Sunday 21 June 2015

TEMERLOH, HARI INI DALAM SEJARAH

20 JUN 1948
Hari ini, pada 67 tahun yang lalu, setelah Darurat diisytiharkan pada malam 20 Jun 1948, almarhum Kamarulzaman Haji Teh (gambar) telah menjadi mangsa pertama tangkapan di bawah Ordinan Darurat (yang kemudiannya dikenali sebagai Internal Security Act atau ISA). Almarhum Kamarulzaman Haji Teh telah ditangkap oleh akta penjajah ini di kedai No.1, Jalan Abu Bakar (Kedai itu kini telah menjadi sebuah farmasi,seperti yang terdapat dalam gambar). Beliau telah ditangkap pada petang hari, 21 Jun 1948.
Almarhum Kamamarulzaman Haji Teh adalah anak jati daerah Temerloh, kelahiran Kampung Tanjung Beroga (dalam mukim Sanggang). Beliau merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang sangat kental berjuang menentang British ketika era penjajahan di negara ini. Beliau merupakan anak kepada guru sekolah dan cucu kepada Penghulu Mukim Lebak.
Dengan status ini, beliau boleh lah dikatakan sebagai elit kampung ketika zaman itu. Namun, atas dasar semangat cintakan tanah air, serta insaf akan kesedaran kelas, almarhum telah berjuang bersama golongan desa dan tani yang lain untuk membebaskan tanah air yang dicintai dari dibelengu penjajahan bangsa asing.
Almarhum ketika itu sedang memegang jawatan sebagai Ketua Angkatan Pemuda Insaf (Api) Pahang (1946-1947). Dengan kredibiliti yang dimiliki almarhum, beliau telah berjaya menyatupadukan seluruh golongan kiri di seluruh Tanah Melayu ketika itu, untuk sama-sama berkampung di Temerloh bagi merangka strategi untuk menghalau keluar British daripada negara ini.
Kerana itu lah, Temerloh kemudiannya dikenali sebagai "Buaian Revolusi", kerana dari bumi Temerloh ini lah pejuang-pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri telah melancarkan perjuangan revolusi bersenjata bagi memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan British.
Malangnya, almarhum Kamarulzaman Haji Teh tidak sempat bersama untuk mengetuai revolusi bersenjata yang berpusat di daerah Temerloh ketika tempoh Darurat itu kerana beliau telah menjadi mangsa pertama pengkapan di bawah Ordinan Darurat. Ini tidaklah menghairankan kerana beliau adalah figura penting, bukan sahaja di Temerloh, malah di keseluruhan Malaya ketika itu, dalam merangka dan menyusun gerakan rakyat bagi menentang kependudukan penjajah British di Tanah Melayu ini.
Pelakon lagenda melayu almarhum S.Roomai Nor, yang telah banyak mengajar ilmu lakonan kepada almarhum P.Ramlee ketika di Studio Jalan Ampas, Singapura juga, sebelumnya adalah anak buah almarhum Kamarulzaman Haji Teh ketika almarhum S. Roomai Nor belum berhijrah lagi ke Singapura. Di bawah rimbunan pokok besar di Esplanade Temerloh (Kuala Semantan) sekarang ini lah, dulunya, almarhum Kamarulzaman Haji Teh dan almarhum S.Roomai Nor (nama sebenar beliau adalah Mohd Taib Salleh) sering mengadakan "sandiwara rakyat", satu sandiwara yang berbentuk teater.
Dalam teater itu, S.Roomai Nor dan pejuang-pejuang kemerdekaan di Temerloh yang lain telah menggunakan sandiwara itu bukan sahaja dengan tujuan berhibur semata-mata, namun juga sebagai satu saluran komunikasi politik dalam menyedarkan rakyat khususnya warga Temerloh ketika itu akan betapa pentingnya mencapai kemerdekaan dari penjajahan bangsa asing.
S. Roomai Noor dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain di Temerloh ketika itu sering melakonkan beberapa aspek kehidupan rakyat desa yang miskin dan menderita untuk menggambarkan bahawa itulah kesan keburukan penjajah. Di samping itu itu, diselitkan juga lawak jenaka yang menyindir golongan tertentu, khasnya golongan feudal yang dianggap pro penjajah ketika itu. Mereka juga kemudian akan menyanyi dan menyanyi muzik dengan lirik-lirik yang berunsurkan kemerdekaan.
Almarhum Kamarulzaman Haji Teh akan berceramah di atas pentas sandiwara rakyat tersebut setelah sandiwara rakyat tersebut berhenti seketika bagi memberi laluan kepada beliau menyampaikan pidato yang berapi-api. Segala isi pidato beliau ketika itu tidak lain tidak bukan, pasti lah dipenuhi dengan seruan kepada warga Temerloh untuk sama-sama sedar akan kebobrokan penjajah dan warga Temerloh haruslah bangkit menuntut kebebasan dari dibelengu rantai penjajahan British.
Almarhum Kamarulzaman Haji Teh kemudian telah ditangkap pada petang 21 Jun 1948, didakwa kerana telah terlibat dalam menentang penjajahan British dan memiliki senjata api (sepucuk pistol) ketika beliau ditangkap pada waktu itu. Beliau sepatutnya menjadi pejuang kemerdekaan pertama ditahan dalam Ordinan Darurat yang dikenakanan hukuman gantung sampai mati ketika dalam tahanan, kerana undang-undang British ketika itu adalah menghukum gantung sampai mati sesiapa yang ketika ditangkap, memiliki laras pistol atau senapang.
Namun nasib menyebelahi almarhum Kamarulzaman Haji Teh kerana atas faktor hubungan bersama Sultan Pahang (Almarhum Sultan Abu Bakar) ketika itu, beliau telah mendapat ihsan pengampunan dari Sultan Pahang dan hanya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sahaja.
Beliau kemudian telah dihukum penjara seumur hidup (20 tahun), namun kerana berkelakuan baik sepanjang berada di penjara, beliau telah diringankan hukuman kepada penjara 14 tahun (1948-1962) dan kemudian hukuman sekatan tempat tinggal di bawah ISA selama 8 tahun (1962-1970). Keseluruhan beliau berada dalam status tahanan adalah selama 22 tahun dan ini bermakna beliau adalah antara tahanan politik yang paling lama meringkuk dalam penjara di negara ini.
Beliau telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi, 5 November 2002, pada usia 82 tahun, dan sepertimana Dato' Bahaman, pahlawan Temerloh yang meninggal di bumi asing, almarhum juga senasib, di mana almarhum Kamarulzaman Haji Teh telah dikebumikan pada pukul 4.30 petang, 5 November di tanah perkuburan Kampung Chulaborn Pattana 12, Sukhirin, Narathiwat, Selatan Thailand.
Al-Fatihah kepada pejuang kemerdekaan dari bumi Temerloh ini.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman

