Monday 11 January 2016

BANJIR 1924 DI TEMERLOH

DARI ARKIB THE STRAITS TIMES 11 JANUARI 1924.

Tahukah anda, pada 11 Januari, 92 tahun yang lalu, iaitu pada 11 Januari 1924, banjir (bah) besar telah melanda daerah Temerloh. Berbeza dengan perubahan cuaca pada hari ini, pada waktu itu, banjir baru bermula di bulan Januari. Berita mengenai hal ini terdapat dalam akhbar The Straits Times (Singapore) 11 Januari 1924.
Terjemahan:
Banjir di Temerloh
Dengan peningkatan paras air di Sungai Semantan dan Sungai Pahang selepas hujan lebat yang bermula selepas tahun baru (Januari), keseluruhan daerah Temerloh (kini) telah ditenggelami banjir. Bah besar sebelum ini berlaku pada 1899, tetapi banjir (kali) ini telah menenggelami (Temerloh) lebih 5 kaki (daripada banjir 1899). Jambatan yang menghubungkan jalan antara stesen keretapi Mentakab dan bandar (Mentakab) telah sama-sama ditenggelami air. Lebih separuh daripada jumlah rumah penduduk Melayu di tebing Sungai Semantan telah dihanyutkan banjir dan mangsa-mangsa telah menyelamatkan diri dengan motorbot sementara. Keseluruhan kampung di Temerloh telah ditenggelami sehingga (paras) 10 ke 12 kaki. Jalan raya telah mengalami rekahan yang serius dan rel di landasan keretapi (turut) rosak di mana pihak berkuasa cuba menangani (masalah) ini sebaik mungkin. Paras air sungai (kini) hanya di bawah 6 kaki menghampiri jambatan 200 kaki berhampiran stesen keretapi (Mentakab).
.
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Sumber artikel dan foto: The Straits Times, 11 January 1924, Halaman 10.
Kredit: National Library Board, Singapore