Monday 15 June 2015

IMARAHKAN RAMADAN

"RAIKAN CINTA,SUBURKAN KASIH DAN SAYANG , RAYAKAN PERBEZAAN"

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang telah menciptakan bulan, bintang serta sifat kasih dan sayang. Selamat datang Ramadhan, sempena ketibaan bulan yang mulia ini Angkatan Bahaman telah merangka beberapa program untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini, diantaranya ialah :
*Maie Datul Rahman (Sumbangan juadah berbuka puasa bagi musafir)
*Sumbangan barang keperluan harian bagi fakir miskin
*Program berbuka puasa (iftar Ramadhan)
*Program mohree
Selain itu, beberapa program juga akan dirangka mengikut keperluan dan keadaan semasa . Untuk itu kami daripada Angkatan Bahaman mengalu-alukan sumbangan dari mereka yang berkemampuan dalam bentuk tunai atau barang keperluan harian. Kami juga mengalu-alukan mana-mana individu, syarikat perniagaan, badan koporat mahupun agensi kerajaan berkolaborasi bersama Angkatan Bahaman dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman





SOLIDARITI ORANG ASAL DI KAMPUNG POS LANAI

BANTAH EMPANGAN TELOM!

Angkatan Bahaman bersolidariti bersama penduduk-penduduk Orang Asal di Kampung Pos Lanai yang telah menfailkan saman kepada Tenaga Nasional Berhad dan tiga yang lain atas dakwaan mengambil secara salah tanah penduduk-penduduk Orang Asal di Pos Lanai bagi membina dan menyiapkan projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Telom, di Kuala Lipis, Pahang.
Selain TNB, orang-orang asal menamakan Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga defendan keempat.
Orang Asal Kampung Pos Lanai dalam tuntutan mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak milik Adat Asli dan tuan punya ke atas tanah yang mereka diami itu.
Kes mereka telah difailkan pada 18 Mei 2015 yang lalu dan telah didengari oleh Mahkamah Sivil Kuala Lumpur siang tadi. Perbicaraan seterusnya disambung 14 Ogos depan.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman