Tuesday 3 May 2016

DEKLARASI 1 MEI 2016

DEKLARASI 1 MEI 2016
"Utamakan Pekerja, Selamatkan Malaysia"

(Berikut adalah Deklarasi Hari Pekerja 2016, yang telah dilafazkan semasa aksi Himpunan Hari Pekerja 2016 di Kuala Lumpur, anjuran Jawatankuasa Mei Satu. Deklarasi ini telah mendapat sokongan daripada 116 organisasi.)

2016 Malaysia menjadi tumpuan utama di arena antarabangsa disebabkan isu 2.6 billion, isu 1MDB, kejatuhan mata wang yang mendadak dan lain-lain isu yang lain berkaitan dengan pimpinan tertinggi Malaysia.

Menurut Khazanah Research Institute, ekonomi Malaysia pada tahun 2016 akan menjadi lebih teruk berbanding tahun sebelumnya yang pastinya rakyat Malaysia akan merana. Sejak tahun lepas, kebanyakan pekerja syarikat-syarikat MNC, Oil & Gas, Perbankan dan juga syarikat GLC termasuk Naza, Petronas, Shell dan MAS telah diberhentikan kerja. Kadar pengangguran dijangka meningkat pada 22% pada tahun 2016.

Penganalisa ekonomi meramalkan eksport negara akan merosot kepada paras negatif 2.8% yang bermakna pendapatan negara akan berkurang.  Harga barangan dan perkhidmatan asas pula melambung tinggi tanpa kenaikan gaji dengan bebanan Cukai GST. Kos hidup rakyat biasa meningkat dan keadaan menjadi lebih teruk apabila harga barangan mengalami kenaikan dari 20% hingga 30%, kadar tambang tol di 18 lebuhraya dinaikkan, tambang komuter, LRT dan ERL dinaikkan sebanyak 100% dan lebih-lebih lagi subsidi bagi beras nasional Super, minyak masak dan tepung gandum telah dimansuhkan.

Amat jelas keadaan negara sekarang amat menindas kaum pekerja dan rakyat biasa manakala yang kaya menjadi lebih kaya. Memburukkan keadaan lagi ialah penindasan ekonomi ditambah dengan penindasan hak dimana kerajaan dari hari ke hari mengubal undang –undang yang mencabul hak asasi rakyat untuk bersuara dan berhimpun.

Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2016 yang menjadi lambang kebangkitan kaum pekerja terhadap penindasan, kami Pekerja Malaysia menuntut :

UTAMAKAN PEKERJA ! SELAMATKAN MALAYSIA

Tuntutan -Tuntutan

1.         Tubuhkan satu tabung khas ‘Tabung Pemberhentian Pekerja ‘ (Workers Retrenchment Fund) - Tabung ini akan membayar pekerja amaun yang mereka berhak terima  apabila majikan yang muflis dan gagal membayar pekerja. Bayaran gantirugi kepada pekerja dari Tabung  mengikut faedah hentikerja Akta Kerja, 1955
2.         Mengkaji semula gaji minima, melaksanakan Gaji Minima RM1500 dan COLA (Cost of Living Allowance) untuk menghadapi kenaikkan kos hidup.
3.         BATALKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang menindas rakyat.
4.         Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri  dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
5.         Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
 6.         Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan  yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
7.         Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas  - Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan.
8.         Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dibatalkan.
9.         Kawal Harga Barang -  Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
10.       Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU, PTPTN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
11.       Hak Orang Asal/Asli - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal/Asli.
12.        Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Perlombongan Bauksit, Lynas, Insinerator, Loji Nuklear dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
13.       Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhain termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
14.       Mansuhkan Akta POTA ( 2015) dan Akta Hasutan (1948) berserta segala undang-undang yang menindas rakyat.
15.        Hak Bekerja Orang Kurang Upaya (OKU) harus dipastikan. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus digubal.
16.        Laksanakan Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial untuk semua termasuk Skim Pencen dan Tabung Pemberhentian Kerja untuk semua.
17.       Hentikan Diskriminasi Berasaskan Gender dan Orientasi Seksual. Mansuhkan undang-undang dan polisi yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian.

