Wednesday 22 April 2015

USRAH SANTAI ANJURAN SEKOLAH PEMIKIRAN DATUK BAHAMAN

SATU JEMPUTAN UNTUK SEMUA
Panel :
Saudara Ustaz Wan Ji At-Ta'aduddi (Pendakwah Bebas, Pengasas Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi)

Tajuk : Usrah Santai bersama Ustaz Wanji : Lawan Pembodohan.

Tempat : Restoran Tomyam, Bangunan Lembaga, (sebaris Maybank, Ba Bundle), Temerloh, Pahang.

Tarikh : 24 April 2015 (Jumaat Malam Sabtu)

Masa : 8.00pm-10.00 pm

Semua dijemput hadir buat ramai. Jamuan makanan juga disediakan.

Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.


Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman




SELAMAT BERSIDANG SELURUH DELEGASI ASEAN!

ASEAN PEOPLE FORUM 2015

Asean People Forum secara rasminya akan dimulakan pada hari ini. Seramai lebih 1400 delegasi dari seluruh negara ASEAN akan berkampung di ibu negara bagi mengikuti dengan lebih rapat perjalanan program yang menyaksikan negara Malaysia sekali lagi telah menjadi tuan rumah merangkap Pengerusi Negara-Negara ASEAN bagi tahun ini (setelah Laos yang sepatutnya mengambil peranan ini, namun di atas faktor-faktor teknikal, Laos menyerahkan giliran kerusi ini kepada Malaysia.)
Dengan kelahiran sulung gagasan 'Komuniti ASEAN' dengan moto 'Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti, Malaysia kelihatannya akan memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan gagasan yang terhasil daripada Deklarasi Sidang Kemuncak mengenai Peta Garisan Komuniti ASEAN (2009-2015) ini berjaya mencapai hasil yang cemerlang dan seterusnya adil bagi seluruh komuniti rakyat dalam ASEAN itu sendiri. Ini amat penting kerana jenama ASEAN itu sendiri perlu membuktikan bahawa persidangan demi persidangan, deklarasi demi deklarasi, perjanjian demi perjanjian, dan sebagainya yang acap kali dilihat tidak lebih sekadar 'hubungan diplomasi yang formal' dan 'perniagaan di antara negara sesama negara yang lain' dapat turut dinikmati manfaatnya oleh golongan rakyat dalam kalangan negara itu sendiri.
Dengan kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan memberikan ucaptama pada hari ini, seperti diucap pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, "kehadiran Tun Abdullah adalah satu penghargaan besar dan simbolik bagi Asean People Forum pada tahun ini kerana Tun Abdullah sendiri adalah perintis dalam merealisasikan kewujudan persidangan komuniti ASEAN di Malaysia, pada tahun kepimpinannya 2005 dahulu."
Dengan pelbagai gabungan kumpulan masyarakat sivil, gabungan bukan kerajaan (NGO), gabungan bukan kerajaan antarabangsa (INGO), agensi kerajaan dan sebagainya yang bakal memenuhi jadual program Asean People Forum ini, diharapkan sekurang-kurangnya satu mekanisme khusus dapat dirangka untuk jalan penyelesaian (sekurang-kurangnya pada peringkat awal) bagi setiap isu atau masalah yang berbangkit dalam sesuatu perkara yang dibincangkan bersama penglibatan ahli-ahli dari negara ASEAN yang lain.
Tidak termasuk dalam agenda 'perniagaan antara negara' dan 'kepentingan tertentu golongan politik' dalam kerjasama antara negara ASEAN ini, diharapkan gagasan 'komuniti ASEAN' (diambil sebagai contoh) lebih mengambil kira 'komuniti rakyat', dan bukan tertumpu kepada kepentingan pihak tertentu semata-mata, sesuai dengan matlamat "Sebuah ASEAN untuk Semua".
Selamat bersidang seluruh delegasi ASEAN!
Angkatan Bahaman,
Buaian Revolusi.

Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman