Thursday 9 April 2015

SATU JEMPUTAN KEBEDAH BUKU AGONG TANPA TENGKOLOK DAN DIALOG SANTAI KRITIK ATAS MAHATHIRISME

11 APRIL 2015, 4 PETANG.

Fathi Aris Omar, kini menyandang sebagai jawatan Editor di portal talian Malaysiakini, merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Terengganu yang aktif terlibat dalam gerakan dakwah pada pertengahan 1980an. Beliau kemudian menyambung perjuangan dalam gerakan dakwah sehingga beliau menyambung pelajaran ke kampus Institut Teknologi Mara (Uitm), selepas gagal ke luar negara di Kolej Pengajian Persediaan (KPP). Pembabitan beliau dalam gerakan aktivisme dakwah kemudian telah mula mendorong beliau untuk lebih giat menulis dan beliau sering menyumbang rencana kepada akhbar-akhbar utama sejak 1992, dan beliau telah mula menulis di Malaysiakini.com sejak awal penubuhan akhbar web ini iaitu pada tahun 1999 (Era Reformasi).
Beliau kemudian diantara pendiri Kumpulan Aktivis Media Independen (kami) bersama teman-teman wartawan yang lain pada tahun 2000, dan beliau juga giat bersama Komunite Seni Jalan Telawi (KSTJ).
Buku terdahulu beliau, 'Patah Balek, catatan terpenting reformasi' adalah sebuah sebuah buku yang mengumpulkan artikel penting mengenai perjalanan reformasi ketika itu. Seperti diakui Khalid Jaafar dalam 'Tumit Achilles', "Fathi Aris Omar pernah bertanyakan di manakah pemikir-pemikir reformasi. Beliau memberontak dengan apa yang beliau lihat sebagai ketiadaan minat masyarakat reformis terhadap keadilan. Beliau juga sinis dengan dogmatisme yang terdapat dalam parti-parti politik yang beliau lihat seharusnya bersifat reformis, tetapi sering berkongsi dengan rangka pemikiran establishment."
Fathi Aris Omar juga sering pukul rata terhadap semua pihak, seperti yang diakui Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia (16 Februari 2003), Astora Jabat menyatakan "Terdapat beberapa penulis politik yang dianggap sebagai pro pembangkang tetapi rasional seperti Fathi Aris Omar. Penulis ini walaupun sangat kritis terhadap kerajaan dan kadang-kadang kritikan mereka sampai ke tahap tidak masuk akal, tetapi mereka juga kritis terhadap pembangkang terutama PAS. Dengan itu, tidak hairan jika penulis ini dibenci oleh orang Umno dan BN, tetapi juga orang PAS.
Kini Fathi Aris Omar kembali dengan buku baru, "Agong Tanpa Tengkolok". Melihat muka depan buku ini saja, maka sudah dibayangkan, kandungannya penuh dengan kritik atas dasar Mahathirisme. Mahathirisme yang sudah dilalui 23 tahun pemerintahannya sebelum ini nampaknya masih dominan menguasai iklim politik negara, khususnya dalam pihak Umno/BN pada hari ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai buku terbaru tulisan Fathi Aris Omar, "Agong Tanpa Tengkolok" ini, dijemput semua untuk hadir di program Sekolah Pemikiran Datuk Bahaman pada hari Sabtu ini, jam 5 petang di Restoran Tomyam, Pekan Temerloh. Selain kita berbedah buku, Fathi Aris Omar juga akan mengadakan dialog santai, "Kritik Atas Mahathirisme", pada program ini nanti. Jangan lupa temujanji pada hari Sabtu ini. Sapere aude!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman