Thursday 12 May 2016

SOLIDARITI UNTUK ORANG ASLI KAUM SEMAI POS LANAI, KUALA LIPIS

BANTAH EMPANGAN HIDROELEKTRIK TELOM!

Solidariti untuk Orang Asli Kaum Semai Pos Lanai, Kuala Lipis di Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini. Orang Asli Kaum Semai Pos Lanai sedang menghadapi kes untuk menghalang pembinaan Empangan Telom di Kuala Lipis bagi dibina empangan hidroelektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Perbicaraan sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, namun, di atas permintaan TNB, kes ini telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh walaupun majoriti Orang Asli Semai Pos Lanai tidak bersetuju kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh.

Kes ditangguhkan sehingga 12 Ogos depan.

Ehsan gambar: Saudara Jeffry Dari Pos Lanai.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman