Monday 18 August 2014

PERCUBAAN UNTUK KEMERDEKAAN TANAH MELAYU BAGI KALI YANG KEDUA

DI FACEBOOK

Percubaan Untuk Kemerdekaan Tanah Melayu Bagi Kali Yang Kedua.

Setelah percubaan pertama untuk kemerdekaan Tanah Melayu yang diketuai oleh anak kelahiran Temerloh iaitu Ibrahim Haji Yaakob gagal akibat penyerahan diri tanpa diduga pihak fasis Jepun dalam tempoh 48 jam sebelum pengisytiharan kemerdekaan secara rasmi dibuat,sepatutnya Tanah Melayu boleh menggapai kemerdekaan bagi percubaan yang kedua dalam tahun yang sama (1945) apabila pemerintahan Tanah Melayu ditinggalkan kosong tanpa ditadbir oleh sebarang autoriti yang rasmi ketika itu.

Peluang ini seterusnya cuba direbut oleh tokoh kemerdekaan revolusioner juga dari Temerloh iaitu Mejar A. Manap Jepun (dikenali sebagai Manap Jepun kerana rupanya dan pandai berbahasa Jepun).


Manap Jepun ketika itu telah memimpin bekas tentera Giyu-gun dan Giyu-tai (kesemua ahlinya adalah pemuda Melayu) membendung pengaruh Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan seterusnya memproklamasikan kemerdekaan di Kuala Lumpur.

Manap Jepun dan pengikutnya dari Singapura ketika itu telah bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk menduduki pejabat Malayan People Japanese Army (MPAJA) di sana.

Tetapi pasukan Manap Jepun ini telah disekat di Muar,Johor kerana MPAJA sebagai anggota unit bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Setiausaha Agung Pertama PKM Lai Teck telah belot kepada kemerdekaan untuk rakyat Tanah Melayu.


Lai Teck menghalang pasukan Manap Jepun di Muar kerana Lai Teck telah menjadi agen British ketika itu. British berhasrat untuk pulang semula ke Tanah Melayu dan Lai Teck telah berjaya menghalang pasukan Manap Jepun untuk sampai ke Kuala Lumpur bagi memproklamasikan kemerdekaan.

Akhirnya,pasukan Manap Jepun dibubarkan di Muar sahaja kerana pasukan Manap Jepun ini telah terpedaya dengan janji Lai Teck yang menyatakan bahawa British berjanji memberi sebuah kerajaan yang demokratik untuk Tanah Melayu.

Pada akhirnya telah diketahui Lai Teck ini adalah ejen kepada Jepun dan ejen kepada British dalam waktu yang sama.


(Gambar Manap Jepun,seorang pejuang kemerdekaan revolusioner dari Temerloh diambil dari blog matamin02.blogspot.com)

Posting asal boleh dilihat di Facebook Iqkram Ismail Angkatan Bahaman

Dari Facebook salah seorang komrad Angkatan Bahaman, Iqkram Ismail