekeringan air. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk Temerloh pada waktu itu sukar menjalani kehidupan seharian kerana masalah kekurangan sumber air daripada perigi milik mereka di kampung dan jikalau masih terdapat sumber air yang masih berbaki pula, air tersebut tidak sesuai untuk digunakan mereka bagi aktiviti seharian.

Namun, jika ditinjau keadaan kemarau yang sedang melanda daerah Temerloh pada hari ini pula, kemarau pada musim kali ini nampaknya lebih dasyat kerana turut menyebabkan Sungai Pahang secara hampir keseluruhan telah mengalami penyusutan secara drastik.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Sumber foto: Berita Harian, muka 5, 24 Ogos 1964