Sunday 17 August 2014

17 OGOS. HARI KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.

DI FACEBOOK.

17 Ogos. Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.
Tanah Melayu sepatutnya mendapat kemerdekaan secara rasmi 12 tahun lebih awal jika perancangan awal Kesatuan Indonesia Raya (KRIS) di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob (kelahiran Temerloh) untuk memproklamasikan kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajahan Jepun pada tarikh 17 Ogos 1945 berjaya dilaksanakan pada waktu itu.
Ketika itu,fasis Jepun di bawah pimpinan Jeneral Itagaki ketika mengadakan mesyuarat bersama Ibrahim Haji Yaakob di rumah Ibrahim sendiri pada 4 dan 5 Mei 1945 telah pun bersetuju untuk memberi kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu bersama Indonesia (Melayu Raya) untuk bebas dari jajahan Jepun.
Namun hal ini terbantut apabila fasis Jepun menyerah kalah kepada kuasa Berikat pada 15 Ogos 1945 sedangkan tarikh proklamasi kemerdekaan yang dirancangkan adalah pada 17 Ogos 1945.
Hal ini selanjutnya menyebabkan Indonesia di bawah pimpinan Ir.Sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan secara bersendirian pada 17 Ogos 1945 dan pihak nasionalis kiri di semenanjung pimpinan Ibrahim Yaakob telah terlepas satu peluang yang amat-amat berharga,hanya dalam jarak masa 48 jam (2 hari),untuk diisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu 12 tahun lebih awal iaitu pada 17 Ogos 1945.

Senarai ahli-ahli kabinet (Menteri) yang dicadangkan KRIS.

Sultan Abu Bakar dari Pahang (Ketua Negeri),

Sultan Abdul Aziz (Perak),
Sultan Musauddin (Selangor),
Dato' Onn Jaafar (Johor),
Ibrahim Haji Yaakob (Temerloh),
Mustapha Hussein (Perak),
Hassan Manan,
Dr.Burhanuddin Al-Helmy (Perak)
A.Karim Rashid,
Ishak Haji Muhammad @ Pak Sako (Temerloh)

 Posting asal boleh dilihat di Facebook Iqkram Ismail Angkatan Bahaman

Di Facebook salah seorang komrad Angkatan Bahaman, Iqkram Ismail