Sunday 4 January 2015

KENANGAN BAKTI DI HARI INI.

ALHAMDULILLAH.

Segala puji bagi Allah. Selesai sudah progam hari ini, hanya ini yang mampu kami lakukan, selawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jumpa lagi di hari-hari yang mendatang.
"Perihal ikhlas laksana semut hitam diatas batu hitam,jua didalam kelam malam" 


A YEAR TO REMEMBER. #2014

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Faiz Abracadabra Angkatan Bahaman




MARKAS OPERASI BANJIR ANGKATAN BAHAMAN DIKUNJUNGI PASANGAN VETERAN TEMERLOH

TERIMA KASIH UNTUK KUNJUNGAN DAN TITIPAN KATA SEMANGAT.
Hari ini kami didatangi oleh pasangan warga emas yang memang secocok laksana merpati sejoli. Mereka berdua ,menyapa kami bertanya akan perihal kesihatan "anak sudah makan ke belum? Apa khabar hari ni? .
Mereka datang bukan kerana memohon bantuan tapi menghadiahkan akan kami kata-kata semangat yang merangsang jiwa nurani,sahbari,dan sanubari.
Menyatakan akan cintanya pada bumi dan tanah air ini, melahirkan kebimbangan,kesedihan diatas musibah dan bencana..
"Atuk dan Wan cinta dan kasih kami sebesar dan seluas alam ini" . 
Pasangan veteran Temerloh yang sempat menyinggah ke markas operasi banjir pertubuhan Angkatan Bahaman untuk menitipkan kata-kata semangat untuk anak-anak muda dari Angkatan Bahaman.

MENCUCI DI PAYA LUAS

MEMBERSIH RUMAH DI KAMPUNG PAYA LUAS, TEMERLOH.

Siang tadi, komrad Angkatan Bahaman menyumbang khidmat di Kampung Paya Luas.
Sumber foto dari Facebook Umie Wafa

SETEL SATU MISI MEMBERSIH

DI FACEBOOK

Posting asal boleh dilihat di Facebook Md Zafvan Angkatan Bahaman