Tuesday 15 December 2015

KAMPONG PENULIS PANTAI TIMUR

DARI KAWAT BERITA HARIAN, 5 Jun 1969.
Masih ingatkan saudara-saudari akan keratan akhbar mengenai seorang anak tani dari Kampung Bukit Pak Silap, Temerloh Pahang yang telah berangkat ke negara jiran tetangga, Indonesia bagi menyertai gerakan bersenjata dalam mempertahankan kemerdekaan Indonesia daripada penjajah Belanda dalam Revolusi Indonesia 1945-1949?
Terletak berhampiran Kuala Sungai Semantan, sungai yang telah menjadi saksi dalam kebangkitan Angkatan Perang Datuk Bahaman menentang penjajah, Kampung Bukit Pak Silap juga telah melahirkan ramai pejuang-pejuang kemerdekaan untuk negara ini, di mana ramai para pejuang pemuda dan serikandi daripada golongan tani yang memasuki Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Ayer (PETA), Rejimen Ke 10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) mahupun Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR, UMNO) berasal daripada pemuda dan pemudi dari Kampung Bukit Pak Silap.
Selain itu, mungkin kurang diketahui umum, dalam dekad pertama selepas negara ini mencapai kemerdekaan, Kampung Bukit Pak Silap telah banyak melahirkan penulis-penulis baru yang turut menyumbang bagi mengisi ruang kemerdekaan yang telah dikecapi dengan titik darah dan lelah dari perjuangan anak-anak Sungai Semantan.
Kawat Berita Harian, bertarikh 5 Jun 1969, halaman 8 menyebut Kampung Bukit Pak Silap dengan jolokan sebagai "Kampong Penulis Pantai Timur."
Kampong Penulis Pantai Timor
Kampong Bukit Pak Silap, Temerloh, ada-lah sa-buah kampong di-diami kira2 30 keluarga yang paling kechil bilangan pendudok-nya jika di-banding dengan kampong2 lain di-Pahang.
Walau pun ia merupa-kan sa-buah kampong ke-chil, tetapi ia mempunyai keistimewaan tersendiri.
Pendudok2-nya menek-mati bekalan ayer dan api sejak dari zaman penjajahan lagi.
Keistimewaan-nya an-tara lain, ia mempunyai ramai penulis2 berbakat yang sering menulis di-akhbar2, dan di-majallah2.
Antara mereka-itu ia-lah: Nordin M Amin, Zul-kifli HN, Talhatar, M. Ali Sahidin, Salim Haji Wa-hab, Jaafar Hussin, A. Khalil Haji Wahab dan M. Yusof Alias.
Memandang bilangan penulis2-nya yang lahir di- kampung itu,menye-babkanh masharakat Te-merloh menamakan Kam-pong Bukit Pak Silap sa-bagai Kampong Penulis.
Tubing Pahang
Posting asal boleh dilihat di Facebook Angkatan Bahaman
Sumber foto dan artikel: Berita Harian, 5 Jun 1969.
Kredit: National Library Board, Singapore