Allahyarham Kamarulzaman Haji Teh

Kedai No.1, Jalan Abu Bakar (Kedai itu kini telah menjadi sebuah farmasi,hadapan tempat kereta Perodua Kancil "parking' seperti yang terdapat dalam gambar, )

Wednesday 17 June 2015

UCAPAN SELAMAT BERPUASA

RAMADHAN 1436H

Angkatan Bahaman mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1436H kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan kita diredhai oleh Nya.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman



Tuesday 16 June 2015

BANTAH EMPANGAN TELOM!

Orang Asli Kampung Pos Lanai Bantah Empangan Telom.

Empangan Hidroelektrik Telom dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan empangan baru ini dikatakan bakal menjana sebanyak 172MW kuasa elektrik jika empangan ini siap kelak. Pembangunan tetap lah pembangunan, pasti ada pro dan kontranya, lebih-lebih lagi pembangunan berskala besar seperti Empangan Hidroelektrik Telom ini.

Fikirkan saja, empangan ini bakal menenggelamkan 7600 hektar atau kira-kira 20,000 ekar, dan dalam erti kata mudah, bersamaan dengan 11,000 padang bola. Nah! bayangkan saja lah berapa nilai kemewahan khazanah alam yang bakal musnah selain sekurang-kurangnya 300 Orang Asal sendiri yang bakal hilang mata pencarian akibat kawasan tempat mereka mencari rezeki selama ini bakal ditenggelami air jika empangan ini siap kelak nanti? Masalahnya sekarang ini, kelihatannya untuk memusnahkan kawasan seluas 11,000 padang bola ini tidak sesuai hanya untuk sekadar 172MW kuasa elektrik seperti yang dirancangkan sebelum ini.