Organisasi yang menyokong Deklarasi 1 Mei 2016:

1. Academy of Tamil Studies
2. Akademi Belia (Youth Academy)
3. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
4. All Women’s Action Society (AWAM)
5. AMK Biro Mahasiswa
6. Angkatan Bahaman
7. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
8. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
9. Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM)
10. Asalkan Bukan UMNO (ABU)
11. Association of Women Lawyer (AWL)
12. BERSIH 2.0
13. Buku Jalanan Keramat
14. Buku Jalanan Shah Alam
15. Buku Jalanan Temerloh
16. Centre for Independent Journalism (CIJ)
17. Centre of Education Research And Development (Cedar)
18. Child Development Initiative
19. Coalition of Malaysian Indian NGOs
20. Council Of Temples Malaysia
21. Deleted Books
22. DIVERSITY
23. Federation Of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
24. Frinjan
25. Gabungan Kiri
26. Gabungan Pemandu Lori Perak
27. Gabungan Petani Perak
28. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma  (GMPP)
29. Green Peace Distro
30. Group Of Concerned Citizens
31. HAKAM
32. Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)
33. Jaringan Orang Asal Semenanjung
34. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
35. Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil
36. Jawatankuasa Bertindak  Ladang Sungai Belata
37. Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Incinerator
38. Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka Mantin
39. Jawatankuasa Penduduk Taman Permata Dengki
40. Jawatankuasa Tindakan Kampung Bukit Kuda
41. Justice for Sisters
42. Kedai Buku Mak Ali
43. Kelab Bangsar Utama
44. Klang Consumer Association
45. KLSCAH Youth
46. Kolektif Rumah Bayang
47. Kolektif Sarata
48. Komuniti Muslim Universal (KMU)
49. Kuala Lumpur Hindu Youth Organisation
50. Kuliah Buku (KuBu)
51. Lawyers for Liberty
52. LENSA Anak Muda
53. LMP UPSI
54. Lostgens
55. M’sia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
56. Mahasiswa Amanah
57. Mahasiswa Keadilan Malaysia
58. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
59. MAJNVN CONSPIRACY
60. Malaysia Tamil Artiste Association 61. Malaysian Dravidian Association
62. Malaysian Indian Historical Association
63. Malaysian Indian Youth Development Foundation
64. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
65. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
66. Malaysian Preschool Teachers Coalition
67. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
68. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
69. Nationwide Human Development And Research Centre
70. North South Initiatives
71. Oriental Hearts & Minds Study Institute (OHMSI)
72. PAKSI
73. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
74. Pemuda AMANAH
75. Pemuda Sosialis
76. Peoples Service Organization (PSO)
77. Perak Women for Women Society
78. Persahabatan Semparuthi
79. Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA
80. Persatuan Hindraf Johor
81. Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Taman Bukit Indah
82. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
83. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
84. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
85. Persatuan Perikemanusian
86. Persatuan Prihatin Belia Malaysia
87. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
88. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
89. Persatuan Tamil Neri Malaysia
90. Pertubuhan Kebajikan dan Persekitan Positif Malaysia (SEED)
91. Projek Dialog
92. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
93. Pustaka Tan Malaka
94. Rudra Devi Samaj Malaysia
95. Rumah Natang
96. Sahabat Rakyat 人民之友
97. SALT Malaysia
98. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
99. Seksualiti Merdeka
100. Selangor Action Team
101. Serikat Mahasiswa
102. Sisters in Islam (SIS)
103. Society for the Promotion of Human Rights (Proham)
104. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
105. Student Progresive Front (SPF) UUM
106. Student Progresive Front (SPF)USM
107. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM )
108. SUF UKM
109. Sunflower Electoral Education Movement (SEED)
110. Tenaganita
111. Transformasi Mahasiswa UUM (TMUUM)
112. Transmen of Malaysia
113. Universiti of Malaya Association of New Youth (UMANY)
114. Women’s Aid Organisation (WAO)
115. Women’s Centre for Change (WCC)
116. World Tamil Federation – Malaysian Chapter