Kawasan tempat mereka diami dan mencari rezeki ini sudah pun diduduki oleh mereka sejak sebelum era British lagi, dengan di situ juga terletak kebun getah, kebun sawit, dan dusun-dusun milik penduduk. Kawasan rayau mereka untuk mencari binatang liar, petai, rotan atau buah-buahan tempatan turut bakal menghilang begitu saja kelak. Pembinaan empangan yang berlaku sudah pasti akan melenyapkan semua ini dan menyekat punca mereka mencari rezeki seharian.

Orang Asal dari suku kaum Semai ini juga risau kerana seluruh perkuburan keramat, selain tapak bagi tempat mitos lagenda sejarah asal Orang Asal di sini bakal luput dari lipatan sejarah bersama dengan musnahnya Tanah dan Wilayah Adat mereka.

Namun yang paling dikesalkan sebenarnya adalah, cadangan pembangunan bagi membina empangan ini sebenarnya langsung tidak dimaklumkankan ataupun cuba mengambil kira pandangan daripada penduduk Orang Asal sendiri. Sedangkan hal ini sudah tentu melanggar hal perlembagaan kerana Hak-Hak Orang Asal juga dilindungi oleh UNDRIP di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana kerajaan Malaysia sendiri sudah menandatangani deklarasi tersebut.

#TolakEmpanganTelom
#KembalikanHakOrangAsal

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman


Monday 15 June 2015

IMARAHKAN RAMADAN

"RAIKAN CINTA,SUBURKAN KASIH DAN SAYANG , RAYAKAN PERBEZAAN"

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang telah menciptakan bulan, bintang serta sifat kasih dan sayang. Selamat datang Ramadhan, sempena ketibaan bulan yang mulia ini Angkatan Bahaman telah merangka beberapa program untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini, diantaranya ialah :
*Maie Datul Rahman (Sumbangan juadah berbuka puasa bagi musafir)
*Sumbangan barang keperluan harian bagi fakir miskin
*Program berbuka puasa (iftar Ramadhan)
*Program mohree
Selain itu, beberapa program juga akan dirangka mengikut keperluan dan keadaan semasa . Untuk itu kami daripada Angkatan Bahaman mengalu-alukan sumbangan dari mereka yang berkemampuan dalam bentuk tunai atau barang keperluan harian. Kami juga mengalu-alukan mana-mana individu, syarikat perniagaan, badan koporat mahupun agensi kerajaan berkolaborasi bersama Angkatan Bahaman dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman





SOLIDARITI ORANG ASAL DI KAMPUNG POS LANAI

BANTAH EMPANGAN TELOM!

Angkatan Bahaman bersolidariti bersama penduduk-penduduk Orang Asal di Kampung Pos Lanai yang telah menfailkan saman kepada Tenaga Nasional Berhad dan tiga yang lain atas dakwaan mengambil secara salah tanah penduduk-penduduk Orang Asal di Pos Lanai bagi membina dan menyiapkan projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Telom, di Kuala Lipis, Pahang.
Selain TNB, orang-orang asal menamakan Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga defendan keempat.
Orang Asal Kampung Pos Lanai dalam tuntutan mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak milik Adat Asli dan tuan punya ke atas tanah yang mereka diami itu.
Kes mereka telah difailkan pada 18 Mei 2015 yang lalu dan telah didengari oleh Mahkamah Sivil Kuala Lumpur siang tadi. Perbicaraan seterusnya disambung 14 Ogos depan.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman



Tuesday 2 June 2015

MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM AMAL KEBAJIKAN ANGKATAN BAHAMAN

SUMBANGAN IKHLAS

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang telah menciptakan bulan, bintang serta sifat kasih dan sayang. Selamat datang Ramadhan, sempena ketibaan bulan yang mulia ini Angkatan Bahaman telah merangka beberapa program untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini, diantaranya ialah :

*Maie Datul Rahman (Sumbangan juadah berbuka puasa bagi musafir)
*Sumbangan barang keperluan harian bagi fakir miskin 
*Program berbuka puasa (iftar Ramadhan)
*Program mohree

Selain itu, beberapa program juga akan dirangka mengikut keperluan dan keadaan semasa . Untuk itu kami daripada Angkatan Bahaman mengalu-alukan sumbangan dari mereka yang berkemampuan dalam bentuk tunai atau barang keperluan harian. Kami juga mengalu-alukan mana-mana individu, syarikat perniagaan, badan koporat mahupun agensi kerajaan berkolaborasi bersama Angkatan Bahaman dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini.

"RAIKAN CINTA,SUBURKAN KASIH DAN SAYANG , RAYAKAN PERBEZAAN"


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman